Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Nurul Izzah bermalam di lokap kerana menghasut

Posted on Tuesday, 17-03-2015Monday, 23-03-2015 by -ec-

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar bercakap kepada media ketika tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur petang tadi untuk beri keterangan, sebelum ditahan polis. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 16 Mac, 2015.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar ditahan mengikut Akta Hasutan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur dan akan ditahan reman satu malam di lokap Jinjang.

PKR dalam satu kenyataannya berkata, “Nurul Izzah ditahan reman satu malam, akan dibawa ke lokap Jinjang. Pendengaran reman akan diadakan esok jam 10 pagi. Maklumat lanjut menyusul.”

Menerusi akaun Twitternya @n_izzah, Nurul Izzah berkata: “ASP Muniandy memaklumkan saya ditangkap di bawah arahan Dt Azam, Ketua Penolong Pengarah D5, Bkt Aman”.

Terdahulu, ahli Parlimen Lembah Pantai yang juga anak sulung Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim itu diarahkan memberi keterangan di balai polis berkenaan.
Nurul Izzah pada jam 2.30 petang tadi memberitahu pemberita polis memberikan notis kepadanya untuk memberi keterangan berkaitan Seksyen 4(1) Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Apa yang mengejutkan ialah kehadiran ASP Muniandy serta 2 kereta pihak polis pada Jumaat lepas di kediaman ayahanda saya di Segambut.

“Saya akan masuk tidak tahu berapa lama,” katanya.

Ahli Parlimen Subang R Sivarasa yang turut menemaninya ketika itu juga mempertikaikan tindakan polis terhadap Nurul Izzah.

Katanya, tindakan 4 anggota polis yang menunggu di luar rumah itu merupakan satu ugutan.

“Soalan yang kita akan tanya kepada polis ialah kenapa mereka terlalu ghairah untuk pergi ke rumah Nurul Izzah? Sebab dia bukan peragut beg, perompak atau penjenayah yang akan melarikan diri.

“Ia merupakan ugutan, 4 anggota polis tunggu di rumah. Tingkah laku ini tidak boleh diterima.

“Izzah ialah ahli Parlimen Lembah Pantai dan ini merupakan layanan yang tidak profesional dan berbaur politik,” katanya.

Izzah turut mempersoalkan mengapa tindakan sedemikian rupa hanya diambil terhadap ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) dan bukannya terhadap pemimpin Umno seperti Ketua Wanita Umno Baling Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan Menteri pertanian dan industri asas tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob.

“Gesaan saya cuma satu, mengapa tindakan diambil terhadap ahli Parlimen PR dan bukannya Dr Mashitah, Ismail Sabri yang sehingga hari ini mengeluarkan kenyataan benar-benar membangkitkan kemarahan.

“Kita mahu polis bertindak dan berkhidmat untuk rakyat dan bukannya Umno, Najib dan konconya,” katanya.

Himpunan #KitaLawan diadakan pihak pembangkang setiap Sabtu di depan Kompleks Sogo, Kuala Lumpur sejak Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan sabitan bersalah Anwar dan dihukum penjara 5 tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. – 16 Mac, 2015.

– See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/nurul-izzah-kena-tahan-kerana-menghasut#sthash.75jeCt87.dpuf

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme