Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Jawapan Parlimen berkenaan dasar yang menghendaki orang ramai mengasingkan sampah-sarap

Posted on Thursday, 18-06-2015Thursday, 18-06-2015 by -ec-

SOALAN ( 24 )

 

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

PERTANYAAN   :         LISAN

TARIKH               :         11 JUN  2015[ KHAMIS ]

DARIPADA          :        Y.B. PUAN TERESA KOK SUH SIM[ SEPUTEH ]

 

SOALAN  :-

Y.B. PUAN TERESA KOK SUH SIM [ SEPUTEH ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan macam manakah Kementerian mengamalkan dasar yang menghendaki orang ramai mengasingkan sampah-sarap.  Nyatakan sama ada pengasingan sampah-sarap ini dijalankan di kondominium dan cara ia dilaksanakan.

JAWAPAN :-

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelaksanaan pengasingan sisa pepejal di rumah akan diwajibkan kepada semua premis bermula               pada 1 September 2015. Pelaksanaan ini memerlukan pemilik premis membuat pengasingan sisa bagi sisa baki contohnya sisa makanan, lampin pakai buang dan lain-lain, sisa yang boleh dikitar semula, sisa pukal dan sisa kebun. Bagi sisa baki, ianya perlu dimasukkan ke dalam bekas yang bersesuaian atau plastik sampah dan dimasukkan ke dalam tong sampah yang dibekalkan oleh syarikat konsesi. Sisa ini akan dikutip sebanyak 2 kali seminggu.

Manakala bagi sisa yang boleh dikitar semula, sisa tersebut perlu diasingkan dan dimasukkan ke dalam bekas yang sesuai atau plastik sampah dan diletakkan di tepi tong sampah pada hari kutipan. Kutipan bagi sisa yang boleh dikitar semula ini akan dibuat seminggu sekali. Sisa kitar semula perlu diasingkan mengikut jenis sisa tersebut. Bagi sisa kertas, pemilik premis digalakkan menggunakan plastik sampah berwarna biru, bagi sisa plastik, digalakkan menggunakan plastik sampah berwarna putih manakala sisa kitar semula yang lain seperti kaca, sisa elektronik, tin aluminium, dan lain-lain adalah digalakkan menggunakan plastik berwarna hijau. Sisa pukal seperti perabot dan peralatan elektrik perlu diletakkan dengan kemas di bahu jalan di hadapan rumah pada hari kutipan. Manakala sisa kebun atau sisa taman perlu diikat atau dimasukkan ke dalam plastik sampah atau bekas yang bersesuaian. Sisa perlu diletakkan di bahu jalan di hadapan rumah pada hari kutipan. Sisa pukal dan sisa kebun ini akan dikutip oleh syarikat konsesi seminggu sekali.

Pelaksanaan pengasingan sisa di rumah ini turut melibatkan premis kediaman bertingkat seperti kondominium dan rumah pangsa. Sisa yang diasingkan perlu diletakkan di tepi tong sampah. Manakala bagi sisa pukal seperti perabot dan peralatan elektrik perlu diletakkan dengan kemas di tepi rumah sampah.

Pengasingan sisa di rumah ini akan melibatkan pelaksanaan undang-undang di mana tindakan awal akan dikenakan kepada orang awam yang gagal membuat pengasingan sisa. Peringatan mesra dan amaran akan diberikan kepada pemilik premis melalui edaran surat peringatan atau notis pemberitahuan kesalahan. Ini akan dilaksanakan sehingga Disember 2015. Manakala bermula Januari 2016, penguatkuasaan yang lebih menyeluruh akan dilaksanakan. Ini akan melibatkan semakan komposisi sampah         di dalam tong sampah oleh penguatkuasa sebelum kutipan dijalankan, ataupun melalui makluman daripada syarikat konsesi.

 

Kementerian Kesejahteraan Bandar,

Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Jun 2015

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme