Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Ucapan Perbahasan Bajet 2016 – Bahagian Keempat

Posted on Wednesday, 28-10-2015Thursday, 29-10-2015 by -ec-

Bahagian Keempat/Terakhir ucapan perbahasan Bajet 2016 saya adalah berkenaan MCMC tidak mengharamkan laman web yang membenarkan tweet palsu & pengiktirafan UEC

Kerajaan Harus Haramkan Laman Web Yang Buat Tweet Palsu
=================================================

Datuk yang diPertua, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah mengharamkan laman web Bersih 4, Sarawak Report dan lain pada beberapa bulan yang lepas. Tindakan MCMC ini mendatangkan bantahan daripada masyarakat umum kerana laman web tersebut memaparkan isi-kandungan yang menghendaki ketelusan pihak Kerajaan.

Di sini, saya ingin minta pihak MCMC memandang berat terhadap siri laporan polis yang dibuat oleh saya dan ahli politik lain yang menjadi mangsa dalam mesej tweet palsu.

Di sini saya baca siri tweet palsu yang dibuat atas imej akaun tweeter saya:
1) Mesej tweet palsu pada 15 Ogos 2015: “Rapists, robbers, kidnappers, housebreaking is usually done by one of the races in Malaysia – apparently done by Malay.”
2) Mesej tweet palsu pada 20 Ogos 2015: “Sokong YB Azmin naik tariff air Selangor. Amat wajar, untuk elakkan pembaziran air, terutamanya pada hari Jumaat.”
3) Mesej tweet palsu 22 Ogos 2015: “Orang Melayu bangsa yang suka merogol, merompak, menculik dan pecah rumah.” Dan “Teresa Cock mahu duit zakat negeri Selangor di serahkan kepada Cina kerana orang cina jugak bayar cukai.”

Saya memang tidak pernah membuat kesemua mesej tweet ini.
Selain itu, YB Bagan juga pernah buat laporan polis pada 6 Oktober 2015 berkenaan mesej tweet palsu yang menggunakan namanya yang berbunyi: “Larangan pembesar suara di masjid dan surau dalam Pulau Pinang muktamad. Mereka yang tak setuju tak layak tinggal dalam negeri ini. Sila keluar!”

Saya merasa kesal, pihak MCMC kelihatan mengambil sikap pilih kasih dari segi aduan dan laporan yang diterima oleh mereka. Saya pernah menulis surat aduan kepada Dato Sri Dr Halim Shafie, Pengerusi MCMC melalui emel dan hantar dengan tangan, tetapi MCMC tidak pernah ambil apa-apa tindakan terhadap aduan saya.

Datuk yang diPertua, terdapat beberapa laman web yang membenarkan orang awam untuk keluarkan tweet palsu atas akaun orang lain. Laman web ini adalah: simitator.com, lemmetweetthatforyou.com, tweetfake.com.

Saya ingin cadangkan MCMC untuk mengharamkan laman web yang membenarkan orang hantar mesej tweet palsu atas akaun tweet orang lain tersebut, sebagai langkah untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan masyarakat kita.

Apakah Kedudukan Sebenar UEC? Apakah Janji KM Sarawak Tentang Pengiktirafan UEC Boleh dilaksanakan?
=================================================


Baru-baru ini, kita banyak dengar kenyataan Ketua Menteri Sarawak yang terbuka dan disambut baik oleh masyarakat di Sarawak, termasuk pengiktirafan United Examination Certificate (UEC) oleh perkhidmatan awam di Sarawak.

Di sini saya ingin baca jawapan yang diberi oleh Kementerian Pendidikan kepada saya pada 21 Oktober 2015 berkenaan pengiktirafan UEC. Jawapan ini berbunyi: “………. selaras dengan jawapan penggulungan YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat pada 10 Jun 2015, UEC perlulah mematuhi dan selari dengan dasar sedia ada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi membolehkan kementerian membuat pertimbangan untuk kemasukan ke Universiti Awam.

Sehubungan itu, sijil UEC tidak boleh diguna pakai sebagai kelayakan masuk ke UA di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi memandangkan ia tidak diiktiraf oleh KPM.

Bagi kemasukan ke perkhidmatan awam pula, merujuk kepada Peraturan 5 (1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U. (A) 1/2012]oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, semua pelantikan ke dalam Perkhidmatan Awam hendaklah mengikut syarat-syarat yang dinyatakan dalam skim perkhidmatan yang berkuat kuasa.

Oleh itu, kelayakan UEC tidak diterima bagi tujuan pelantikan ke jawatan dalam Perkhidmatan Awam kerana ianya adalah kelayakan yang tidak diiktiraf oleh Kerajaan memandangkan ia tidak selari dengal Dasar Pendidikan Kebangsaan. “

Datuk yang diPertua, saya ingin bertanya kepada pihak Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan, apakah kenyataan yang dibuat oleh Ketua Menteri Sarawak tentang pengiktirafan UEC ini adalah janji kosong yang memang tidak boleh dilaksanakan? Kenyataan daripada kerajaan pusat ini adalah penting demi memberi gambaran yang jelas kepada masyarakat di Sarawak tentang isu ini.

Akhirnya saya menolak Bajet 2016.

Sekian terima kasih.

Teresa Kok

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Ucapan Kamar Khas: Masalah Pelaksanaan Akta A1730: Akta Juruukur Tanah Berlesen (Pindaan) 2024
  • Ucapan Kamar Khas: Kerajaan Diminta Membatalkan Pembinaan 17 Ribu Unit Rumah di Jalan Impian Indah, Bukit Jalil (27 Okt 2026)
  • Court Judgement YB Teresa Kok VS Datuk Dr Akmal
  • UCAPAN PERBAHASAN BELANJAWAN 2027 OLEH TERESA KOK (SEPUTEH) PADA 13 OKTOBER 2026
  • Ucapan Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh) dalam Perbahasan RUU Akta Makanan 1983 (8 Oktober 2026)
  • MOTAC DIMINTA MENYATAKAN PENCAPAIAN KEMENTERIAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026
  • Ucapan Teresa Kok dalam Perbahasan “Laporan Pengurusan Pelarian di Malaysia” di Dewan Rakyat pada 5 Oktober 2026
  • Rest in Peace, Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali
  • 郭素沁促请隆市政局在武吉加里尔、大城堡及旧巴生路展开全面基础设施研究
  • KENYATAAN AKHBAR YB TERESA KOK (AHLI PARLIMEN SEPUTEH) PADA 27 OGOS 2026
  • Joint Efforts Needed: CPO KL, Mayor, and PTGWPKL Director Urged to Clamp Down on Illegal Parking Fee Collection on Kuala Lumpur State Land
  • MEDIA STATEMENT: THE TAMAN DESA PHASE 1 NEIGHBOURHOOD CONTROL SCHEME ISSUE (17 August 2026)
  • KENYATAAN MENGENAI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA FASA 1
  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme