Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Saudara Pak Samad Sasterawan Negara menyertai DAP

Posted on Saturday, 13-06-2015Monday, 15-06-2015 by -ec-

Hari ini adalah hari yang amat bermakna bagi DAP, kerana Gabungan Impian Kelantan dan DAP telah menyiapkan pembinaan semula 45 buah rumah mangsa banjir di Kampung Pasir Tumboh di Gua Musang. Kami mengadakan sambutan bersama dengan orang kampung di tempat itu.

Selain itu, apa yang menggembirakan kami semua di DAP ialah, Sasterawan Negara, Pak Samad (Datuk A. Samad Said) menyertai DAP secara rasmi. Beliau telah mengisi borang penyertaan DAP pada beberapa hari yang lepas dan beliau diberi kad keahlian DAP oleh Lim Kit Siang dalam sidang akhbar di Kampung Pasir Tumboh.

Pak Samad telah menjadi idola kepada pergerakan aktivis di Malaysia selepas beliau menjadi pengerusi bersama dalam pergerakan Bersih. Beliau memang disambut baik oleh masyarakat semua kaum. Pak Samad jarang buat ucapan panjang, tetapi hanya baca puisi di semua forum yang dia hadiri.

Beliau dan Datuk Ambiga dijemput menjadi penasihat Gabungan Impian Kelantan bila ia dilancarkan pada 31 Januari tahun ini, selepas berlakunya banjir dasyat di Kelantan pada akhir tahun lepas.

Pada dua hari yang lepas, bila Pak Samad dijemput oleh Lim Kit Siang untuk menyertai DAP, beliau terima jemputan itu dengan serta-merta, dan malah berkata beliau telah berminat untuk menyertai DAP pada dua tahun yang lepas.

Pak Samad telah berumur 83 tahun, tetapi beliau masih sihat dan aktif seperti orang muda.

Pada awal tahun ini, bila saya tanya samada beliau boleh berlakon dalam klip video Tahun Baru Cina saya, saya amat hairan beliau setuju secara spontan sahaja. Ini menunjukkan beliau memang mempunyai hati dan jiwa yang berani cuba.

Saya dan seluruh pimpinan dan ahli-ahli DAP menyambut baik Pak Samad menjadi “ahli keluarga” DAP. Semoga penyertaan beliau dalam DAP boleh membawa suntikan baru dalam pergerakan pendemokrasian and pembaharuan Malaysia.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme