Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Ucapan Perbahasan Bajet 2016 – Bahagian Ketiga

Posted on Wednesday, 28-10-2015Thursday, 29-10-2015 by -ec-

Bahagian Ketiga Ucapan Perbahasan Bajet 2016 saya adalah berkenaan Mara Inc membeli Dudley House dengan harga yang melebihi harga pasaran & dasar baru DBKL yang mengurangkan tempat letak kereta di bangunan komersial baru:

Apakah Siasatan Ke Atas Pembelian Dudley House Oleh MARA Inc di Melbourne?
=================================================


Pada waktu bila skandal 1MDB dibincang dengan hangatnya di dalam dan di luar Parlimen, saya ingin tanya pihak Kerajaan, khususnya SPRM, apakah siasatan telah dijalankan terhadap isu pembelian Dudley House oleh Mara Inc dengan AUD22.5 juta manakala harga sebenarnya ialah AUD17.8 juta sahaja.

Mengikut laporan akhbar The Age di Australia, perbezaan di antara harga pembelian dan harga sebenar Dudley House sebanyak AUD4.75 juta telah dijadikan sebagai “introduction and consultancy fees” ataupun “kickbacks” dan disalurkan kepada satu shelf company Singapura yang berkaitan dengan Pengerusi Mara Inc, Mohammad Lan Allani dan CEO Mara Abdul Halim Rahim.

Selain itu, National Oversight and Whistleblowers (NOW) juga mengadu selain daripada kes Dudley House, Mara juga menggunakan shelf companies yang lain untuk membeli tiga hartanah yang lain di Melbourn, iaitu 746 Swanston Street, 51 Queen Street dan 33 Exhibition Street dengan jumlah nilai sebanyak AUD63.5 juta.

Dalam artikel “Strong Sabah connection in Mara’s Aussie buys” yang disiarkan dalam Free Malaysia Today yang bertarikh 25 Jun 2015, YB dari Kawasan Ketereh mengesahkan bahawa cadangan yang diluluskan oleh Lembaga Mara haruslah diluluskan oleh Kementerian Kemajuan Luar Badar dan Wilayah, dan lepas itu dihantar kepada Kementerian Kewangan ataupun National Economic Council.

Kenyataan YB Kawasan Ketereh ini menunjukkan bahawa keputusan pembelian hartanah yang melebihi harga pasaran di Australia ini memang diketahui dan diluluskan oleh pihak kerajaan. Memandangkan kes pembelian hartanah melebihi harga pasaran dan pemberian “kickbacks” ini telah luas dilaporkan oleh media di Australia, saya ingin tahu apakah langkah yang telah diambil oleh pihak kerajaan dan SPRM berkenaan segala tuduhan yang disiarkan di media Australia ini?
Apakah hasil siasatan dalam kes ini dan apakah kerajaan akan mendakwa pihak yang terlibat ini ke mahkamah?

Dasar Kurangkan Tapak Letak Kereta di Bangunan Baru di Pusat Bandar Kuala Lumpur
=================================================
Datuk yang diPertua, saya telah banyak kali menyuarakan ketidakpuasan saya terhadap cara DBKL yang meluluskan banyak kondominium dan bangunan komersial yang mempunyai kepadatan yang tinggi tanpa ambil kira isu trafik dan kawasan lapang bagi penduduk. Sekarang saya ingin menyuarakan kebimbangan saya terhadap dasar DBKL yang baru yang mengurangkan 30% tempat letak kereta di projek komersial yang baru. Alasan DBKL adalah demi menggalakkan orang ramai guna pengangkutan awam.

Saya ingin minta Kementerian Wilayah Persekutuan untuk menyenaraikan projek dan lokasi kesemua bangunan komersial baru yang dikurangkan tempat letak kereta tersebut.
Saya ingin nyatakan bahawa saya amat tidak setuju dengan langkah DBKL ini. Masalah sekarang ialah ramai orang ingin guna pengangkutan awam tetapi banyak tempat di Kuala Lumpur masih tiada LRT dan bas.

Walaupun pihak DBKL dan Kementerian WP berkata banyak tempat akan disambung dengan sistem LRT pada beberapa tahun yang akan datang, tetapi kita mesti juga tahu sistem LRT masih belum dapat memasuki banyak kawasan kediaman. Dasar DBKL yang kurangkan tempat letak kereta di projek baru komersial ini hanya membayangkan perancangan yang kurang rapi dan menyusahkan rakyat. Saya ingin minta DBKL mengkaji semula dasar yang tidak mesra rakyat ini.

DBKL Harus Menghendaki Pemaju Untuk Menempatkan Semula Setinggan Ataupun Memberi Pampasan Kepada Setinggan Sebelum Projek Mula
=================================================
Saya ingin minta DBKL menghendaki pemaju yang ingin memajukan apa-apa tempat untuk memberi pampasan kepada setinggan sebelum projek mereka bermula.

Saya terima aduan daripada setinggan yang telah duduk duduk berpuluh-puluh tahun di tapak di Chan Sow Lin, iaitu di Geran 37713, Lot 260 Seksyen 92 dan Geran 25272, Lot 3240 Seksyen 92 Town and District Kuala Lumpur, di mana mereka dihalau oleh tuan tanah baru yang enggan membayar apa-apa ganti-rugi ataupun kos pemindahan kepada mereka. Saya berharap DBKL boleh menunjukkan keprihatinan terhadap rintihan golongan miskin seperti ini di Kuala Lumpur.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Ucapan Kamar Khas: Masalah Pelaksanaan Akta A1730: Akta Juruukur Tanah Berlesen (Pindaan) 2024
  • Ucapan Kamar Khas: Kerajaan Diminta Membatalkan Pembinaan 17 Ribu Unit Rumah di Jalan Impian Indah, Bukit Jalil (27 Okt 2026)
  • Court Judgement YB Teresa Kok VS Datuk Dr Akmal
  • UCAPAN PERBAHASAN BELANJAWAN 2027 OLEH TERESA KOK (SEPUTEH) PADA 13 OKTOBER 2026
  • Ucapan Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh) dalam Perbahasan RUU Akta Makanan 1983 (8 Oktober 2026)
  • MOTAC DIMINTA MENYATAKAN PENCAPAIAN KEMENTERIAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026
  • Ucapan Teresa Kok dalam Perbahasan “Laporan Pengurusan Pelarian di Malaysia” di Dewan Rakyat pada 5 Oktober 2026
  • Rest in Peace, Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali
  • 郭素沁促请隆市政局在武吉加里尔、大城堡及旧巴生路展开全面基础设施研究
  • KENYATAAN AKHBAR YB TERESA KOK (AHLI PARLIMEN SEPUTEH) PADA 27 OGOS 2026
  • Joint Efforts Needed: CPO KL, Mayor, and PTGWPKL Director Urged to Clamp Down on Illegal Parking Fee Collection on Kuala Lumpur State Land
  • MEDIA STATEMENT: THE TAMAN DESA PHASE 1 NEIGHBOURHOOD CONTROL SCHEME ISSUE (17 August 2026)
  • KENYATAAN MENGENAI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA FASA 1
  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme