Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Jawapan Parlimen berkenaan peranan Malaysia dalam perang seluruh dunia terhadap ISIL

Posted on Monday, 16-03-2015Monday, 16-03-2015 by -ec-

FB_IMG_1426493927358

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

 

PERTANYAAN        :           LISAN

 

DARIPADA               :           YB TERESA KOK SUH SIM (SEPUTEH)

 

TARIKH                     :           16.3.2015 (ISNIN)

 

SOALAN:

 

Minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan apakah peranan Malaysia dalam perang seluruh dunia terhadap ISIL. Apakah Malaysia akan menghantar anggota askar dan senjata untuk menyertai usaha masyarakat antarabangsa untuk memerangi ISIL di Irap dan/atau Syria.

 

JAWAPAN:

 

Tuan Yang di-Pertua

 

Kerajaan sememangnya memantau semua bentuk ancaman yang boleh memberikan kesan langsung atau tidak langsung ke atas keselamatan negara termasuklah dari kumpulan militan/pengganas seperti Islamic State of Iraq and the Levant (ISIL) atau Islamic State (IS). Ini kerana ia berupaya memberikan impak yang besar kepada keselamatan dunia amnya dan negara khasnya. Kekejaman dan perbuatan yang tidak berperikemanusian yang dilakukan oleh IS tidak dapat diterima sama sekali.

 

Melalui pembentangan kertas putih di Sidang Parlimen Ke-13 pada 26 November 2014, kerajaan secara tegas menolak sebarang gerakan perjuangan IS. Peranan kerajaan adalah berdiri teguh bersama-sama dengan masyarakat antarabangsa untuk menentang IS, selaras dengan resolusi dan pendirian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

 

Dalam keghairahan sebilangan negara-negara antarabangsa untuk bertindak langsung ke atas IS, kerajaan lebih memberi fokus kepada rakyat tempatan yang cenderung terhadap pengaruh IS di dalam dan luar Negara.

 

 

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁呼吁反贪会调查前经济部长助理蔡镇燊的方式 应避免陷“舆论公审”
  • MACC is urged to restore public confidence and review its manner of investigating James Chai
  • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa memulihkan keyakinan awam dan menilai semula cara siasatan terhadap James Chai Jin Shern
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkenaan statistik perkahwinan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun bagi 2023,2024 dan 2025
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkenaan jumlah pendaftaran yang diterima oleh Lembaga Jurukur Tanah
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkenaan rumah perlindungan bagi mangsa keganasan rumah tangga
  • Ucapan Kamar Khas: Apakah Respons dan Halatuju Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Terhadap Syor PAC Terhadap Pemberimilikan Tanah Kerajaan di Kuala Lumpur (2 Mac 2026)
  • Ucapan Teresa Kok (Seputeh) Dalam Perbahasan Penyata Jawatankuasa Pilihan Kesihatan: Pemantapan Dasar Pemakanan dan Intervensi Nutrisi di Malaysia Pada 25 Februari 2026
  • Kes Pecah Kereta di Taman Persekutuan Bukit Kiara
  • “Gema 1MDB: Satu Lagi Pasukan Petugas yang Ditakdirkan untuk Gagal?” (14 Feb 2026)
  • “Echoes of 1MDB: Another Task Force Destined to Fail?” (14 Feb 2026)
  • 郭素沁:嘉玛若再违庭令,将采取法律行动
  • [Media Statement] Response to Recent Remarks by Datuk Jamal Yunos
  • [Kenyataan Media] Respons terhadap Kenyataan Terkini Datuk Jamal Yunos
  • [PARLIMEN] Adakah Kementerian akan menyemak dan menghapuskan keperluan kelulusan suami bukan warganegara dalam permohonan kewarganegaraan anak-anak di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan demi memastikan ibu Malaysia mempunyai hak yang sama untuk memohon kewarganegaraan bagi anak yang dilahir di luar negara.

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme