Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Jawapan Parlimen berkenaan langkah Kememterian Pendidikan untuk menambahbaik pretasi universiti tempatan dalam Global University Ranking

Posted on Tuesday, 26-05-2015Wednesday, 27-05-2015 by -ec-
PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN              :                       LISAN
DARIPADA                   :                       PUAN TERESA KOK SUH SIM [SEPUTEH]
TARIKH                        :                       26.5.2015
SOALAN                       :                       12
Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sebab university awam tempatan tidak mendapat pretasi yang baik dalam QS dan THE (Times Higher Education) Global University Ranking. Apakah langkah Kementerian untuk menambahbaikkan prestasi univversiti tempatan untuk mencapai tahap seperti Oxford University.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa member perhatian kepada ranking university dalam negara bagi melihat sekiranya ia dapat dibantu memperba dalam memperbaiki dan memperkukuh ranking university. Antara langkah yang telah diambil adalah seperti berikut:
a)      Pengiktirafan UM,USM,UPM,UKM dan UTM sebagai Universiti Penyelidikan bagi mempergiatkan lagi aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta inovasi;
 
b)      Pengiktirafan USM sebagai Universiti bertaraf APEX (Accelerated Programme for Excellence) ke arah melahirkan university terbaik dunia selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 – 2025 (Pendidikan Tinggi) yang menetapkan sasaran sebuah university berada dalam Asia’s Top 25, dua dalam Global Top 100 dan empat dalam Global Top 200 menjelang 2025;
 
c)      Pengiktirafan 14 Pusat Kecemerlangan di IPTA sebagai Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi (HICoE) untuk melaksanakan kolaborasi penyelidikan dan kepakaran serta menghasilkan penerbitan berimpak tinggi bagi melonjakkan pencapaian masing-masing di peringkat antarabangsa’
 
d)      Menyediakan satu pelan khusus tentang pelaksanaan pemberian autonomi kepada IPTA dari aspek kewangan dan lain-lain bertujuan untuk memaksimumkan penggunaan sumber yang diperoleh IPTA bagi meningkatkan kedudukan university untuk jangka panjang;
 
e)      Penubuhan Pusat Sitasi Negara yang bertujuan untuk menjadi pusat pengumpulan dang pangkalan data bagi penerbitan jurnal dalam negara; dan
 
f)       Penarafan bintang IPT Tempatan dilaksanakan setiap tahun berdasarkan penilaian MyRA. Ini dapat membantu IPT tempatan dalam mengenal pasti aspek yang perlu diberi perhatian dan penambahbaikan.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Ucapan Kamar Khas: Masalah Pelaksanaan Akta A1730: Akta Juruukur Tanah Berlesen (Pindaan) 2024
  • Ucapan Kamar Khas: Kerajaan Diminta Membatalkan Pembinaan 17 Ribu Unit Rumah di Jalan Impian Indah, Bukit Jalil (27 Okt 2026)
  • Court Judgement YB Teresa Kok VS Datuk Dr Akmal
  • UCAPAN PERBAHASAN BELANJAWAN 2027 OLEH TERESA KOK (SEPUTEH) PADA 13 OKTOBER 2026
  • Ucapan Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh) dalam Perbahasan RUU Akta Makanan 1983 (8 Oktober 2026)
  • MOTAC DIMINTA MENYATAKAN PENCAPAIAN KEMENTERIAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026
  • Ucapan Teresa Kok dalam Perbahasan “Laporan Pengurusan Pelarian di Malaysia” di Dewan Rakyat pada 5 Oktober 2026
  • Rest in Peace, Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali
  • 郭素沁促请隆市政局在武吉加里尔、大城堡及旧巴生路展开全面基础设施研究
  • KENYATAAN AKHBAR YB TERESA KOK (AHLI PARLIMEN SEPUTEH) PADA 27 OGOS 2026
  • Joint Efforts Needed: CPO KL, Mayor, and PTGWPKL Director Urged to Clamp Down on Illegal Parking Fee Collection on Kuala Lumpur State Land
  • MEDIA STATEMENT: THE TAMAN DESA PHASE 1 NEIGHBOURHOOD CONTROL SCHEME ISSUE (17 August 2026)
  • KENYATAAN MENGENAI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA FASA 1
  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme