Jawatan Mufti membawa tanggungjawab yang berat. Kenyataan yang dikeluarkan adalah suatu kenyataan yang tidak bertanggungjawab. Ia mungkin digunakan sebagai justifikasi mengganasi mereka yang tidak bersetuju dengan ‘politik Islam’.
Adakah beliau berani bertanggungjawab jika ada puak ekstrim membunuh orang yang bukan beragama Islam? Semua orang Islam yang rasional wajib merenggangkan diri dari kenyataan melampau yang dikeluarkan Mufti itu.
Saya menyifatkan kenyataan ini sebagai kenyataan yang menyemai rasa kebencian dan mengukuhkan kepentingan golongan yang memperkudakan agama untuk kepentingan politik dan kuasa mereka.
Keratan daripada artikel: http://www.roketkini.com/2016/06/24/mufti-perlu-bertanggunjawab-keluar-kenyataan-perjuangan-dap-selaras-perlembagaan-persekutuan/