NO SOALAN : 58
PERTANYAAN : LISAN
TARIKH : 19.05.2015
Y.B PUAN TERESA KOK SUH SIM [SEPUTEH] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan GST yang dikenakan pada RON 97 pada 1 April dan sama ada cukai jualan RM58sen per liter yang dikenakan atas RON97 sebelum itu telah dimansuhkan selepas pelaksanaan GST. Sekiranya cukai jualan telah dihapuskan, kenapakah harga jualan RON 97 tidak jatuh.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Mulai 1 April 2015, komponen cukai jualan yang terkandung di dalam Automatic Pricing Mechanism telah dimansuhkan. Walaupun cukai jualan telah dimansuhkan, produk RON 97 tertakluk kepada GST.
Penurunan harga RON 97 tidak berlaku kerana terdapat peningkatan purata harga sebenar pasaran RON 97 (bagi Mac dan April 2015) di samping pengenaan GST terhadap produk itu sendiri