Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Sekarang, setiausaha agung kata putus dengan DAP belum muktamad

Posted on Saturday, 06-06-2015Tuesday, 09-06-2015 by -ec-

Majlis Syura Ulama yang perlu membuat keputusan berhubung hubungan dengan DAP, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali di hari terakhir Muktamar Tahunan ke-61, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 6 Jun, 2015.

Usul memutuskan hubungan dengan DAP masih belum muktamad kerana ia perlu dibuat Majlis Syura Ulama walaupun setelah diluluskan muktamar, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Katanya, ini kerana kerjasama PAS dengan parti lain dalam pilihan raya pada 1986 dan 1999 diputuskan 2 badan dalam PAS, iaitu Jawatankuasa Pusat dan Majlis Syura.

“Memang (dewan) ulama ada sebut, tapi ia belum muktamad. Hendak masuk (Pakatan Rakyat) ada hukum, dan hendak keluar pun ada hukumnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membuat ucapan penangguhan pada hari terakhir Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Kuala Selangor hari ini.

Terdahulu, bekas Timbalan Presiden Mohamad Sabu umum untuk melepaskan semua jawatan dalam kerajaan negeri Pulau Pinang susulan usul tergempar Dewan Ulama PAS Pusat itu yang diluluskan muktamar tanpa bahas.

Pagi ini juga, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang juga setiausaha agung DAP berkata, beliau akan menerima peletakan jawatan wakil PAS dalam kerajaan negeri itu dengan segera dan tanpa sebarang soalan.

Mustafa berkata, tidak semua perkara boleh diputuskan muktamar kerana perkara berkaitan hukum mesti dirujuk kepada Majlis Syura.

Usul tergempar menamatkan hubungan dengan DAP diluluskan Dewan Ulama pada muktamarnya 3 Jun lalu selepas ia dibawa Ketua Dewan Ulama Pahang, Mokhtar Senik.

Beberapa pimpinan kanan PAS mempertahankan usul itu yang dibuat susulan celaan terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang oleh Guan Eng dan penasihat DAP Lim Kit Siang. – 6 Jun, 2015.

– See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/sekarang-setiausaha-agung-kata-putus-dengan-dap-belum-muktamad#sthash.D8P9RJaP.dpuf

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Ucapan Kamar Khas: Masalah Pelaksanaan Akta A1730: Akta Juruukur Tanah Berlesen (Pindaan) 2024
  • Ucapan Kamar Khas: Kerajaan Diminta Membatalkan Pembinaan 17 Ribu Unit Rumah di Jalan Impian Indah, Bukit Jalil (27 Okt 2026)
  • Court Judgement YB Teresa Kok VS Datuk Dr Akmal
  • UCAPAN PERBAHASAN BELANJAWAN 2027 OLEH TERESA KOK (SEPUTEH) PADA 13 OKTOBER 2026
  • Ucapan Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh) dalam Perbahasan RUU Akta Makanan 1983 (8 Oktober 2026)
  • MOTAC DIMINTA MENYATAKAN PENCAPAIAN KEMENTERIAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026
  • Ucapan Teresa Kok dalam Perbahasan “Laporan Pengurusan Pelarian di Malaysia” di Dewan Rakyat pada 5 Oktober 2026
  • Rest in Peace, Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali
  • 郭素沁促请隆市政局在武吉加里尔、大城堡及旧巴生路展开全面基础设施研究
  • KENYATAAN AKHBAR YB TERESA KOK (AHLI PARLIMEN SEPUTEH) PADA 27 OGOS 2026
  • Joint Efforts Needed: CPO KL, Mayor, and PTGWPKL Director Urged to Clamp Down on Illegal Parking Fee Collection on Kuala Lumpur State Land
  • MEDIA STATEMENT: THE TAMAN DESA PHASE 1 NEIGHBOURHOOD CONTROL SCHEME ISSUE (17 August 2026)
  • KENYATAAN MENGENAI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA FASA 1
  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme