Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Majlis Hari Raya Rumah Terbuka Yang Mesra di Taman Mawar, Puchong

Posted on Tuesday, 14-10-2008 by DAP Seputeh


Exco YB Yaakop Sapari, YB Dr Halimah Ali dan saya memberi duit raya kepada kanak-kanak

Pada 12 Oktober, Hari Ahad, Pakatan Rakyat di Puchong berjaya mengadakan satu majlis rumah terbuka dan ceramah di Taman Mawar, Puchong. Mereka yang hadir merangkumi semua kaum. Lebih daripada seribu orang menghadiri majlis rumah terbuka tersebut. Majlis kita berakhir pada 11.15 malam dengan Mat Sabu sebagai penceramah yang terakhir. Orang ramai seronok dengar ucapannya. Beberapa ratus penduduk Melayu yang segan masuk ke khemah makan malam saya berdiri di tepi jalan untuk mendengar ucapan sehingga ucapan habis.

Rakan-rakan Melayu saya di PKR dan PAS amat gembira untuk melihat kehadiran penduduk dan kejayaan di majlis rumah terbuka tersebut. Mereka telah kuat membuat persediaan untuk majlis rumah terbuka tersebut dan beberapa orang di kalangan pelayan/pekerja ini malah tidak berpeluang makan malam dalam jamuan tersebut.

Selepas itu, saya menjemput kesemua mereka untuk menjamu selera di sebuah restoran di Kinrara sehingga pukul 12 malam.


Saya menyampaikan ucapan tentang pengalaman saya di bawah tahanan ISA dan sebab saya dijadikan sasaran oleh musuh politik saya.


Badut buat “action” di bawah sepanduk boikot surat khabar


Para penceramah Pakatan Rakyat menjamu selera bersama-sama. Dari kiri ke kanan: Puan Hanim (Ketua Muslimat PAS Puchong), Dr Halimah, saya, Mat Sabu dan Ronnie Liu 


Exco Selangor YB Yaakop Sapari menyoal kenapakah ISA digunakan untuk menahan  perempuan? Dia kata kalau kerajaan nak tangkap pun haruslah tangkap Gobind, dan bukannya saya dan pemberita sin chew. Ha ha!!


Exco YB Dr Halimah Ali berkata Islam mempertahankan kesemua orang tanpa kira kaum. Beliau memberi satu kuliah yang cukup baik tentang ajaran Islam sejati


Exco YB Ronnie Liu memberi ucapan tentang dasar-dasar yang menguntungkan rakyat oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor


Ahli Parlimen Puchong YB Gobind Singh Deo menceritakan peristiwa pahit tentang bapanya Karpal Singh ditahan di bawah ISA apabila beliau berumur 14 tahun. YB Gobind kata beliau menghentikan pelajaranya selama setengah tahun kerana penahanan bapanya.


Para penceramah dan hadirin ketawa apabila YB Yaakob Sapari kata kerajaan seharusnya menahan Gobind Singh di bawah ISA dan bukannya saya.


Naib Presiden PAS Haji Mohd Sabu merupakan “anchor speaker” yang dinanti-nantikan oleh semua. Beliau mencerita macam mana penahanan ISAnya telah merapatkan hubungan di antara beliau dengan pemimpin DAP semasa Operasi Lalang.


Ramai orang Melayu di kawasan saya amat tertarik dengan ucapan-ucapan yang dibentangkan.


Ramai penduduk Melayu mendengar ucapan para penceramah di belakang khemah dan di tepi jalan. Mereka amat seronok untuk dengar ucapan daripada Mat Sabu

2 thoughts on “Majlis Hari Raya Rumah Terbuka Yang Mesra di Taman Mawar, Puchong”

  1. ventura says:
    Tuesday, 14-10-2008 at 21: 32.36

    Amatlah dialu-alukan penghargaan YB Teresa terhadap keagungan perkauman ketat dan seiringi dengan ajaran – ajaran agama yang memperikatkan lagi kekuatan umat didalam masyarakat majumuk yang berbilang bangsa dan kaum.

    Teraskan lagi ketegakkan penduduk sekalian berbilang bangsa megecapi keharmonian dan kesegaran saudara sesama penduduk di Malaysia bahagia ini.

  2. MotivationInMotion says:
    Wednesday, 15-10-2008 at 12: 01.32

    In the tale of two Open Houses
    One host was full of grouses
    The other was most gracious
    Can we be free from being suspicious?

    (C) Samuel Goh Kim Eng – 141008
    http://MotivationInMotion.blogspot.com
    Tue. 14th Oct. 2008.

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme