Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Lawatan Pakatan Harapan ke “Petaling Street”

Posted on Saturday, 26-09-2015Wednesday, 30-09-2015 by -ec-

Pagi ini, pemimpin Pakatan Harapan melawat Petaling Street di Kuala Lumpur. Kami berada di Petaling Street pada 9.30 pagi dan adakan sidang akhbar. Selepas itu, kami menziarahi gerai dan kedai di Petaling Street.

Pemimpin Pakatan Harapan yang turut hadir pagi ini termasuk: YB Lim Kit Siang, YB Nurul Izzah, YB Tan Kok Wai, YB Dr Tan Kee Kwong, YB Fong Kui Lun, YB Teo Kok Seong, YB Lim Lip Eng, Pak Samad, Ronnie Liu, Hu Pang Chew (Amanah), NGO seperti Otai Reformasi, Malaysian Indian Voice dan lain.

Kami merasa kesal perhimpunan Baju Merah yang kedua yang keluarkan ugutan ini tidak dikutuk kuat oleh PM, TPM dan anggota kabinet. Dalang perhimpunan Baju Merah ini,Jamal Yunos hanya ditahan oleh polis semalam selepas Duta Negara China, Huang Hui Kang melawat Petaling Street.

Sekiranya pemimpin negara kita boleh lebih pro-aktif untuk menghentikan ugutan kacau-bilau daripada Kumpulan Baju Merah, sekiranya kehadiran Huang digantikan oleh menteri kabinet kita, maka kumpulan yang tidak bertanggungjawab ini sudah pasti tidak berani menjejaskan keharmonian masyarakat.

PM Najib sekarang berada di luar negara dan beliau dikatakan akan berucap di forum PBB. Sekiranya wujudnya peristiwa yang malang akibat perhimpunan Baju Merah ini, macam manakah beliau menjawab pertanyaan daripada masyarakat dan media antarabangsa?

Pada lebih kurang 10.45 pagi, selepas kami jalan ke hujung Petaling Street, sekumpulan polis berbaju seragam mula berhimpun di Petaling Street.

Saya berkata pada pemilik kedai dan penjaja di Petaling Street jangan bimbang berlakunya rusuhan kerana polis sudah hadir jaga keselamatan.

 

 

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme