Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Kenyataan Media Gabungan Impian Kelantan atas isu

Posted on Sunday, 14-06-2015Monday, 15-06-2015 by -ec-

Last Saturday’s news report that DAP plans to build a mosque in Kelantan is a distorted story. Anthony Loke never made this statement in the press conference in Gua Musang.

The Gabungan Impian Kelantan’s secretary Dr Rosli has issued a statement to clarify this mis-reporting.
================================
KENYATAAN MEDIA GABUNGAN IMPIAN KELANTAN

Merujuk kepada berita bertajuk “DAP Mahu Bina Masjid Di Kelantan” siaran berita maya Malaysiakini bertarikh 13 Jun 2015, Gabungan Impian Kelantan ingin menegaskan bahawa ianya hanyalah tawaran daripada Koordinator Projek Impian DAP, YB Anthony Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah semasa Program Penyerahan Rumah Kg Pasir Tumboh yang berlangsung pagi semalam. Ia merupakan reaksi spontan kepimpinan DAP selepas Iman masjid Kampung Pasir Tumboh menyebut bahawa bantuan kewangan masih diperlukan untuk membaiki masjid pasca banjir.

Malah ulasan seterusnya daripada Anthony bahawa ianya bergantung kepada penerimaan masyarakat setempat dan persoalan hukum yang mungkin timbul sekiranya tawaran itu diterima, menunjukkan sensitiviti yang cuba dijaga oleh pihak Projek Impian DAP, yang ingin menekankan bantuan kemanusiaan itu merentasi sempadan politik dan apa jua pemisah yang boleh ditimbulkan. Apatah lagi duit berkenaan adalah dari kutipan derma orang ramai dan tidak melibatkan sebarang sumber haram termasuk judi.

Pihak Gabungan Impian ingin mengucapkan terima kasih di atas tawaran berkenaan, namun kami ingin menyatakan bahawa sumber lain dari sumbangan orang ramai telah dikenalpasti untuk menyempurnakan baikpulih masjid itu dalam kadar yang segera memandangkan Bulan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi. Juga mengambil peluang mengucapkan selamat menunaikan ibadah di bulan Ramadhan kepada semua rakan komponen yang beragama Islam.

Dr Rosli Allani Abdul Kadir
Setiausaha
GABUNGAN IMPIAN KELANTAN
14062015

http://www.malaysiakini.com/news/301730

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Sambutan Hari Raya Aidiladha di Surau Al Makmur, Taman Gembira (7 Jun 2025)
  • Movie Watching “You Are My Son 好好再一起“ at GSC Midvalley Megamall
  • Kempen Jom Sihat – Saringan Kesihatan Komuniti Percuma di Pearl Point Shopping Mall (31 Mei 2025)
  • Distribution of Rice Dumpling at Dapur Seputeh, Taman Salak Selatan (31 May 2025)
  • Distribution of Rice Dumpling at Happy Garden Morning Market (31 May 2025)
  • Sesi Libat Urus bersama DBKL berkenaan caj tempat letak kereta (TLK) di Kuchai Entrepreneurs Park (KEP)
  • Sembang Santai bersama penduduk wanita di PPR Kg Muhibbah (29 Mei 2025)
  • Free Eye Check Up at Nanomite Optical (Taman Desa) jointly organised by TDRA & Lions Eye Club
  • Sesi Penerangan Komunikasi Strategik oleh Pemaju Mah Sing berkenaan projek perumahannya di Taman Desa
  • Pemeriksaan Mata Percuma untuk pelajar B40 anjuran Rotary Club KL Sentral (24 Mei 2025)
  • Thai Food Review
  • Rice Dumpling Making Tutorial at Jalil Damai Apartment Bukit Jalil 郭素沁与民学习包粽子,传承传统文化 (18 May 2025)
  • Sambutan Hari Ibu bersama peserta Wanita Klinik Guaman Telenisa di PPR Kg Muhibbah (18 Mei 2025)
  • Pertandingan Congkak dan Dam di Apartment Sri Rakyat (18 Mei 2025)
  • Semarak Hari Belia Negara Peringkat Kawasan Seputeh (15 Mei 2025)

Article Archives

© 2025 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme