Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Jawapan Kementerian Wilayah Persekutuan tentang pembinaan Menara DBKL 2

Posted on Thursday, 28-05-2015Saturday, 30-05-2015 by -ec-
TEKS JAWAPAN
 
YB. TIMBALAN MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN PERLU MENJELASKAN APAKAH PERLUNYA MENDIRIKAN MENARA DBKL 2 YANG MEMBAZIRKAN WANG RAKYAT
 
DI MESYUARAT KEDUA,PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KE-13 (DEWAN RAKYAT 2015)
Tuan Yang di-Pertua,
 
Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Puan Teresa Kok Suh Sim dari Seputeh yang telah menyuarakan pandangan dan persoalan dalam ucapan penangguhan dalam  Mesyuarat  Kedua  Penggal  Ketiga  Parlimen  Ke-13,  Dewan Rakyat 2015 ini. Keperihatinan, ketelitian dan kepekaan Ahli Yang Berhormat terhadap kesejahteraan hidup dan kebajikan para warga Wilayah Persekutuan khususnya dan rakyat amnya sangatlah kami hargai.
 
Tuan Yang di-Pertua,
 
Untuk  makiuman  Ahli Yang  Berhormat Seputeh,  pembangunan semula Menara 2 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur adalah projek yang sangat penting bagi memastikan kelicinan operasi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan meningkatkan kemudahan kepada warga kota.
 
Dewan  Bandaraya  Kuala  Lumpur  telah  mengenalpasti  di  antara kekangan  operasi  pengurusan  ialah  penempatan  pejabat-pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di beberapa lokasi yang berasingan. Keadaan ini telah menimbulkan isu pengurusan logistik, pencarian dokumen,   capaian   telekomunikasi   dan   komunikasi   yang   tidak berkesan.
 
Sehubungan  dengan  itu,  Dewan  Bandaraya  Kuala  Lumpur telah merancang  untuk  meningkatkan  operasi  pengurusannya  dengan memperkukuhkan pejabat-pejabat cawangan dan menyatukan pejabat-
pejabat  di  pusat  bandar  untuk  mengurangkan  kos  penyewaan, penyediaan kemudahan, logistik dan penyelenggaraan. Peningkatan operasi ini akan dapat memudahkan dan mempercepatkan wargakota untuk berurusan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
 
Di samping itu projek ini juga perlu disegerakan pembinaannya bagi mengelakkan kos pembangunan dan pembinaan yang dijangka akan melonjak dalam tempoh 5 tahun yang akan datang, ditambah pula dengan kos pengurusan yang juga akan meningkat.
 
Oleh  kerana  Dewan  Bandaraya  Kuala  Lumpur  telah  berupaya mendapatkan  tawaran  bagi  menyewa  ruang  untuk  penempatan sementara seluas 188,000 kaki persegi di dalam satu bangunan pada kadar yang rendah iaitu RM5.00 sekaki persegi termasuk perabot, perkhidmatan dan kos penyelenggaraan bangunan, peluang ini telah diambil untuk tidak melengahkan pembinaan projek ini.
 
Untuk  makiuman  Ahli  Yang  Berhormat juga,  semasa  pembelian, Menara 2 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur berada di dalam keadaan agak   usang   dan   memerlukan   pengubahsuaian   bangunan   dan penggantian segera lif dan eskalator untuk memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna terdiri daripada warga Dewan Bandaraya Kuala   Lumpur  serta   orang   awam.  Walau   bagaimanapun   kos mengubahsuai  bangunan bagi tingkat 7 hingga tingkat 11 adalah sebanyak RM7 juta dan bukannya RM50 juta seperti yang didakwa.
 
Menara 2 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang sedang dirancang ini akan  menyediakan  pusat  perkhidmatan  setempat  ditambah  pula dengan kemudahan riadah, sukan, pusat asuhan kanak-kanak, dewan dan bilik mesyuarat yang semuanya akan dibuka kepada orang awam. Oleh itu  Kerajaan  berharap pembinaan semula Menara 2  Dewan Bandaraya  Kuala Lumpur ini akan dapat membantu menyediakan kemudahan  pada  tahap  terbaik  untuk  rakyat dan  warga  Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
 
PENUTUP
 
Tuan Yang di-Pertua,
 
Bagi pihak Kementerian Wilayah Persekutuan, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Seputeh di atas penyampaian ucapan penangguhan yang melibatkan bidang kuasa dan tanggungjawab Kementerian ini.
 
Sekian, terima kasih.
 
YB Senator Datuk Dr. J. Loga Bala Mohan
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan
27 Mei 2015 (Rabu)

 

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme