Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Kenyataan Pakatan Rakyat Atas “Politik Baru YB J” & Utusan Malaysia

Posted on Wednesday, 22-10-2008 by Teresa

Kenyataan Akhbar Sekretariat Pakatan
20 Oktober 2008

Utusan Malaysia mempromosikan keganasan

Pakatan Rakyat mengecam tindakan akhbar harian Utusan Malaysia kerana menyiarkan sebuah cerpen yang mempromosikan keganasan dan mengapi-apikan sentimen perkauman baru-baru ini.

Dalam sebuah cerpen yang bertajuk “Politik Baru YBJ” tulisan Datuk Chamil Wariya yang terbit di Mingguan Malaysia minggu lepas mengisahkan mengenai perjalanan ahli parlimen Alam Maya, Josephine untuk menghadiri dialog dengan “generasi muda seketurunan dengannya yang pernah mempersendakan lagu Negaraku sewaktu menuntut di luar negara”.

Cerpen tersebut mengambarkan Josephine sebagai pro-Cina dan tidak mewakili pelbagai kaum, terutamanya oleh Parti Orang Melayu (POM). Akhirnya beliau ditembak mati oleh orang yang tidak dikenali atas sebab beliau “adalah ancaman terhadap keharmonian. Lebih baik riwayatnya ditamatkan supaya masyarakat berbilang kaum boleh tinggal aman damai di negara bertuah ini”.

Pakatan Rakyat melihat cerpen yang bersifat “character assassination” ini secara jelas ditujukan kepada Ahli Parlimen DAP, YB Teresa Kok yang ditahan dibawah ISA baru-baru ini.

Cerpen yang disiarkan di dalam akhbar milikan Umno tersebut adalah usaha berterusan Umno untuk menjadikan Exco Kerajaan Negeri Selangor itu sebagai sasaran untuk memecah-belahkan Pakatan Rakyat dan menimbulkan ketegangan di antara kaum.

Utusan Malaysia telah diboikot oleh Pakatan Rakyat sejak bulan Jun tahun ini atas sebab pelaporannya yang bias dan sering mempermainkan isu perkauman. Namun kini Utusan Malaysia bukan sahaja menyebarkan kebencian sesama kaum, tetapi sehingga ke tahap menggalakkan keganasan melalui karya cerpen. Ini merupakan perkembangan yang amat membimbangkan.

Pakatan Rakyat menegaskan bahawa kebebasan untuk berkarya harus selari dengan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama iaitu tanpa menggugat perpaduan dan keharmonian kaum di negara ini.

Kami dengan ini mendesak agar Utusan Malaysia memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana menyiarkan cerpen yang membuat provokasi berbaur perkauman. Maka kami menyeru agar masyarakat umum memboikot Utusan Malaysia sehingga media arus perdana tersebut berhenti daripada mempermainkan isu ini..

YB. Dr Hatta Ramli               YB Tian Chua            YB Anthony Loke
Bendahari Agung PAS     Ketua Penerangan PKR    Ketua Pemuda DAP

6 thoughts on “Kenyataan Pakatan Rakyat Atas “Politik Baru YB J” & Utusan Malaysia”

  1. badcliq says:
    Wednesday, 22-10-2008 at 16: 49.43

    BN can do whatever they like as long as they are still in power. The world is so unfair, that’s why we need God!

    God will judge them later.

    At the moment, we can only hope for the best, prepare for the worst. Sigh!

  2. tengster says:
    Wednesday, 22-10-2008 at 19: 32.01

    I hope God can take more proactive actions. Cant wait to see the akhirat of those perpetrators.

  3. NextNoName says:
    Wednesday, 22-10-2008 at 22: 02.04

    I agree Utusan Malaysia is the main culprit. Anyone can write but a major newspaper has the responsibility to see that the article is appropriate before publishing.

  4. ventura says:
    Thursday, 23-10-2008 at 01: 13.43

    Utusan Malaysia memang patut memohon maaf kepada seluruh rakyat dengan tujuan mempertelagakan provokasi berbaur perkauman.

    Kerana kelalaian dan kebodohan mereka mempersendakan perkauman yang lain mengakibatkan mereka diboikot mengaikbatkan pengeluaran pemasaran akhbar mereka menurun.

    Kita rakyat keseluruhan patut boikot sehingga mereka menyedari peranan dan tanggungjawab didalam bidang industri akhbar terhadap sensiviti perkauman dan isu-isu ini dihentikan.

    Kuatkan sebaran terhadap boikot ini kepada seluruh negeri di Malaysia ini.

  5. liew says:
    Thursday, 23-10-2008 at 08: 13.36

    Imagine if a Chinese or Tamil daily carry out such a news…showcause letters on the door.
    Fact is that UM belongs to UMNO, as the Cheras monkey said so. And of course we say NO to UM coz its UM-NO!

  6. tailik says:
    Thursday, 23-10-2008 at 09: 17.08

    Hooi….. MCA & Gerakan ! y so quiet? sebelum Party election, semua very very vocal & promised to voice out what is wrong is wrong !
    wat is ur stand in this cerpen ‘killing of YB J’?
    OTK,
    u suited very well for M’sian Chicken Asso (MCA) President bcos u dare to chicken out when issue rised !
    Transform? wat transfrom? talk talk talk….. talk only

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme