Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Jawapan Ucapan Penangguhan Parlimen tentang 2 Blok Pangsapuri di Sri Petaling

Posted on Thursday, 18-06-2015Monday, 29-06-2015 by -ec-
IMG20150609102156_1
TEKS JAWAPAN
 
YB. TIMBALAN MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN
PERSOALAN TENTANG PEMBANGUNAN  2 BLOK PANGSAPURI DI PASAR PAGI DI LOT PT 7009 HSD 98369 DI JALAN RADEN TENGAH, SRI PETALING
 
DI MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KE-13 (DEWAN RAKYAT 2015)
 
Tuan Yang di-Pertua,
 
Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Puan Teresa Kok Suh Sim dari Seputeh yang telah menyuarakan pandangan dan persoalan dalam ucapan penangguhan dalam Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Ke-13, Dewan Rakyat 2015 ini. Keperihatinan, ketelitian dan kepekaan Ahli Yang Berhormat terhadap kesejahteraan hidup dan kebajikan para warga Wilayah Persekutuan khususnya dan rakyat amnya sangatlah kami hargai.
 
Tuan Yang di-Pertua
 
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Seputeh, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tiada kawalan terhadap penjualan tanah kepada pihak ketiga. Walau bagaimanapun, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur boleh mengawal cadangan pembangunan di atas tapak yang dijual tersebut melalui Jawatankuasa Perancangan Bandar.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah menerima cadangan membina bangunan komersil di tapak ini. Walau bagaimana pun, sehingga kini, pemaju masih belum lagi mengemukakan pelan terperinci mengenai cadangan tersebut.
 
Adalah menjadi syarat dalam perancangan mereka untuk mengatasi masalah-masalah yang mungkin timbul apabila pembinaan tersebut dijalankan. Antaranya, pemaju dikehendaki:
 
1) Menjalankan Penilaian Impak Lalulintas (Traffic Impact Assessment);
2) Mencari alternative pemindahan sekiranya tapak tersebut terdapat sebarang halangan;
3) Memenuhi syarat tempat letak kereta yang mencukupi; dan
4) Lain-lain syarat mengikut Akta Perancangan.
 
PENUTUP
 
Tuan Yang di-Pertua
 
Bagi pihak Kementerian Wilayah Persekutuan, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Seputeh di atas penyampaian ucapan penangguhan yang melibatkan bidang kuasa dan tanggungjawab Kementerian ini.
 
Segala teguran, pandangan, cadangan, ulasan mahupun kritikan yang membina daripada Ahli Yang Berhormat amatlah kami hargai dalam usaha untuk menambah baik mutu perkhidmatan awam sedia ada khususnya kepada rakyat dan negara secara menyeluruh.
 
Sekian, terima kasih.
 
YB Senator Datuk Dr. J. Loga Bala Mohan
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan
10 Jun 2015 (Rabu)
*******************************************
Ucapan Penangguhan Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh Pada 8 Jun 2015
 
Persoalan Tentang Pembangunan 2 Blok Pangsapuri di Pasar Pagi di Lot PT 7009 HSD 98369 di Jalan Raden Tengah, Sri Petaling 
Ramai penduduk di Kuala Lumpur, khususnya di kawasan Parlimen Seputeh amat kecewa terhadap DBKL dan Kementerian Wilayah Persekutuan kerana  meluluskan semakin banyak bangunan yang berdensiti tinggi tanpa ambil kira penambahbaikan trafik dan tanpa rundingan dengan persatuan penduduk dan wakil rakyat. 
Baru-baru ini, penduduk di Sri Petaling diberitahu tanah DBKL di lot PT 7009 HSD 98369 di tengah-tengah kawasan komersil di Sri Petaling telah dijual kepada Yayasan Wilayah Persekutuan untuk tujuan pembangunan. Ini disahkan oleh jawapan lisan Parlimen yang bertarikh 18 Mei 2015 kepada saya. Jawapan menyatakan DBKL menjual lot tanah itu pada 23 Oktober 2013 dengan harga RM30,484,011, dan Yayasan Wilayah Persekutuan akan membina “pembangunan bersepadu yang melibatkan pembinaan rumah dan komersil”.   
Saya difahamkan Yayasan Wilayah Persekutuan menjual lot tanah itu kepada I-Con Empire Sdn Bhd dengan harga RM35,484,011 sebulan kemudian. Ini bermaksud Yayasan Wilayah Persekutuan dapat keuntungan RM5 juta melalui penjualan semula tanah DBKL tersebut.
Saya ingin tanya soalan  berikut:
1) Apakah rasional DBKL untuk menjual tanah di kawasan yang telah pesat pembangunannya kepada Yayasan Wilayah Persekutuan untuk tujuan keuntungan melalui penjualan semula kepada syarikat swasta. Apakah hubungan di antara DBKL dan Yayasan Wilayah Persekutuan? Apakah fungsi dan objektif Yayasan Wilayah Persekutuan? 
2) Apakah Yayasan Wilayah Persekutuan merupakan satu badan yang menguntungkan pemimpin UMNO di Wilayah Persekutuan, khususnya Datuk Seri Syed Ali bin Abbas Alhasbshee, Ketua Bahagian UMNO Cheras? Beliau memegang jawatan pengarah Yayasan Wilayah Persekutuan dan pengarah I-Con Empire Sdn Bhd,  dan hanya letak jawatan di I-Con Empire Sdn Bhd pada 12 November 2013, iaitu selepas DBKL jual tanah itu kepada syarikatnya.   
3) Persatuan Penduduk Seri Petaling difahamkan lot PT 7009 HSD 98369 akan dibina dua blok bangunan komersial yang mempunyai 38 tingkat. Kawasan komersial Sri Petaling sudahpun amat sesak trafiknya sekarang, khususnya dengan adanyaIPD Brickfields yang tidak mempunyai tapak letak kereta yang cukup. 
Saya ingin tanya perancangan trafik DBKL di kawasan Sri Petaling? Apakah DBKL sanggup meluluskan projek tersebut dan mengorbankan kesejahteraan kehidupan penduduk di Sri Petaling? 
Sekian, terima kasih. 
Teresa Kok  

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme