Dear friends,
Thank you so much for sharing with me your views and ideas on what I should ask in the parliament. I have taken some of your suggested questions this time. I will try to give you the answers via my blog.
Fyi, there is a format in framing Parliament questions. Each question cannot be more than 40 words and cannot have more than two question within a question.
As each MP is has a limit of 10 oral questions and five written ones, I am forced to drop some of the questions suggested you guys.
For those questions that I am unable to submit to Parliament this time, I will bear them in mind and raise the issues when the time comes.
Thank you, once again 🙂
Here are the questions I have submitted to Parliament:
Soalan Lisan dan Bertulis Bagi Sidang Parlimen Jun – Julai 2007
Soalan Lisan
1) YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Perdana Menteri menyatakan apakah usaha yang diambil oleh kerajaan untuk memupuk persefahaman di antara penganut agama yang berlainan di negara kita. Kenapakah Perdana Menteri membatalkan Building Bridges Conference yang sepatutnya diadakan dalam bulan Mei 2007 pada dua minggu selepas persidangan tersebut? (18 Jun 2007)
2) YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Kerja Raya menyenaraikan bangunan kerajaan yang diselenggara oleh Kementerian Kerja Raya dan jumlah kos penyelenggaraan setiap tahun. Sila senaraikan bangunan kerajaan yang bukan diletakkan di bawah tanggungjawab penyelenggaraan Kementerian Kerja Raya. (19 Jun 2007)
3) YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Perdana Menteri menyatakan tahap perundingan di antara syarikat Proton dengan rakan kongsi asing dan halangan dalam rundingan berkenaan. Apakah skim penyelamatan Proton dan apakah kerajaan akan menyuntikkan dana baru dalam syarikat Proton sekiranya ia gagal mendapat pelaburan daripada syarikat asing? (20 Jun 2007)
4) YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Tenaga Air dan Komunikasi menyatakan kos pembinaan projek Empangan Kelau. Sila senaraikan syarikat-syarikat yang telah mendapat kerja projek ini dan pecahan kos yang terlibat setiap syarikat tersebut. (3 Julai 2007)
5) YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Pengajian Tinggi menyenaraikan sijil penamatan kursus di Kolej Tunku Abdul Rahman yang diiktirafkan oleh kerajaan dan kursus yang masih belum diiktirafkan oleh kerajaan. (21 Jun 2007)
6) YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Kewangan menyatakan sumber pendapatan untuk membiayai kenaikan gaji kakitangan kerajaan sebanyak RM8 bilion. Apakah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan untuk membiayai kenaikan gaji sebanyak RM8 bilion tersebut. (25 Jun 2007)
7) YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Perdana Menteri menyatakan bayaran fi oleh pengurusan Sepang F-1 Circuit kepada F1 setiap tahun. Sila nyatakan jumlah kos penyelenggaraan dan jumlah pendapatan yang dikutip oleh Sepang F-1 Circuit sejak ia ditubuhkan. (28 Jun 2007)
8) YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Perdana Menteri menyatakan apakah jumlah perbelanjaan pertabalan YDP Agong. Apakah pihak istana membuat apa-apa pindaan dalam adat-istiadat pertabalan tersebut? (26 Jun 2007)
9) YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Kewangan menyenaraikan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang telah dilupuskan sejak tahun 2001 sehingga Mac 2007. Apakah langkah yang telah diambil oleh KWSP untuk menangani kesilapan KWSP dalam pelaburan terhadap Pacific Impact Industries Sdn Bhd (PISB) dan GSF Pacific Foods Malaysia Sdn Bhd (GSFPM). (27 Jun 2007)
10) YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Perdana Menteri menyenaraikan undang-undang/konvensyen antarabangsa yang masih belum ditandatangai oleh kerajaan Malaysia. Sila menyatakan sebab penolakan kerajaan terhadap setiap undang-undang antarabangsa tersebut. (2 Julai 2007)
Soalan Bertulis
1. YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Keselamatan Dalam Negeri menyatakan peratusan pengagihan anggota polis mengikut kategori: i) Jenayah Perdagangan, ii) Logistik, iii) Narkotik, iv) Cawangan Khas, v) Ketenteraman Awam/ Keselamatan Dalam Neeri, vi) Pengurusan, vii) Siasatan Jenayah.
2. YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Kewangan menyatakan hasil pembayaran cukai individu yang telah diterima oleh Jabatan Hasil Dalam Negeri mengikut pecahan kaum pada tahun 2001, 2002, 2003, 2004, 2005 dan 2006. Sila nyatakan cukai syarikat yang diterima oleh Jabatan Hasil Dalam Ne geri pada tahun 2001, 2002, 2003, 2004, 2005 dan 2006.
3. YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan pendapatan sewa yang sepatutnya dikutip daripada setiap PPR DBKL setiap bulan. Sila nyatakan bilangan unit yang tidak membayar sewa dan jumlah tunggakan di setiap PPR DBKL, dan langkah DBKL untuk mendapat balik hutang sewa berkenaan.
4. YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Kewangan menyatakan modal pengurusan Proton bulanan sejak Januari 2006 sehingga Mei 2007. Sila nyatakan jualan unit kereta bulanan sejak Januari 2006 sehingga Mei 2007.
5. YB Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta Menteri Sumber Manusia menyatakan bilangan aduan gangguan seksual yang diterima oleh kementerian dalam tempoh 2001 hingga 2006 dan tindakan yang telah diambil. Apakah kementerian tidak mengguna-pakai kod etika gangguan seksual di tempat kerja tetapi memasukkan fasal gangguan seksual ke dalam Akta Kerja adalah kerana kod etika tersebut tidak berkesan?
Usul Mengikut Peraturan Mesyuarat 27.1
1. “Bahawa dewan ini mengambil keputusan untuk membenarkan siaran langsung sidang Dewan Rakyat melalui televisyen supaya rakyat boleh menonton ucapan para ahli berhormat dan proses Dewan Rakyat membuat keputusan terhadap dasar dan undang-undang.”
2. “Bahawa dewan ini mengambil keputusan untuk memulihkan pilihan raya kerajaan tempatan demi menjadikan perkhidmatan kerajaan tempatan di negara kita lebih berkesan di samping memulangkan hak kepada rakyat untuk memilih Datuk Bandar dan ahli Majlis Kerajaan Tempatan.
3. “Bahawa dewan ini mengambil keputusan untuk mendesak kerajaan untuk melaksanakan kempen kitar-semula dan kempen pengurangan penggunaan plastik dengan lebih gigih demi memelihara kebersihan alam sekitar.
4. “Bahawa dewan ini mengambil keputusan untuk mengembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen yang telah dimansuhkan pada tahun 1993 sebagai langkah untuk menjadikan Parlimen Malaysia sebagai Parlimen Dunia Pertama.
5. “Bahawa dewan ini meyokong cadangan Suruhanjaya DiRaja Pembaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM dan YAB Perdana Menteri untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas dan Salah Laku Polis (IPCMC).
Hi Theresa,
Why not ask a Q about the taxi situation at the KLIA. Our airport taxis are the bane of air travel, and are not operated per business concepts. EG. KLIA taxis only carry passengers from KLIA to city etc., while City taxis only carry passengers from city to KLIA. With the price of Oil at $70+ a barrel, and rising, dont you think we ought to have a commercial policy rather than a political one, governing the service? Badly maintained Limos that are in short supply, (NST today has another complaint on this), this situation cannot be allowed to prevail