Institusi mufti sepatutnya mempelopori isu golongan terpinggir, menegur salah guna kuasa dan korupsi serta mengangkat wacana-wacana segar, dan bukannya terpengaruh dengan politik partisan sehingga mencetus elemen keganasan yang mengancam keamanan negara.
Sehubungan itu, Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Edry Faizal Eddy Yusof berkata gelaran ‘harbi’ dan seruan memerangi DAP oleh Mufti Pahang itu seolah-olah menghantar isyarat kepada umum bahawa adalah halal untuk bertindak ganas ke atas mana-mana ahli atau penyokong parti berkenaan, lantas membahayakan keselamatan rakyat di negara ini.
Keratan artikel dari: http://www.roketkini.com/2016/06/24/mufti-digesa-perkasa-masyarakat-bukan-anjurkan-ekstremisme/