Saya terbang ke JB pagi ini demi menghadiri Pesta Kesyukuran Menuai 2015 anjuran Gereja Katholik Diocese Melaka-Johor di Majodi Centre.
Pesta diadakan untuk meraikan Pesta Gawai/Kaamatan bagi pribumi Kristian yang berasal di Sabah dan Sarawak.
Pesta ini bermula dengan misa Katholik pada 10 pagi hingga ke lewat petang. Dua orang ADUN DAP di JB juga hadir dalam pesta ini, mereka adalah Andrew Chen dan Liow Cai Tung.
Saya “enjoy” menyaksikan banyak program kebudayaan dalam Pesta ini, khususnya pertandingan ratu cantik kanak-kanak yang pakai baju dan kostum tradisi.
Saya juga gembira lihat ramai anak anak Negeri Sabah dan Sarawak yang dilahirkan di Semenanjung Malaysia masih ingat bahasa ibunda dan tarian tradisi suku suku kaum mereka. Pesta menuai seperti ini adalah peluang yang paling baik bagi mereka untuk menunjukkan bakat nyanyian dan tarian mereka.