Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Ucapan Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh) dalam Ucapan Penangguhan Untuk Sidang Dewan Rakyat 27 Mei 2015

Posted on Saturday, 30-05-2015 by -ec-

 

Kementerian Wilayah Persekutuan Perlu Menjelaskan Apakah Perlunya Mendirikan Menara DBKL 2 Yang Membazirkan Wang Rakyat

===============================================

Cadangan perobohan dan pembinaan semula Menara DBKL 2 di Jalan Raja Laut di Kuala Lumpur telah menarik kritikan dan bantahan daripada banyak pihak.

Saya difahamkan DBKL membeli bangunan PKNS lama untuk dijadikan menara DBKL 2 dengan harga RM80 juta. Selepas itu menara DBKL 2 diubahsuai daripada tingkat 7 hingga 11 dengan kos RM50 juta. Pada tahun lepas, 6 biji lif dan eskelator ditukar dan ini memakan perbelanjaan RM7 juta. Perbelanjaan yang disebutkan di atas tidak termasuk hawa dingin besar dan pengubahsuaian yang lain.

Selepas berjuta-juta ringgit digunakan, DBKL dan Kementerian WP kini ingin roboh bangunan DBKL 2 ini dan membina bangunan baru yang bernilai RM300 juta, angka ini tidak termasuk kos perabot, peralatan ICT dan lain. Selain itu, ia juga tidak termasuk KOS pemindahan pejabat jabatan-jabatan DBKL ke bangunan lain sementara menunggu bangunan baru siap dibina.

Saya difahamkan bahawa YB Menteri Wilayah Persekutuan telah keluarkan arahan untuk memanggil tender perlantikan perunding atas kerja perobohan dan pembinaan semula Menara DBKL 2. Selain itu, semua jabatan telah diarah untuk pindah dalam bulan September, selepas Hari Raya pada tahun ini.

Apakah Kementerian WP dan DBKL perlu segerakan kerja perobohan dan pembangunan semula Menara DBKL 2 ini? Apakah projek ini “urgent and important” pada waktu kegawatan ekonomi ini?

Sebenarnya, sekiranya DBKL telah lama mempunyai rancangan untuk membina Menara DBKL 2 yang canggih, kenapakah DBKL menggunakan perbelanjaan yang begitu banyak untuk menjalankan pengubahsuaian termasuk penukaran lif dan escalator di DBKL 2 ini? Selain daripada pembaziran, bukankah ini menunjukkan perancangan yang teruk pada pihak pentadbiran DBKL?

Ramai penduduk di Kuala Lumpur mengadu tentang jalan dan parit-longkang yang rosak yang tidak diperbaiki oleh DBKL selepas banyak aduan dibuat. Pegawai DBKL selalu menggunakan alasan tiada bajet untuk tidak melakukan penambahbaikan ini. Kalau DBKL tidak mempunyai dana yang cukup, kenapakah ia mempunyai dana untuk mendirikan satu bangunan baru dengan kos RM300 juta?

Saya ingin minta Menteri Wilayah Persekutuan memberi penjelasan kepada para pembayar cukai di Kuala Lumpur tentang justifikasi projek Menara DBKL 2 dan kebaikan yang akan diperolehi oleh DBKL dan juga pembayar cukai.
Teresa Kok

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme