Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Jawapan parlimen berkenaan fi pemprosesan permit pekerja asing MyEG

Posted on Sunday, 24-05-2015 by -ec-

NO SOALAN                       :                               58

PERTANYAAN                    :                               LISAN

DARIPADA                          :                               PUAN TERESA KOK SUH SIM [SEPUTEH]

TARIKH                                 :                               20 MEI 2015

SOALAN

 

Puan Teresa Kok Suh Sim [SEPUTEH] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada Kerajaan bersedia untuk menyerap RM38 fi pemprosesan yang dikenakan oleh MyEG pada permohonan pembaharuan permit kerja asing. Kenapakah Kementerian masih membenarkan MyEG dilaksanakan memandangkan perkhidmatan MyEG adalah lebih tidak efisien berbanding dengan perkhidmatan kaunter Imigresen.

 

JAWAPAN

 

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam pelaksanaan MyEG ini, Kerajaan telah mengambilkira semua pandangan dan maklumbalas yang diterima daripada pelbagai pihak terutamanya golongan majikan, para pekerja, dan orang awam dalam memastikan satu kaedah terbaik dikenalpasti dalam memelihara kepentingan semua pihak. Setelah penelitian dan pertimbangan dibuat, Kerajaan telah bersetuju agar kadar perkidmatan yang dikenakan untuk perkhidmatan-perkhidmatan berkaitan tidak perlu lagi dibayar oleh majikan dan dilaksanakan secara menyeluruh bermula 2 Mei 2015.

 

Pelaksanaan penyeregaman pembaharuan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) untuk semua sector pekerja asing menerusi pekhidmatan atas talian (online) oleh MyEG secara dasarnya adalah bagi menangani isu penyelewengan dan persepsi negative terhadap Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) selain dari meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan dan mengurangkan kesesakan di pejabat-pejabat Imigresen.

 

Sejak mula dilaksanakan pada 1 Disember 2014, didapati aktiviti dan proses penyeragaman pembaharuan PLKS untuk semua sector pekerja asing menerusi online  dilihat lebih efisyen dan pantas. Kesesakan dan masalah berbaris panjang di kaunter telah dapat dikurangkan 50% selepas pelaksanaan dan masa pemprosesan secara umumnya dapat disingkatkan.

 

Kerajaan berharap pelaksaan ini dapat membuktikan keupayaan Kerajaan untuk mempertingkatkan kemudahan dan nilai tambah kepada pengguna. Pihak Kementerian juga sentiasa prihatin ke atas isu-isu pengurusan pekerja asing dan akan memastikan penambahbaikan secara berterusan.

 

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Ucapan Kamar Khas: Masalah Pelaksanaan Akta A1730: Akta Juruukur Tanah Berlesen (Pindaan) 2024
  • Ucapan Kamar Khas: Kerajaan Diminta Membatalkan Pembinaan 17 Ribu Unit Rumah di Jalan Impian Indah, Bukit Jalil (27 Okt 2026)
  • Court Judgement YB Teresa Kok VS Datuk Dr Akmal
  • UCAPAN PERBAHASAN BELANJAWAN 2027 OLEH TERESA KOK (SEPUTEH) PADA 13 OKTOBER 2026
  • Ucapan Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh) dalam Perbahasan RUU Akta Makanan 1983 (8 Oktober 2026)
  • MOTAC DIMINTA MENYATAKAN PENCAPAIAN KEMENTERIAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026
  • Ucapan Teresa Kok dalam Perbahasan “Laporan Pengurusan Pelarian di Malaysia” di Dewan Rakyat pada 5 Oktober 2026
  • Rest in Peace, Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali
  • 郭素沁促请隆市政局在武吉加里尔、大城堡及旧巴生路展开全面基础设施研究
  • KENYATAAN AKHBAR YB TERESA KOK (AHLI PARLIMEN SEPUTEH) PADA 27 OGOS 2026
  • Joint Efforts Needed: CPO KL, Mayor, and PTGWPKL Director Urged to Clamp Down on Illegal Parking Fee Collection on Kuala Lumpur State Land
  • MEDIA STATEMENT: THE TAMAN DESA PHASE 1 NEIGHBOURHOOD CONTROL SCHEME ISSUE (17 August 2026)
  • KENYATAAN MENGENAI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA FASA 1
  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme