Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Kejayaan lawatan delegasi DAP ke Asia Barat

Posted on Monday, 20-04-2015 by -ec-

Lawatan rombongan Ahli Parlimen DAP yang diketuai oleh Lim Kit Siang ke Jordan dan Mesir telah sempurna dan kami telah kembali ke Malaysia. Lawatan ini, khususnya pertemuan kami dengan pelajar Malaysia di beberapa tempat di Jordan dan Mesir telah meninggalkan kenangan yang manis pada kami.

Kami bergembira dapat bertemu dengan pelajar di Amman, Mafraq, Irbid dan Karak di Jordan, dan juga pelajar Malaysia di Iskandariah dan Kaherah di Mesir. Saya sengaja tidak menyiarkan foto pelajar Malaysia kami kerana tidak mahu mereka menghadapi tekanan daripada pihak tertentu yang cuba menghalang mereka daripada berjumpa dengan kami.

Namun kami memuji keberanian mereka mengingkari “nasihat” tersebut. Mungkin kerana mereka tahu mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan dengan menyertai program bertemu Ahli-Ahli Parlimen DAP, sama seperti mereka meraikan kehadiran Ahli-Ahli Parlimen lain.

Kami tidak sangka lawatan kami ke Jordan dan Mesir mendatangkan reaksi yang kuat daripada ISMA dengan tohmahan perkauman. Namun kutukan ISMA terhadap DAP telah menarik minat lebih ramai pelajar Melayu untuk menyertai dialog dengan kami.

Malah ada juga pelajar yang mewakili suara ISMA yang hadir ke majlis dialog dengan DAP. Walaupun banyak tuduhan serta dakwaan tidak berasas dilemparkan kepada DAP dan kaum bukan Melayu, kami tetap tenang memberi penjelasan. Kami tidak menutup peluang ISMA untuk bersuara mengutuk DAP.

Syukurlah hanya segelintir sahaja pelajar yang mempunyai fikiran perkauman dan prejudis kepada agama lain seperti anggota ISMA. Kebanyakan pelajar di Mesir dan Jordan berfikiran terbuka dan mereka memberi sambutan yang baik kepada rombongan kami. Contohnya sekumpulan pelajar Malaysia yang terserempak dengan kami di Kubu Qaitbay di Alexendria. Kesemua pelajar tersebut mengambil gambar dengan kami dengan gembiranya.

Para pelajar Malaysia ini, khususnya mereka yang mendapat keputusan yang cemerlang, adalah “cream” di kalangan pelajar di Malaysia. Diharap golongan ini boleh menyumbang kepada pembaharuan masyarakat dan negara bila mereka tamat pengajian kelak. Semoga hati mereka tetap bersih dan tak mudah dipengaruhi kebencian kaum.

 

 

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Ucapan Kamar Khas: Masalah Pelaksanaan Akta A1730: Akta Juruukur Tanah Berlesen (Pindaan) 2024
  • Ucapan Kamar Khas: Kerajaan Diminta Membatalkan Pembinaan 17 Ribu Unit Rumah di Jalan Impian Indah, Bukit Jalil (27 Okt 2026)
  • Court Judgement YB Teresa Kok VS Datuk Dr Akmal
  • UCAPAN PERBAHASAN BELANJAWAN 2027 OLEH TERESA KOK (SEPUTEH) PADA 13 OKTOBER 2026
  • Ucapan Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh) dalam Perbahasan RUU Akta Makanan 1983 (8 Oktober 2026)
  • MOTAC DIMINTA MENYATAKAN PENCAPAIAN KEMENTERIAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026
  • Ucapan Teresa Kok dalam Perbahasan “Laporan Pengurusan Pelarian di Malaysia” di Dewan Rakyat pada 5 Oktober 2026
  • Rest in Peace, Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali
  • 郭素沁促请隆市政局在武吉加里尔、大城堡及旧巴生路展开全面基础设施研究
  • KENYATAAN AKHBAR YB TERESA KOK (AHLI PARLIMEN SEPUTEH) PADA 27 OGOS 2026
  • Joint Efforts Needed: CPO KL, Mayor, and PTGWPKL Director Urged to Clamp Down on Illegal Parking Fee Collection on Kuala Lumpur State Land
  • MEDIA STATEMENT: THE TAMAN DESA PHASE 1 NEIGHBOURHOOD CONTROL SCHEME ISSUE (17 August 2026)
  • KENYATAAN MENGENAI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA FASA 1
  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme