Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Jawapan Parlimen berkenaan meningkatkan nilai ambang pengenaan GST atas syarikat kecil

Posted on Friday, 22-05-2015Monday, 25-05-2015 by -ec-

NO SOALAN :86
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

DARIPADA :TERESA KOK SUH SIM (SEPUTEH)

PERTANYAAN :LISAN

TARIKH : 21.05.2015

Y.B. PUAN TERESA KOK SUH SIM [ SEPUTEH ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada Kerajaan akan meningkatkan ambang pengenaan GST pada syarikat daripada urus niaga RM500,000 setahun ke ambang yang lebih tinggi supaya tidak menjejaskan syarikat kecil. Berapakah syarikat yang layak melaksanakan GST yang masih mengeluarkan bil dengan tangan dan macam manakah Kerajaan membantu mereka.
JAWAPAN

Tuan Yang Dipertua,

Threshold sebanyak RM500,000 yang ditetapkan didapati berpatutan. Secara puratanya threshold yang digunakan di negara-negara yang telah melaksanakan GST atau VAT adalah dalam lingkungan RM300,000. Threshold di negara-negara ASEAN adalah seperti berikut:

Negara. Threshold (USD)*
————————————————-
Malaysia. 152,575
Thailand. 59,150
Singapore. 786,287
Indonesia. 64,018
Laos. 49,181
Cambodia. 30,948
Vietnam. 0
Philippines. 34,407

RM500,000 = USD152,575* *IMF preliminary report

Bagi memastikan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tidak menanggung kos permulaan dan pematuhan yang tinggi, pelbagai pakej bantuan telah diumumkan, antaranya:

i. Penyediaan subsidi RM1,000 bagi pembelian perisian perakaunan patuh GST kepada PKS;

ii. Perbelanjaan pembelian peralatan dan perisian ICT diberi Elaun Modal Dipercepatkan; dan

iii. Perbelanjaan ke atas kos latihan perakaunan dan ICT berkaitan GST diberi potongan tambahan.

Bagi membantu syarikat yang telah mendaftar GST, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah mengadakan program handholding untuk memudahkan syarikat-syarikat tersebut memahami dengan lebih terperinci mengenai pelaksanaan GST kelak. Program handholding ini dijalankan oleh JKDM negeri dan lebih menjurus kepada sektor-sektor industri. Program ini bermula pada Oktober 2014. Pihak JKDM akan menjemput individu dan syarikat-syarikat mengikut batch by batch.

JKDM dan KPDNKK pada masa ini lebih menumpukan kepada advisory audit. Ini kerana GST masih di peringkat awal pelaksanaan. Mana-mana negara yang melaksanakan GST memerlukan peringkat penyesuaian antara tempoh enam bulan hingga setahun. Secara keseluruhannya KPDNKK telah melantik tambahan 470 orang pegawai pemantau seluruh Malaysia untuk menangani isu-isu berkaitan harga. JKDM juga akan menambah pegawai dan kakitangan dari semasa ke semasa mengikut keperluan bagi melancarkan pelaksanaan GST.

Bagi isu pematuhan kepada resit atau bil, masa penyesuaian masih diberikan untuk peniaga beralih kepada bil elektronik sebelum 30 September 2015. Ini adalah untuk memberikan masa bagi peniaga memasang sistem elektronik bagi tujuan pengurusan invois atau bil. KPDNKK dan JKDM akan terus melaksanakan operasi mengesan kesalahan yang dilakukan oleh peniaga supaya peniaga tidak melakukan penipuan terhadap pengguna.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁促请隆市政局在武吉加里尔、大城堡及旧巴生路展开全面基础设施研究
  • KENYATAAN AKHBAR YB TERESA KOK (AHLI PARLIMEN SEPUTEH) PADA 27 OGOS 2026
  • Joint Efforts Needed: CPO KL, Mayor, and PTGWPKL Director Urged to Clamp Down on Illegal Parking Fee Collection on Kuala Lumpur State Land
  • MEDIA STATEMENT: THE TAMAN DESA PHASE 1 NEIGHBOURHOOD CONTROL SCHEME ISSUE (17 August 2026)
  • KENYATAAN MENGENAI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA FASA 1
  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme