Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Kelajuan Internet Malaysia lebih perlahan berbanding Thailand, Sri Lanka

Posted on Saturday, 19-12-2015Wednesday, 23-12-2015 by -ec-

Hasil tinjauan global menunjukkan kelajuan sambungan di Malaysia adalah 4.9 megabit sesaat (Mbps) iaitu hampir 2 kali lebih perlahan berbanding Thailand, biarpun rakyat Malaysia antara paling banyak berhubung secara global, malangnya ia tidak berpadanan dengan kelajuan yang diingini. – Gambar fail AFP, 19 Disember, 2015.

Kadar purata kelajuan sambungan Internet Malaysia terbukti merosot bagi suku ketiga 2015, sekali gus meletakkannya di kedudukan ke-73 di peringkat global.

Malah, kadar purata kelajuan sambungan Internet di Malaysia adalah jauh lebih perlahan berbanding Thailand dan Sri Lanka di rantau ini dan hanya sedikit mengatasi Vietnam.

Hasil tinjauan global oleh Akamai Technologies yang dijalankan pada Julai hingga September lepas menunjukkan kelajuan sambungan di Malaysia adalah 4.9 megabit sesaat (Mbps) iaitu hampir 2 kali lebih perlahan berbanding Thailand.

Akamai Technologies yang juga penyedia rangkaian penghantaran kandungan, dalam satu kenyataan berkata, ini adalah sebahagian hasil laporan ‘2015 State of the Internet (SOTI)’ (Kedudukan Internet 2015) yang diumumkan semalam.

Menurutnya, biarpun rakyat Malaysia antara yang paling banyak berhubung secara global, malangnya ia tidak berpadanan dengan kelajuan yang diingini mereka.

“Kira-kira 87% pengguna Internet Malaysia melayari video secara kerap dan angka itu dijangka meningkat menjelang tahun depan.

“Bagaimanapun, kadar kelajuan sambungan sekarang tidak mungkin dapat menampung permintaan bagi melayari video di Malaysia,” katanya. – Bernama, 19 Disember, 2015.

– See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kelajuan-internet-malaysia-lebih-perlahan-berbanding-thailand-sri-lanka#sthash.CPvyIMCn.dpuf

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Free Eye Check Up at Nanomite Optical (Taman Desa) jointly organised by TDRA & Lions Eye Club
  • Sesi Penerangan Komunikasi Strategik oleh Pemaju Mah Sing berkenaan projek perumahannya di Taman Desa
  • Thai Food Review
  • Rice Dumpling Making Tutorial at Jalil Damai Apartment Bukit Jalil 郭素沁与民学习包粽子,传承传统文化 (18 May 2025)
  • Sambutan Hari Ibu bersama peserta Wanita Klinik Guaman Telenisa di PPR Kg Muhibbah (18 Mei 2025)
  • Pertandingan Congkak dan Dam di Apartment Sri Rakyat (18 Mei 2025)
  • Semarak Hari Belia Negara Peringkat Kawasan Seputeh (15 Mei 2025)
  • Blessed Mother’s Day to My Mother and to all the Mothers in the World
  • Mother’s Day Distribute Flowers to all the Mothers (11 May 2025)
  • Kejadian Tanah Runtuh di Sri Petaling berlaku pada 23 April 2025 dan Tindakan seterusnya
  • Sambutan Hari Ibu X Dapur Seputeh (10 Mei 2025)
  • Happy Mother’s Day 母亲节快乐
  • Kejadian Tanah Runtuh di Jalan Sri Petaling 5 berlaku pada 23 April 2025
  • Hari Terbuka Pelan Tindakan KL 2040
  • Sidang Parlimen Khas berkenan tindakan Amerika Syarikat mengenakan tarif timbal balas ke atas semua import ke negara tersebut dan kesannya ke atas ekonomi Malaysia

Article Archives

© 2025 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme