Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Ucapan Perbahasan Bajet 2016 – Bahagian Kedua

Posted on Wednesday, 28-10-2015Thursday, 29-10-2015 by -ec-

Bahagian Kedua Ucapan Perbahasan Bajet 2016 saya adalah berkenaan kehilangan anak orang asli:

Isu Kehilangan 7 Orang Budak Orang Asli Yang Belajar di SK Tohoi
===============================================
Datuk yang diPertua, saya merasa kesal bahawa usul tergempar yang dibentangkan oleh saya pada hari pertama sidang Dewan Rakyat ini ditolak oleh Speaker dalam kamar untuk dibahaskan di Dewan yang mulia ini.


Kehilangan 7 orang budak orang asli yang belajar di SK Tohoi di Gua Musang sejak 23 Ogos 2015 dan 5 orang mati selepas dijumpai 43 hari kemudian telah menggoncangkan masyarakat seluruh negara.

Apa yang mengejutkan masyarakat umum adalah, budak-budak ini dijumpai di kawasan hutan di dalam lingkungan jarak 1km daripada Sekolah Kebangsaan Tohoi, iaitu sekolah asrama mereka. Ini menimbulkan soalan tentang usaha yang telah dilakukan oleh pasukan penyelamatan untuk mencari kanak-kanak orang asli ini.

Terdapat media yang melaporkan bahawa ibubapa kanak-kanak tersebut pernah mengadu kepada SUHAKAM bahawa mereka tidak pernah diberitahu secara rasmi oleh pihak sekolah tentang anak-anak mereka yang hilang tersebut. Tambahan pula, usaha mencari kanak – kanak yang hilang ini hanya bermula 5 hari selepas mereka dilaporkan hilang.

Di samping itu, terdapat laporan media yang mengatakan budak – budak orang asli ini mendapat layanan yang buruk di SK Tohoi. Mereka terpaksa tidur di atas lantai simen dan selalu dipukul oleh guru mereka, sehingga mereka selalu takut untuk pergi ke sekolah.

Saya ingin tanya soalan berikut kepada pihak kementerian:

1) Bilakah pihak polis ataupun pasukan penyelamatan mula menjalankan usaha mencari mereka? Siapakah yang terlibat dalam usaha pencarian? Apakah usaha yang telah dilakukan oleh pihak polis dan pasukan penyelamatan untuk mencari kanak-kanak orang asli ini? Kenapakah pasukan penyelamatan gagal mencari mereka yang sebenarnya berada di tapak yang begitu dekat dengan SK Tohoi? Apakah itu benar bahawa aduan ibubapa orang asli kepada SUHAKAM bahawa usaha mencari 7 orang budak ini hanya bermula 5 hari selepas mereka dilaporkan hilang?

2) Apakah itu benar bahawa pihak sekolah pecat mereka daripada sekolah pada keesokan hari selepas mereka tidak kembali ke sekolah, dan apakah benar tentang penganiayaan terhadap kanak-kanak ini? Apakah itu benar bahawa pihak sekolah tidak pernah memberitahu ibubapa budak – budak berkenaan secara rasmi selepas budak-budak itu hilang? Kenapakah “Nur Alert” tidak dicetuskan oleh pasukan penyelamatan selepas 7 orang budak ini dilaporkan hilang?
Saya ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya menubuhkan jawatankuasa khas yang bebas yang terdiri daripada tokoh yang berwibawa dan berkaliber untuk mendengar dan menyiasat kes ini. Rakyat berhak tahu samada kesemua dakwaan oleh NGO, media dan ibubapa orang asli tersebut tentang kelalaian agensi-agensi kerajaan ini adalah benar.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Ucapan Kamar Khas: Masalah Pelaksanaan Akta A1730: Akta Juruukur Tanah Berlesen (Pindaan) 2024
  • Ucapan Kamar Khas: Kerajaan Diminta Membatalkan Pembinaan 17 Ribu Unit Rumah di Jalan Impian Indah, Bukit Jalil (27 Okt 2026)
  • Court Judgement YB Teresa Kok VS Datuk Dr Akmal
  • UCAPAN PERBAHASAN BELANJAWAN 2027 OLEH TERESA KOK (SEPUTEH) PADA 13 OKTOBER 2026
  • Ucapan Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh) dalam Perbahasan RUU Akta Makanan 1983 (8 Oktober 2026)
  • MOTAC DIMINTA MENYATAKAN PENCAPAIAN KEMENTERIAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026
  • Ucapan Teresa Kok dalam Perbahasan “Laporan Pengurusan Pelarian di Malaysia” di Dewan Rakyat pada 5 Oktober 2026
  • Rest in Peace, Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali
  • 郭素沁促请隆市政局在武吉加里尔、大城堡及旧巴生路展开全面基础设施研究
  • KENYATAAN AKHBAR YB TERESA KOK (AHLI PARLIMEN SEPUTEH) PADA 27 OGOS 2026
  • Joint Efforts Needed: CPO KL, Mayor, and PTGWPKL Director Urged to Clamp Down on Illegal Parking Fee Collection on Kuala Lumpur State Land
  • MEDIA STATEMENT: THE TAMAN DESA PHASE 1 NEIGHBOURHOOD CONTROL SCHEME ISSUE (17 August 2026)
  • KENYATAAN MENGENAI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA FASA 1
  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme