Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Jawapan Parlimen berkenaan penurunan kemasukan pelancong asing dan strategi Kementerian untuk menarik lebih pelancong asing

Posted on Tuesday, 26-05-2015Saturday, 30-05-2015 by -ec-

 PEMBERITAHUAN PERTAYAAN DEWAN RAKYAT

 

PERTAYAAN :     LISAN

 

DARIPADA :        YB.PUAN TERESA KOK SUH SIM [SEPUTEH]

 

TARIKH :              25MEI2015

 

SOALAN :             37

 

  1. PUAN TERESA KOK SUH SIM [SEPUTEH] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan sebab penurunan kemasukan pelancong asing ke Malaysia pada satu tahun yang lepas.Apakah strategi dan rancangan Kementerian untuk menarik lebih ramai pelancong ke Malaysia

 

JAWAPAN : DATO’SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ  MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN

Tuan Yang DI-Pertua,

 

Pada tahun 2014, Malaysia merekodkan ketibaan seramai 27.4 juta orang pelancong asing iaitu peningkatan sebanyak 6.7% berbanding dengan jumlah ketibaan pada tahun 2013 meskipun terdapat beberapa cabaran yang disebabkan oleh insiden-insiden berikut:

 

(i) insiden kehilangan pesawat Syarikat penerbangan Malaysia MH370 pada bulan Mac 2014;

 

(ii)kes penculikan rakyat Republik Rakyat China (RPC) di Semporna, sabah pada awal bulan April 2014;

 

(iii)tragedi MH17 pada Julai 2014 dan QZ8501 pada Disember 2014;dan

 

(vi)kejadian banjir besar yang  melanda beberapa buah negeri di Malaysia pada penghujung 2014.

 

Insiden-insiden seperti ini telah memberi impak negative kepada beberapa pasaran tertentu seperti China dan Taiwan namun secara keseluruhan ketibaan pelancong masih merekodkan pertumbuhan positif.

 

 

Tuan Yang di-Pertua,

 

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan melalaui Tourism Malaysia mengguna pakai beberapa strategi utama bagi memastikan bilangan kemasukan pelancong ke Malaysia akan terus meningkat seperti yang berikut;

 

(i) Menjalankan pemasaran digital dengan lebih giat lagi dengan pembangunan aplikasi, pemasaran enjin carian , laman web, produksi video viral, media sosial, pemasaran mudah alih dan sebagainya;

 

(ii) Mempergiatkan lagi kerjasama dengan syarikat penerbangan antarabangsa bagi menwujudkan penerbangan khas dan laluan baru untuk meningkatkan lagi ketibaan menerusi perjalanaan udara;

 

(iii) Menarik lebih ramai lagi pelancong asing ke Malaysia dengan kerjasama syarikat-syarikat penerbangan antarabangsa yang mempunyai perkhidmatan ke Singapura dan Thailand menerusi promosi pakej-pakej pelancongan dwi-destinasi;

 

(iv) Mengalakkan kemasukan pelancong antarabangsa yang berada di Singapura,Indonesia dan Thailand dengan pelbagai jenis pengangkutan seperti kapal terbang, kereta api, bas, kereta seperti Fly and Drive Malaysia;

 

(v)Memberi tumpuan promosi ke Bandar-bandar kedua dan ketiga di pasaran sasaran menerusi saluran media yang sesuai seperti televisyen dan platform dalam talian bagi menjana pasaran baharu untuk Malaysia;

 

(vi) Membuat promosi kepada persatuan-persatuan seperti kelab-kelab basikal, persatuan “clan”, China Muslim Travel Association, dan sebagainya dengan penawaran pelbagai pakej pelancongan yang menarik;

 

(vii) Berkejasama dengan organisasi-organisasi yang mempunyai rangkaian pangkalan data yang besar seperti institusi kewangan dan syarikat peruncitan dalam melaksanakan kempen pemasaran melalui e-mel;

 

(viii) Meningkatkan ketibaan pelancong dari pasaran ASEAN kerana ASEAN adalah merupakan penyumbang ketibaan pelancong terbesar ke Malaysia; dan

 

(ix) Memperkenalkan 50 acara dan perayaan utama untuk dipromosikan semasa MyFest 2015.Acara-acara baru termasuklah “INTERNATIONAL MASK FESTIVAL”, INTERNATIONAL ABORIGINES FESTIVAL , E-Street Festival (sempena Formula E-Race) dan Iftar@KL selain daripada acara-acara tahunan seperti Citrawarna, Magic of the Night, Majlis Rumah Terbuka dan sebagainya.

 

Sekian,terima kasih.

 

 

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Ucapan Kamar Khas: Masalah Pelaksanaan Akta A1730: Akta Juruukur Tanah Berlesen (Pindaan) 2024
  • Ucapan Kamar Khas: Kerajaan Diminta Membatalkan Pembinaan 17 Ribu Unit Rumah di Jalan Impian Indah, Bukit Jalil (27 Okt 2026)
  • Court Judgement YB Teresa Kok VS Datuk Dr Akmal
  • UCAPAN PERBAHASAN BELANJAWAN 2027 OLEH TERESA KOK (SEPUTEH) PADA 13 OKTOBER 2026
  • Ucapan Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh) dalam Perbahasan RUU Akta Makanan 1983 (8 Oktober 2026)
  • MOTAC DIMINTA MENYATAKAN PENCAPAIAN KEMENTERIAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026
  • Ucapan Teresa Kok dalam Perbahasan “Laporan Pengurusan Pelarian di Malaysia” di Dewan Rakyat pada 5 Oktober 2026
  • Rest in Peace, Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali
  • 郭素沁促请隆市政局在武吉加里尔、大城堡及旧巴生路展开全面基础设施研究
  • KENYATAAN AKHBAR YB TERESA KOK (AHLI PARLIMEN SEPUTEH) PADA 27 OGOS 2026
  • Joint Efforts Needed: CPO KL, Mayor, and PTGWPKL Director Urged to Clamp Down on Illegal Parking Fee Collection on Kuala Lumpur State Land
  • MEDIA STATEMENT: THE TAMAN DESA PHASE 1 NEIGHBOURHOOD CONTROL SCHEME ISSUE (17 August 2026)
  • KENYATAAN MENGENAI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA FASA 1
  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme