Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Majlis Makan Malam Parti Amanah Negara

Posted on Friday, 01-01-2016Monday, 04-01-2016 by -ec-

Malam ini saya mengiringi YB Lim Kit Siang hadir jamuan pungut dana untuk Parti Amanah Kelantan di Dewan Sivik MBPJ.

Tarikan jamuan ini ialah Ucaptama jamuan ini, iaitu YB Dato Husam Musa, bekas exco Kelantan dan bekas Naib Presiden PAS.

Sebelum beliau naik ke pentas, klip video berkenaan Allayarham Tok Guru Nik Aziz dan YB Husam ditayangkan. Ia menunjukkan betapa Allayarham menghargai dan menyayangi YB Dato Husam. Klip video diakhiri dengan ayat “Husam: bakal presiden PAS 2017″. Ha Ha Ha……😃👍

Selepas itu, pengerusi Amanah Kelantan, Dato Wan Rahim berucap dan memperkenalkan YB Dato Husam. Beliau menjemput hadirin berdiri dan menanya “Bila Husam akan masuk Amanah?”
Ramai hadirin yang berbaju oren pun menyahut seruan Dato Wan Rahim dan berdiri menanya YB Dato Husam….. Ha Ha.

Dalam ucapan YB Dato Husam, beliau berkata tujuan beliau hadir jamuan anjuran Amanah ialah memberi nasihat kepada bekas rakan-rakannya, seperti apa yang dikatakan oleh Presiden PAS bahawa PAS akan memberi nasihat kepada BNM/UMNO. Ha Ha Ha……..cantik!! 👍👍

Jamuan ini dihadiri oleh lebih seribu orang, termasuk hadirin yang datang dari negeri-negeri yang lain. Ucapan-ucapan yang menarik ini mewujudkan atmosfera gembira dalam jamuan malam ini. Hari ini adalah hari pertama bagi tahun 2016, jamuan yang berjaya ini melambangkan jejak permulaan yang positif bagi Amanah.

 

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁呼吁反贪会调查前经济部长助理蔡镇燊的方式 应避免陷“舆论公审”
  • MACC is urged to restore public confidence and review its manner of investigating James Chai
  • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa memulihkan keyakinan awam dan menilai semula cara siasatan terhadap James Chai Jin Shern
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkenaan statistik perkahwinan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun bagi 2023,2024 dan 2025
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkenaan jumlah pendaftaran yang diterima oleh Lembaga Jurukur Tanah
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkenaan rumah perlindungan bagi mangsa keganasan rumah tangga
  • Ucapan Kamar Khas: Apakah Respons dan Halatuju Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Terhadap Syor PAC Terhadap Pemberimilikan Tanah Kerajaan di Kuala Lumpur (2 Mac 2026)
  • Ucapan Teresa Kok (Seputeh) Dalam Perbahasan Penyata Jawatankuasa Pilihan Kesihatan: Pemantapan Dasar Pemakanan dan Intervensi Nutrisi di Malaysia Pada 25 Februari 2026
  • Kes Pecah Kereta di Taman Persekutuan Bukit Kiara
  • “Gema 1MDB: Satu Lagi Pasukan Petugas yang Ditakdirkan untuk Gagal?” (14 Feb 2026)
  • “Echoes of 1MDB: Another Task Force Destined to Fail?” (14 Feb 2026)
  • 郭素沁:嘉玛若再违庭令,将采取法律行动
  • [Media Statement] Response to Recent Remarks by Datuk Jamal Yunos
  • [Kenyataan Media] Respons terhadap Kenyataan Terkini Datuk Jamal Yunos
  • [PARLIMEN] Adakah Kementerian akan menyemak dan menghapuskan keperluan kelulusan suami bukan warganegara dalam permohonan kewarganegaraan anak-anak di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan demi memastikan ibu Malaysia mempunyai hak yang sama untuk memohon kewarganegaraan bagi anak yang dilahir di luar negara.

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme