Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Jawapan Parlimen berkenaan garis panduan kerajaan bagi perkhidmatan kerajaan yang diswastakan

Posted on Thursday, 12-03-2015 by -ec-

NO. SOALAN : 22

 

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KETIGA,

PARLIMEN KETIGA BELAS,

MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN: LISANDARIPADA:PUAN TERESA KOK SUH SIM [SEPUTEH ] TARIKH:10 MAC 2015 (SELASA)SOALAN:

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan mempunyai garis panduan bagi perkhidmatan Kerajaan yang boleh diswastakan demi memastikan keselamatan negara tidak dijejaskan.                                                                          

Sekiranya ada, nyatakan secara terperinci tentang garis panduan tersebut.

JAWAPAN: YB SENATOR DATO’ SRI ABDUL WAHID B. OMAR, MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

 

Tuan Yang di-Pertua

 

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan telah menyediakan Pelan Induk Penswastaan sebagai panduan kepada pelaksanaan projek-projek penswastaan termasuk perkhidmatan Kerajaan yang akan diswastakan. Bagi memastikan keselamatan negara tidak terjejas selepas perkhidmatan Kerajaan diswastakan, beberapa langkah keselamatan telah diambil antara lain seperti berikut:

 

perkhidmatan Kerajaan yang dikenalpasti sesuai untuk diswastakan adalah perkhidmatan kesihatan, latihan, perkhidmatan haiwan dan penyelidikan serta tidak melibatkan isu pertahanan dan keselamatan negara. Sebagai contoh: PUSPAKOM yang mana perkhidmatan yang diswastakan adalah melibatkan pemeriksaan kenderaan komersial dan persendirian; dan

 

walaupun perkhidmatan Kerajaan diswastakan, perkara-perkara yang melibatkan kawal selia perkhidmatan Kerajaan tersebut masih di bawah tanggung jawab pihak Kerajaan. Sebagai contoh, Pelabuhan adalah dikawal selia oleh Lembaga Pelabuhan yang berkaitan, PUSPAKOM dikawal selia oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dan sebagainya.

 

Sekian, terima kasih.

 

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme