Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Jawapan Parlimen berkenaan kekurangan bekalan ayam belanda semasa musim Krismas 2014

Posted on Monday, 23-03-2015 by -ec-

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN                    :               LISAN

DARIPADA                          :               PUAN TERESA KOK SUH SIM [SEPUTEH]

TARKH                                  :               23 MAC 2015 [ISNIN]

SOALAN                               :               Puan Teresa Kok Suh Sim minta MENTERI PERTANIAN DAN

INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sebab berlakunya kekurangan bekalan ayam belanda semasa musim Krismas 2014 dan kenapakah hanya ayam belanda diimport, memandangkan kebanyakan pembeli adalah orang bukan Islam. Senaraikan syarikat pembekal yang dibenarkan mengeksport ayam belanda ke Malaysia pada tahun 2014 dan 2015.

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua

Untuk makluman Yang Berhormat, kekurangan bekalan ayam belanda pada musim Krismas 2014 berlaku adalah disebabkan oleh kekurangan sumber bekalan ayam belanda halal dari negara sumber. Keperluan HALAL disyaratkan di dalam pengimportan daging termasuk ayam belanda. Ianya tidak hanya dari sudut sembelihan, tetapi juga dari segi keselamatan makanan dan kebersihan di sepanjang rantaian pengimportan untuk pengguna dalam negara. Walaupun kebanyakan pembeliadalah terdiri dari pengguna bukan Islam, keperluan Halal turut disyaratkan bagi mengelakkan kekeliruan kepada pengguna Islam di Malaysia memandangkan ayam belanda ini turut diedarkan oleh pengimport di dalam negara ke pasaran-pasaran seperti hotel dan restoran.

Pengimportan dan kelulusan pengimportan ayam belanda adalah tertakluk kepada :

 

  1. Bilangan permohonan yang diterima oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar;
  2. Negara sumber yang dibenarkan yang bebas dari penyakit; dan
  3. Negara yang mempunyai loji pemprosesan ayam belanda yang diluluskan oleh kerajaan Malaysia

 

Pada tahun 2014, terdapat dua(2) loji pemprosesan ayam belanda iaitu di Brazil dan Amerika Syarikat (USA) masing-masingnya yang diluluskan untuk mengeksport ayam belanda ke Malaysia. Sementara itu, terdapat dua lagi loji pemprosesan ayam belanda di Australia dan Belgium telah digugurkan kebenaran status eksport kerana gagal mematuhi standard/piawaian halal negara. Pada tahun 2014 dan 2015, terdaat dua (2) syarikat yang dibenarkan mengeksport ayam belanda ke Malaysia iaitu Seara Alimentos LTDA dari Brazil dan Syarikat Turkey Valley Farm dari USA

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Ucapan Kamar Khas: Masalah Pelaksanaan Akta A1730: Akta Juruukur Tanah Berlesen (Pindaan) 2024
  • Ucapan Kamar Khas: Kerajaan Diminta Membatalkan Pembinaan 17 Ribu Unit Rumah di Jalan Impian Indah, Bukit Jalil (27 Okt 2026)
  • Court Judgement YB Teresa Kok VS Datuk Dr Akmal
  • UCAPAN PERBAHASAN BELANJAWAN 2027 OLEH TERESA KOK (SEPUTEH) PADA 13 OKTOBER 2026
  • Ucapan Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh) dalam Perbahasan RUU Akta Makanan 1983 (8 Oktober 2026)
  • MOTAC DIMINTA MENYATAKAN PENCAPAIAN KEMENTERIAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026
  • Ucapan Teresa Kok dalam Perbahasan “Laporan Pengurusan Pelarian di Malaysia” di Dewan Rakyat pada 5 Oktober 2026
  • Rest in Peace, Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali
  • 郭素沁促请隆市政局在武吉加里尔、大城堡及旧巴生路展开全面基础设施研究
  • KENYATAAN AKHBAR YB TERESA KOK (AHLI PARLIMEN SEPUTEH) PADA 27 OGOS 2026
  • Joint Efforts Needed: CPO KL, Mayor, and PTGWPKL Director Urged to Clamp Down on Illegal Parking Fee Collection on Kuala Lumpur State Land
  • MEDIA STATEMENT: THE TAMAN DESA PHASE 1 NEIGHBOURHOOD CONTROL SCHEME ISSUE (17 August 2026)
  • KENYATAAN MENGENAI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA FASA 1
  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme