Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Henti membuli Nurul Izzah, jangan lari dari masalah serius, tumpu kepada isu

Posted on Sunday, 29-11-2015Monday, 30-11-2015 by -ec-

Hari ini, wanita PKR, DAP dan Amanah berkumpul dan adakan sidang akhbar untuk mendesak BN hentikan pembulian terhadap Nurul Izzah. Kenyataan kami adalah seperti berikut:—

Kami merasa amat kecewa kerana kerajaan sanggup menumpukan perhatian ke atas satu isu kecil gambar foto, dan tidak pula menangani isu sebenar yang sedang merosakkan negara sekarang. Sememangnya isu foto ini telah mengalih pandangan daripada isu-isu penting yang melanda negara ini.

Skandal 1MDB masih belum selesai, skandal “derma” RM2.6 bilion belum berakhir, kontroversi pembunuhan Kevin Morais, ekonomi yang merudum dan kepahitan yang bakal dibawa oleh TPPA, semuanya belum selesai.

Sikap kerajaan yang menumpukan segala-galanya terhadap foto Nurul Izzah yang bergambar dengan Jacel Kiram, dan sengaja mencetuskan begitu banyak kekecohan, menunjukkan betapa ghairahnya mereka mahu memburukkan seorang pemimpin pembangkang, dalam usaha mereka mahu memusnahkan reputasi dan maruah beliau. Ia juga merupakan usaha untuk melemahkan barisan pembangkang di Malaysia dengan menggunakan taktik kotor.

Kami ingin menyatakan pendirian kami seperti di bawah:
Pertamanya, Nurul Izzah tidak memuat-naik gambar foto yang dikatakan menyinggung perasaan rakyat Sabah. Gambar foto itu dimuat-naikkan oleh Jacel Kiram dalam media sosialnya.

Kedua, Nurul Izzah telah pun meminta maaf secara ikhlas atas pertemuan yang tidak dirancang oleh beliau. Beliau hanya menghadiri satu jamuan yang dianjurkan oleh pejabat Naib Presiden Filipina.

Ketiga, Nurul Izzah tidak mempunyai apa-apa niat yang jahat dalam pertemuan tersebut. Ia hanyalah satu pertemuan yang tidak dirancang dan Nurul Izzah telahpun mengulangi kesetiaan beliau terhadap Malaysia.

Keempat, sekiranya Nurul mempunyai niat jahat untuk mengkhianati Negara, tentu beliau tidak akan mengambil apa-apa gambar yang boleh digunakan sebagai bukti. Lagi pun tak ka Macam satu mesyuarat sulit boleh dihadiri oleh begitu ramai orang dan diumumkan pula kepada seluruh dunia?

Kelima, Nurul Izzah bukan seorang pengkhianat. Beliau telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen yang mana beliau taat kepada sumpahnya. Beliau juga memperjuangkan isu-isu rakyat Sabah berkaitan dengan meningkatkan taraf pendidikan, membasmi kemiskinan, menangani pencerobohan Lahad Datu dan masalah gempa bumi yang berlaku baru-baru ini.

Keenam, tidak pernah ada kes yang mana seorang Ahli Parlimen dipanggil ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan atas perkara yang berlaku di luar Parlimen. Adalah jelas bahawa YB Datuk Azalina Othman telah menyalahgunakan kuasanya sebagai Menteri Kabinet.

Walau apapun keputusan oleh Dewan Undangan Negeri Sabah yang menghalang Nurul Izzah dan Tian Chua untuk memasuki negeri itu – ia memang merupakan hak dalam bidang kuasanya; keputusan itu telah memesongkan perhatian kerajaan negeri daripada isu-isu yang paling penting pada saat ini, khususnya menangani masalah keselamatan Sabah daripada pencerobohan pengganas yang selama ini mengancam keselamatan rakyat-jelata di Sabah.

Kami mendesak Kerajaan BN untuk menghentikan pembulian terhadap seorang wakil rakyat yang berwibawa dan kembali menumpukan kepada isu-isu sebenar, termasuk pembinaan negara.
*Kesemua Pemimpin Wanita, Ahli Parlimen & ADUN Wanita Pakatan Harapan

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Ucapan Kamar Khas: Masalah Pelaksanaan Akta A1730: Akta Juruukur Tanah Berlesen (Pindaan) 2024
  • Ucapan Kamar Khas: Kerajaan Diminta Membatalkan Pembinaan 17 Ribu Unit Rumah di Jalan Impian Indah, Bukit Jalil (27 Okt 2026)
  • Court Judgement YB Teresa Kok VS Datuk Dr Akmal
  • UCAPAN PERBAHASAN BELANJAWAN 2027 OLEH TERESA KOK (SEPUTEH) PADA 13 OKTOBER 2026
  • Ucapan Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh) dalam Perbahasan RUU Akta Makanan 1983 (8 Oktober 2026)
  • MOTAC DIMINTA MENYATAKAN PENCAPAIAN KEMENTERIAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026
  • Ucapan Teresa Kok dalam Perbahasan “Laporan Pengurusan Pelarian di Malaysia” di Dewan Rakyat pada 5 Oktober 2026
  • Rest in Peace, Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali
  • 郭素沁促请隆市政局在武吉加里尔、大城堡及旧巴生路展开全面基础设施研究
  • KENYATAAN AKHBAR YB TERESA KOK (AHLI PARLIMEN SEPUTEH) PADA 27 OGOS 2026
  • Joint Efforts Needed: CPO KL, Mayor, and PTGWPKL Director Urged to Clamp Down on Illegal Parking Fee Collection on Kuala Lumpur State Land
  • MEDIA STATEMENT: THE TAMAN DESA PHASE 1 NEIGHBOURHOOD CONTROL SCHEME ISSUE (17 August 2026)
  • KENYATAAN MENGENAI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA FASA 1
  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme