Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Ucapan Penangguhan berkenaan Status Sekolah Kebangsaan Danau Perdana di Taman Danau Desa, Off Jalan Klang Lama di Kuala Lumpur

Posted on Friday, 26-06-2015Monday, 29-06-2015 by -ec-

Ucapan Penangguhan Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh Pada 11 Jun 2015 di Dewan Rakyat

Apakah Status Sekolah Kebangsaan Danau Perdana di Taman Danau Desa, Off Jalan Klang Lama di Kuala Lumpur
===============================================

Datuk yang diPertua, saya telah beberapa kali membangkitkan pertanyaan tentang status Sekolah Kebangsaan Danau Perdana di Taman Danau Desa yang telah dikosongkan sejak tahun 2005 demi bangunan sekolah yang tidak selamat.

Mengikut jawapan Parlimen daripada Kementerian Pendidikan pada 12-6-2014, saya difahamkan bahawa Kementerian Pendidikan telah menyerahkan kes ini kepada Kuala LumpurRegional Centre for Arbitration (KLRCA). Pada 21 November 2012 yang KLRCA telah menolak tuntutan daripada pihak penuntut, iaitu Dewan Perniagaan Melayu Kuala Lumpur terhadap Kerajaan Malaysia. Lanjutan kepada keputusan tersebut, Kerajaan Malaysia dibenarkan membuat tuntutan balas Kerajaan Malaysia terhadap pihak Penuntut sedang dikendalikan oleh kamar Jabatan Peguam Negara.

Jawapan Parlimen pada 12-6-2014 juga menyatakan “Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang dalam proses pelantikan perunding bagi tujuan menilai tuntutan ganti rugi kerosakan bangunan SK Danau Perdana. Peruntukan juga telah disalurkan kepada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi urusan penempatan kawalan keselamatan dan perkhidmatan pembersihan kawasan sekolah berkenaan secara berkala (3 bulan sekali) bagi mengelakkan kawasan berkenaan dicerobohi dan dikotori. Kebersihan di tapak berkenaan juga akan dipantau sehingga proses timbangtara antara pihak kerajaan (KPM) dan kontaktor selesai.”

Datuk yang diPertua, satu tahun telah berlepas daripada jawapan Parlimen tersebut. Penduduk di sekitar Danau Desa masih menunggu keputusan timbangtara di KLRCA dan perkembangan terbaru.

Soalan penduduk di Taman Danau Desa adalah:
1) Apakah status ataupun hasil timbangtara di antara Kerajaan Malaysia dengan Dewan Perniagaan Melayu di KLRCA?
2) Apakah status tapak SK Danau Perdana di Taman Danau Desa tersebut? Apakah tanah tersebut telah dikeluarkan suratan hakmilik berasingan? Apakah ia telah dizonkan sebagai tanah pendidikan?
3) Apakah rancangan Kementerian Pendidikan terhadap tanah SK Danau Perdana tersebut? Apakah kerajaan masih kekalkan tapak ini sebagai tapak sekolah pendidikan ataupun ia akan ataupun telah ditukar kepada status tanah perumahan ataupun komersil?

Memandangkan kebanyakan penduduk di Taman Desa dan Danau Desa amat berharap Kementerian Pendidikan boleh menukar sekolah itu kepada sekolah rendah jenis kebangsaan Cina. Apakah Kementerian akan mempertimbangkan permohonan mereka?

Teresa Kok

**********************************************

UCAPAN BALAS MENTERI PENDIDIKAN KEPADA UCAPAN PENANGGUHAN YB. SEPUTEH BERKENAAN STATUS SK DANAU PERDANA DI TAMAN DANAU DESA
18 JUN 2015

TUAN YANG di Pertua,

Terlebih dahulu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat atas keprihatian YB SEPUTEH berhubung status Sekolah Kebangsaan Danau Perdana di Taman Danau Desa,Off Jalan Klang Lama Kuala Lumpur. Kesempatan ini izin saya menjawab beberapa pertanyaan berhubung sekolah tersebut.
Untuk makluman Ahli Dewan Yang Mulia,

Tapak SK Danau Perdana adalah milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan yang dizonkan sebagai tanah pendidikan bagi kegunaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).Mengenai hasil timbang tara seperti dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat, ianya telah digugurkan dan penuntut dikehendaki untuk membayar kos yang ditanggung oleh responden dalam proses timbang tara yang berkenaan.

Berhubung dengan staatus sekolah berkenaan, Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia telah melantik pasukan pakar pada 12 Mei 2015 bagi melaksanakan kajian dan menyediakan laporan penilaian kerosakan untuk dilaporkan kepada pihak Timbangtara. Status SK Danau Perdana akan diputuskan setelah pihak timbang tara menilai laporan kerosakan yang disediakan oleh JKR.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, tapak tersebut digunakan sebagai tapak sekolah kebansaan. Sehubungan itu, selaras dengan dasar pembinaan sekolah untuk kegunaan semua kaum, keutamaan adalah membina sekolah aliran perdana.

Sekian.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme