TARIKH: 20 OKT 2015, SELASA
SOALAN: 14
Minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan sebab beliau mengarahkan MARA menghentikan tajaan pelajar Bumiputera ke Taylors University. Apakah arahan ini berkaitan dengan syarikat bas yang menghantar peserta ke Perhimpunan Baju Merah.
JAWAPAN:
Tuan Yang Di-Pertua,
Untuk makluman YB, keputusan untuk memberhentikan tajaan pelajar baharu ke Taylors University tiada kaitan dengan isu penamatan kontrak syarikat bas seperti yang dimaksudkan. Penajaan pelajar oleh MARA di IPT termasuk di Taylors University adalah dibuat mengikut keperluan semasa.
Namun begitu tajaan kepada pelajar sedia ada seramai 521 orang pelajar masih diteruskan. Tajaan ini adalah untuk pelajar yang sedang mengikuti pengajian dalam pelbagai bidang dan peringkat pengajian.