Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Pemberitahuan pertanyaan Dewan Rakyat bagi isu-isu melibatkan Petronas

Posted on Thursday, 10-03-2016Thursday, 24-03-2016 by -ec-

TARIKH : 9 MAC 2016
Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] minta PERDANA MENTERI menyatakan kos pengeluaran minyak PETRONAS setiap tong pada Disember 2013,2014 dan 2015. Nyatakan pengeluaran minyak Petronas dan sumbangan cukai PETRONAS kepada Kerajaan Persekutuan pada tahun 2013, 2014 dan 2015.

JAWAPAN : YB SENATOR DATO’ SRI ABDUL WAHID B. OMAR,
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kos keseluruhan pengeluaran setong minyak setara adalah berlainan bagi setiap lapangan bergantung kepada beberapa factor seperti jenis produk yang dikeluarkan (minyak mentah ataupun gas), tahap kesukaran di setiap peringkat proses pengeluaran, jumlah pengeluaran serta keperluan infrastruktur dan asset untuk membangunkan lapangan tersebut seperti jenis platform, teknologi yang diguna pakai, keperluan paip bawah permukaan, dan sebagainya.

Atas factor ketidakseragaman ini, sebarang kenyataan berhubung kos pengeluaran minyak harus dilihat daripada pelbagai aspek dengan mengambil kira projek-projek berisiko tinggo seperti Deepwater, High Pressure High Temperature – HPHT, High CO2 Development yang memerlukan teknologi terkini yang mana akan memakan belanja yang jauh lebih besar. Pada masa yang sama terdapat juga projek-projek kurang rumit yang lebih murah secara relatifnya seperti Infill Drilling Satellite Development.

Yang Berhormat, pengeluaran minyak setara (mentah,gas, dan kondensat) domestic di dalam unit ribu tong minyak setara sehari (kboed) adalah 1,698 kboed bagi 2015, 1658 kboed bagi 2014, dan 1621 kboed bagi 2013.

Manakala, pembayaran cukai Kumpulan PETRONAS kepada Kerajaan Persekutuan bagi tahun kewangan 2015 adalah sebanyak RM15.9 bil, RM 32.5 bil bagi tahun 2014 dan RM33.3 bil bagi tahun 2013.

Adalah dijangka tahap pengeluaran minyak, gas dan kondensat sedia ada akan dikekalkan manakala bagi sumbangan cukai adalah seiring dengan perolehan pendapatan PETRONAS.

Sekian, Terima Kasih

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Ucapan Kamar Khas: Masalah Pelaksanaan Akta A1730: Akta Juruukur Tanah Berlesen (Pindaan) 2024
  • Ucapan Kamar Khas: Kerajaan Diminta Membatalkan Pembinaan 17 Ribu Unit Rumah di Jalan Impian Indah, Bukit Jalil (27 Okt 2026)
  • Court Judgement YB Teresa Kok VS Datuk Dr Akmal
  • UCAPAN PERBAHASAN BELANJAWAN 2027 OLEH TERESA KOK (SEPUTEH) PADA 13 OKTOBER 2026
  • Ucapan Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh) dalam Perbahasan RUU Akta Makanan 1983 (8 Oktober 2026)
  • MOTAC DIMINTA MENYATAKAN PENCAPAIAN KEMENTERIAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026
  • Ucapan Teresa Kok dalam Perbahasan “Laporan Pengurusan Pelarian di Malaysia” di Dewan Rakyat pada 5 Oktober 2026
  • Rest in Peace, Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali
  • 郭素沁促请隆市政局在武吉加里尔、大城堡及旧巴生路展开全面基础设施研究
  • KENYATAAN AKHBAR YB TERESA KOK (AHLI PARLIMEN SEPUTEH) PADA 27 OGOS 2026
  • Joint Efforts Needed: CPO KL, Mayor, and PTGWPKL Director Urged to Clamp Down on Illegal Parking Fee Collection on Kuala Lumpur State Land
  • MEDIA STATEMENT: THE TAMAN DESA PHASE 1 NEIGHBOURHOOD CONTROL SCHEME ISSUE (17 August 2026)
  • KENYATAAN MENGENAI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA FASA 1
  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme