Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Najib puji Hadi Awang kerana beri peluang kepadanya

Posted on Friday, 31-07-2015Wednesday, 05-08-2015 by -ec-

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau menghargai sikap seteru politiknya itu yang berpegang pada prinsip seseorang itu tidak bersalah selagi belum dibuktikan bersalah. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 31 Julai, 2015.

Datuk Seri Najib Razak memuji sikap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berpendapat barisan Kabinet baharu selepas rombakan perlu diberi peluang menyelesaikan masalah negara sebelum undi tidak percaya diusulkan.

Menurut Najib, beliau menghargai sikap seteru politiknya itu yang berpegang pada prinsip seseorang itu tidak bersalah selagi belum dibuktikan bersalah.

“Sebab itu saya puji presiden PAS walaupun kami bersaing.

“Dia kata tak bersalah selagi tak dibuktikan. Presiden PAS pun boleh buat penilaian,” katanya sewaktu berucap di Putrajaya, petang ini.

Hadi hari ini dilaporkan membuat seruan agar prestasi jemaah menteri yang baharu dirombak pada Selasa dahulu diteliti terlebih dahulu sebelum undi tidak percaya terhadap Najib diusulkan di Parlimen.

“Kita lihat Kabinet yang baharu ini dia nak selesai bagaimana masalah negara ini. Kita lihat dulu,” Hadi dilaporkan sebagai berkata.

Menurut Najib, sikap Hadi itu berbeza dengan sesetengah “orang kita” yang turut galak mengkritik pentadbirannya.

“Orang kita tumpang semangkuk, jadi tukang kipas.

“(Sedangkan) pembangkang setengahnya bukan semua (berbuat demikian), ada juga yang tahu buat penilaian,” katanya. – 31 Julai, 2015.

 – See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-puji-hadi-awang-kerana-beri-peluang-kepadanya#sthash.03H3hxWl.dpuf

 

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Kempen Jom Sihat – Saringan Kesihatan Komuniti Percuma di Pearl Point Shopping Mall (31 Mei 2025)
  • Distribution of Rice Dumpling at Dapur Seputeh, Taman Salak Selatan (31 May 2025)
  • Distribution of Rice Dumpling at Happy Garden Morning Market (31 May 2025)
  • Sesi Libat Urus bersama DBKL berkenaan caj tempat letak kereta (TLK) di Kuchai Entrepreneurs Park (KEP)
  • Sembang Santai bersama penduduk wanita di PPR Kg Muhibbah (29 Mei 2025)
  • Free Eye Check Up at Nanomite Optical (Taman Desa) jointly organised by TDRA & Lions Eye Club
  • Sesi Penerangan Komunikasi Strategik oleh Pemaju Mah Sing berkenaan projek perumahannya di Taman Desa
  • Pemeriksaan Mata Percuma untuk pelajar B40 anjuran Rotary Club KL Sentral (24 Mei 2025)
  • Thai Food Review
  • Rice Dumpling Making Tutorial at Jalil Damai Apartment Bukit Jalil 郭素沁与民学习包粽子,传承传统文化 (18 May 2025)
  • Sambutan Hari Ibu bersama peserta Wanita Klinik Guaman Telenisa di PPR Kg Muhibbah (18 Mei 2025)
  • Pertandingan Congkak dan Dam di Apartment Sri Rakyat (18 Mei 2025)
  • Semarak Hari Belia Negara Peringkat Kawasan Seputeh (15 Mei 2025)
  • Blessed Mother’s Day to My Mother and to all the Mothers in the World
  • Mother’s Day Distribute Flowers to all the Mothers (11 May 2025)

Article Archives

© 2025 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme