Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

PAS keluar pekeliling larang ahli sertai program Amanah, DAP

Posted on Monday, 11-01-2016 by -ec-

PAS mengeluarkan pekeliling yang menyatakan ahli parti perlu mendapatkan kebenaran Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebelum menghadiri sebarang jemputan program dari parti lain seperti Amanah atau DAP. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Januari, 2016.

PAS mengarahkan semua ahlinya agar tidak terlibat dengan sebarang aktiviti anjuran Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP yang dianggap sebagai musuh utama mereka.

Bagaimanapun, sekiranya ahli PAS yang ingin menyertai aktiviti politik selain anjuran kedua-dua parti politik itu boleh berbuat demikian dengan mendapat kebenaran Jawatankuasa Pusat.

Perkara ini dimaklumkan melalui satu pekeliling yang ditandatangani Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyudin Hassan berdasarkan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pusat pada 8 Januari lalu.

“Ahli-ahli PAS dilarang mengambil bahagian, melibatkan diri, bekerjasama atau menyertai sebarang program atau aktiviti Amanah dan DAP di semua peringkat.

“Ahli-ahli PAS perlu mendapat kebenaran Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebelum menghadiri sebarang jemputan program/aktiviti politik dan seumpamanya dari mana-mana parti politik lain (selain dari Amanah dan DAP yang dilarang terus sebagaimana (i) di atas,” tulis pekeliling yang dikeluarkan PAS, bertarikh 9 Januari.

Pekeliling itu ditujukan kepada setiausaha perhubungan PAS negeri dan Wilayah Persekutuan dan dewan-dewan peringkat pusat untuk disampaikan kepada ahli di peringkat bawah.

Pekeliling itu dibuat tidak berapa lama selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak berada sepentas di majlis Alumni Al Azhar Malaysia di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ia juga dikeluarkan selepas bekas naib presiden PAS yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor Datuk Husam Musa menyertai majlis Amanah dan DAP baru-baru ini.

Husam menyertai dan berucap di Majlis Makan Malam Amanah Kelantan pada 1 Januari di Petaling Jaya dan menyertai majlis DAP di Johor pada malam esoknya.

Berdasarkan arahan itu, ahli dan pemimpin PAS boleh menyertai program mana-mana parti politik, termasuk Umno dengan syarat mendapat persetujuan parti, tetapi tidak boleh sama sekali menyertai program anjuran Amanah dan DAP. – 10 Januari, 2015.

– See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-keluar-pekeliling-larang-ahli-sertai-program-amanah-dap#sthash.cDiToqzn.dpuf

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Ucapan Kamar Khas: Masalah Pelaksanaan Akta A1730: Akta Juruukur Tanah Berlesen (Pindaan) 2024
  • Ucapan Kamar Khas: Kerajaan Diminta Membatalkan Pembinaan 17 Ribu Unit Rumah di Jalan Impian Indah, Bukit Jalil (27 Okt 2026)
  • Court Judgement YB Teresa Kok VS Datuk Dr Akmal
  • UCAPAN PERBAHASAN BELANJAWAN 2027 OLEH TERESA KOK (SEPUTEH) PADA 13 OKTOBER 2026
  • Ucapan Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh) dalam Perbahasan RUU Akta Makanan 1983 (8 Oktober 2026)
  • MOTAC DIMINTA MENYATAKAN PENCAPAIAN KEMENTERIAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026
  • Ucapan Teresa Kok dalam Perbahasan “Laporan Pengurusan Pelarian di Malaysia” di Dewan Rakyat pada 5 Oktober 2026
  • Rest in Peace, Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali
  • 郭素沁促请隆市政局在武吉加里尔、大城堡及旧巴生路展开全面基础设施研究
  • KENYATAAN AKHBAR YB TERESA KOK (AHLI PARLIMEN SEPUTEH) PADA 27 OGOS 2026
  • Joint Efforts Needed: CPO KL, Mayor, and PTGWPKL Director Urged to Clamp Down on Illegal Parking Fee Collection on Kuala Lumpur State Land
  • MEDIA STATEMENT: THE TAMAN DESA PHASE 1 NEIGHBOURHOOD CONTROL SCHEME ISSUE (17 August 2026)
  • KENYATAAN MENGENAI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA FASA 1
  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme