Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Majlis Rumah Terbuka Hari Raya di Kg Tengah Merupakan Hari Wanita

Posted on Monday, 20-10-2008 by DAP Seputeh


Wanita merupakan tunjang di Majlis Terbuka Hari Raya di Kg Tengah Puchong. Wanita yang pakai tudung putih di belakang ialah Hajah Che Esah, Ketua Muslimat PAS Cawangan Kg Tengah yang mana telah banyak membantu orang Kg Tengah dan penganjuran perayaan berbuka puasa dan hari raya di Kg Tengah


Gambar yang di ambil pada akhir program. Beberapa penceramah telahpun meninggalkan tempat majlis rumah terbuka pada waktu itu. Daripada kanan ke kiri: YB Gobind Singh, Gary Chong (ahli majlis MPSJ), YB Nurul Izzah, saya, YB Dr Maria dan muslimat-muslimat di Puchong.

Pada 15 Oktober 2008, pejabat saya menganjurkan majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri yang ketiga di kawasan DUN Kinrara. Majlis rumah terbuka ini dapat dianjurkan secara berjaya dengan kerjasama daripada ahli-ahli PAS dan PKR di Puchong.

Hujan lebat turun pada lewat petang itu dan hanya berhenti pada pukul 8.15 malam. Kami amat bimbang terhadap kehadiran orang kampong ke majlis rumah terbuka kami. Apabila saya tiba di Dewan Orang Ramai Kg Tengah pada pukul 8.10pm, saya lihat hanya terdapat lebih kurang 50 orang sahaja. Saya rasa agak kecewa pada waktu itu.


YB Dr Lo Lo, Ahli Parlimen PAS di Titiwangsa merupakan penceramah pertama. Ramai orang kampong turut masuk ke Dewan Orang Ramai kita untuk menyertai majlis rumah terbuka selepas beliau mula berucap.


YB Zuraidah, Ahli Parlimen PKR di Ampang menyampaikan ucapannya.

Oleh kerana YB Dr Lo Lo dan YB Zuraidah ingin balik ke Parlimen untuk menghadiri Majlis Rumah Terbuka yang dianjurkan oleh Speaker Dewan Rakyat pada malam itu, jadi YB Dr Lo Lo pun mengambil mike dan mula ceramah politiknya. Saya merasa hairan untuk melihat ramai orang kampong masuk ke halaman Dewan Orang Ramai apabila YB Dr Lo Lo mula menyampaikan ucapannya. Kedua-dua Dr Lo Lo dan YB Zuraidah meninggalkan majlis terbuka selepas memberi ceramah pada 8.40 malam.


Beberapa ratus orang kampong menjamu selera di majlis rumah terbuka saya. Kebanyakan mereka duduk mendengar ceramah selepas makan.  


Ini adalah Puan Hesni, Ahli Majlis MPSJ yang menjaga kebajikan penduduk di Kg Tengah.


Ini adalah Puan Noor Hanim Ismail, Ketua Muslimat PAS Puchong.   


YB Nurul Izzah, Puteri Reformasi merupakan penceramah yang paling akhir berucap. Ramai orang Kg Tengah telah lama menunggu untuk mendengar ucapannya.


Penceramah ini adalah Haji Sapiyan Mohd Din, setiausaha PAS Puchong. Isterinya ialah Puan Noor Hanim Ismail, ketua muslimat PAS Puchong.


YB Gobind Singh merupakan penceramah sebelum YB Nurul Izzah. Beliau terpaksa pergi melihat keadaan banjir di kawasan DUN Seri Serdang di Puchong


Kanak-kanak beratur untuk mengambil duit raya daripada kami


Inilah generasi yang akan meneruskan perjuangan Pakatan Rakyat di Kg Tengah 

I perhatikan ramai orang Kg Tengah sebenarnya menanti-nantikan ucapan
Majlis Terbuka berakhir pada pukul 11 malam selepas YB Nurul Izzah menamatkan ucapannya.

7 thoughts on “Majlis Rumah Terbuka Hari Raya di Kg Tengah Merupakan Hari Wanita”

  1. eagle says:
    Tuesday, 21-10-2008 at 07: 54.22

    Good YB, lets hope one day we have woman to head the nation or at least at the state level but not the wanita from BN.
    Keep the Pakatan momentum, create the wave of justice, freedom and harmony.Go and go YB.

  2. KFTANG says:
    Tuesday, 21-10-2008 at 13: 22.54

    The numerous pictures taken at the Hari Raya open house at Kg. Tengah Puchong organised by PR speak a thousand words. This is the way it should be. The function had a lot of goodwill and fraternity shown between the muslims and the non-muslims. So is YB Teresa Kok anti-Islam and anti-Malay? The gathering at Kg. Tengah dispels all these fear and bias of her!

  3. tailik says:
    Tuesday, 21-10-2008 at 14: 18.57

    Hooi…..Utusan paper !
    mengapa tak laporkan Raya open house ni? pohdahlah…
    ur paper info is for ‘syiok sendiri’ je… !
    kakaka….
    PR has did a very very good & fantastic job & it seems very very SCARY… to corrupted rejim racist umno !

  4. lee wee tak says:
    Tuesday, 21-10-2008 at 14: 27.36

    YB,

    what did the common folks talk to you about? Would be good to share.

  5. new era says:
    Wednesday, 22-10-2008 at 01: 04.01

    well UM will continue to spin more stories and more cerpen and puisi…….but just continue to do ur worklah……..after sometime they may get tiredlah…..

  6. abuahmad says:
    Wednesday, 22-10-2008 at 09: 37.27

    YB,
    Keep up the good work!!!this picture taken should scares UMNO and Be End….very very scared!!!ur life span are going to Be..ended!!!hehehehehe

  7. leguan says:
    Wednesday, 22-10-2008 at 10: 58.12

    More and more pictures depicting people of various races involving in a common activity should be published not only for the sake of publicity but also for promoting racial harmony. The five PR-controlled state governments are doing much to enhance racial harmony which I think will have no problems doing it as it is a truly multi-racial political entity.

    According to statistics, there are more female students than the male in universities. If this trend continues, then it won’t be a surprise if we find ourselves having a female as the Prime Minister one day.

    What is more important is prevailing racial harmony so that the government can concentrate on the economy sector without any hindrance. Without sufficient funds, no government can function well.

    Hope to see more pictures of multi-racial Malaysians in their daily activities reflecting the true situation in the country.

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme