Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Majlis Berbuka Puasa di Kg Tengah, Puchong

Posted on Sunday, 28-09-2008Sunday, 26-10-2008 by Teresa

Pada 25 September 2008, saya pergi menghadiri di Majlis Berbuka Puasa di Kg Tengah di Batu 13, Puchong. Pada pagi itu, seorang ahli PKR telefon saya dan menawarkan perkhidmatan “escort” kepada saya dan menjaga keselamatan bagi saya. Dia kata dia selalu berbuat begitu untuk Dato’ Seri Anwar. Saya amat terharu atas sukarelaan beliau terhadap saya. 

Bila saya tiba di Dewan Orang Ramai di Kg Tengah Puchong, saya amat kagum melihat tempat itu dihiaskan dengan khemah-khemah cantik, seolah-olah majlis perkahwinan diadakan.  Saya amat gembira untuk melihat begitu ramai orang kampong, iaitu beberapa ratus orang berbuka puasa di Dewan Orang Ramai tersebut.

Selepas semua orang menjamu selera, saya dijemput oleh pengerusi majlis untuk menyampaikan ucapan. Saya pun menceritakan penahanan saya di bawah ISA. Ramai orang kampong ini duduk mendengar cerita saya. Saya tahu ini kesemua mereka berminat untuk tahu sebab-musebab saya ditahan di bawah ISA. Saya juga menceritakan isu-isu yang dimainkan oleh sesetengah akhbar tentang “makanan anjing”. Mereka kelihatan tertarik dan senyum apabila saya terangkan isu-isu semasa yang dibangkitkan oleh saya.

Saya cerita tentang isu “makanan anjing”.

Selepas jamuan berbuka puasa selesai, sesetengah orang kampong pun masuk ke dalam dewan untuk menyertai sembayang teraweh. Pihak penganjur majlis berbuka puasa ini yang mana kebanyakannya ahli daripada PAS pun berbual dengan saya. Mereka kata mereka amat bimbang tentang kehadiran majlis berbuka puasa sebelum itu, kerana apabila mereka tengah merancang program tersebut, saya ditangkap di bawah ISA. Lepas saya keluar daripada tahanan ISA, saya pula dibidas oleh akhbar Bahasa Malaysia tertentu. Mereka bimbang orang kampong akan rasa takut untuk menghadiri program tersebut.

Mereka agak bimbang bahawa tiada orang akan datang khususnya ini merupakan kali pertama bagi orang PAS untuk menganjurkan majlis berbuka puasa di Kg Tengah dan kali pertama bagi mereka menggunakan dewan orang ramai di kampong tersebut. Mereka merasa amat lega untuk melihat respons daripada orang kampong pada malam itu. Mereka berpendapat sikap dan fikiran orang kampong kelihatan telah berubah selepas Pakatan Rakyat menjadi kerajaan di Selangor sehingga orang kampong tidak begitu mudah terpengaruh oleh khabar angin dan laporan akhbar yang berat sebelah.


Daripada Kiri ke Kanan: Puan Noraida, Hajjah Che Esah, En Anizah, Ustaz Ruslan (Ketua Kg Batu 13, Puchong), En Mohd Jais bin Hussein (Pengerusi JKP DUN Kinrara), En Sharani.

Sebelum saya balik, saya mengambil gambar bersama dengan jawatankuasa yang menganjurkan jamuan berbuka puasa tersebut. Seorang wanita yang kuat menjayakan majlis berbuka puasa dan hal ehwal Kg Tengah, Hajjah Che Esah berpeluk pada saya semasa mengambil gambar. Dia kata dia tidak akan benarkan saya ditahan di bawah ISA lagi. Sebagai seorang bekas tahanan ISA, saya amat terharu untuk mendengar kata-katanya, khususnya ia datang daripada seorang wanita Melayu.


Saya memberi sumbangan kepada empat masjid di Puchong. Gambar bersama dengan empat wakil daripada masjid berkenaan


Saya sampaikan hadiah kepada para wanita yang hadir

Saya amat terharu dan gembira untuk melihat usaha yang dilakukan oleh cawangan PAS di Kg Tengah dalam usaha majlis berbuka puasa tersebut. Saya berjanji kepada orang-orang kampong tersebut bahawa saya akan mengadakan satu program untuk merayakan Hari Raya bersama dengan umat Islam di Puchong selepas Hari Raya pada minggu depan.

Saya juga bercadang untuk mengadakan beberapa aktiviti bagi pemuda-pemudi di Puchong dalam bulan-bulan yang akan datang.


Saya diberi cenderahati oleh Ustaz Ruslan, Ketua Kg Batu 13, Puchong

19 thoughts on “Majlis Berbuka Puasa di Kg Tengah, Puchong”

  1. enigman says:
    Sunday, 28-09-2008 at 23: 12.13

    Sejuk hati saya tatkala melihat YB Teresa bersama-sama orang kg. Tengah berbuka puasa. Nampaknya kemesraan yg ditunjukkan mereka menampakkan betapa jauhnya perubahan yg berlaku di antara dua parti yg “kononnya tidak sekata” dan “sukar bekerjasama” sepertimana didakwa MSM. Syabas & tahniah di atas kejayaan penduduk Kg. Tengah mengadakan majlis tersebut. Saya amat berharap aktiviti ini diteruskan lagi dgn melibatkan lebih ramai kaum bukan melayu / bukan Islam. Dari pemerhatian saya, program anjuran PAS lebih ikhlas & berjaya berbanding program BN/UMNO yg pada kebiasaannya ada “udang sebalik batu.”
    Inilah bukti Malaysia akan lebih makmur & aman selepas kerajaan BN dijatuhkan & kerajaan PR memerintah!

  2. Sabahfan says:
    Sunday, 28-09-2008 at 23: 37.58

    Ini lah best punya cerita…..

    Hanya saya khuatir, pihak BN akan tambah lagi cemburu, tapi adalah diharap penyokong PAS akan bersatu hati dalam semangat persefahaman ini, dan tolah cubaan kerajaan yg sudah jadi mafia/diktatur untuk memisahkan rakyat dengan tuduhan liar.

    Hidup Pakatan, Hidup demokrasi,

    Tolak pemimpin yang korupsi, cemburu dan tiada prinsip, hanya jaga poket diri.

    Selamat Hari Raya…..

  3. pizi87 says:
    Monday, 29-09-2008 at 00: 04.14

    wah menariknya program YB ni, ni betul betul semangat yang patut kita bangga yang ditunjukkan oleh YB.. walapun saya bukan warga Puchong tetapi saya rasa terharu sebab YB memberi layana yang cukup baik kepada penduduk Islam di sana..

    teruskan usaha baik YB ni.. MSM boleh dibuang ke tong sampah aje

  4. ventura says:
    Monday, 29-09-2008 at 00: 43.30

    Tahniah kepada yang menganjurkan jamuan berbuka puasa di Kampung Tengah, Puchong. Ini adalah kemesraan penduduk – penduduk yang sepatutnya di jalankan sebelum perallihan kuasa negeri kepada kerajaan baru.

    Tetapi sebaliknya kerajaan persekutuan BN kini melemparkan kepercayaan kepada angkara ketakutan dan mengolakan isu agama dan perkauman semata-mata untuk mrngulingkan kemajuaan perpaduan rakyat bersatu bersama mengekalkan keteguhan Negara.

    Terima kasih juga kepada kawan dari PKR yang sanggup menghulurkan peribadi “escort” keapda YB Teresa. Kemuliaan dari tindakan kebaikan di hati masyarakat orang Malaysia ini amatlah dialu-alukan.
    Kita tidak sepatutnya meluntutkan dimakan karat kepada kebanggaan sesama rakyat di dalam semangat kejiranan yang memang patut diamalkan di dalam masyarakat kita yang muhibah.

    Syabas dan teruskan lagi perjuangan hak kebahagiaan manusia dan kebaikan sejahtera….Menindas ISA yang melumpurkan asas kemerdekaan konsept demokrasi.

    Kuatkan lagi semangat bersatu di dalam pimpinan kerajaan baru ini.

    Terima kasih sekalian!

  5. kahkahkah says:
    Monday, 29-09-2008 at 08: 53.54

    hubungan di antara kaum patut dirapatkan lagi ….. selama 20 thn di bawa mamak BN takde pun keikhlasan utk merapatkan rakyat berbagai kaum, mrk lebih suka jika rakyat dipisahkan … supaya UMNO sentiasa relevan … tapi rakyat bukan bodah ….masa telah tiba untuk masa depan yg lebih cerah, yg lebih baik..

  6. kchan says:
    Monday, 29-09-2008 at 09: 04.23

    saya ingin mengambil peluang ini mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada kawan kawan saya and menyamput hari raya yang mulia ini.. 😀

    kchan

  7. eagle says:
    Monday, 29-09-2008 at 09: 42.53

    Your courage and sincerity will continue to win many more hearts of the Malay voters. Believe me YB, keep on engaging them, show them in life, you have to be honest and sincere and never fear as long as IN GOD WE TRUST.
    How I wish that one day you will be playing a bigger role in making changes to this nation of ours.My prayer is for you to continue to have the strength and wisdom to face all the challenges.
    Keep up the good spirit, Insya’ALLAH. GOD will always help you. Selamat Hari Raya.

  8. leguan says:
    Monday, 29-09-2008 at 14: 29.26

    Saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua rakyat Malaysia beragama Islam.

  9. B_Human says:
    Monday, 29-09-2008 at 15: 18.22

    Dear YB Teresa

    I am very happy to see Masyarakat Majmuk in M’sia in such manner

    Tahniah!.. beribu ribu tahniah to you and also kepada pihak penganjur seperti Hajjah Che Esah and juga rakan rakan lain dari PAS yg menjayakan program ini Syabas! Insya’ALLAH Tuhan akan senantiasa memberkati anda sekalian. Begitu juga kepada ahli PKR yg menawarkan perkhidmatan “escort” kepada YB Teresa. Sedap di hati memandang masyarakat kampong Tengah berjiwa muhibbah. I hope there will be more such program which will involve others in Msia.

    Selamat Hari Raya kepada semua umat muslimin and muslimat di merata dunia! where ever u r

  10. Ben says:
    Monday, 29-09-2008 at 18: 12.56

    Even under threat you still continue your work trusting in the Lord. We can help but praise our Father in heaven for his grace and for your faith.

    You epitomize the MP we did not have. Service above self, bold and courageous in righteousness. Love of fellowmen and reaching out to the underprivileged. If only my MP is you, I believe many of our community problems will be addressed, if not resolved.

    Please continue to do your good work and inspire others so that one day they may be my MP will be like you. A worthy reflection and disciple of Jesus Christ, our Lord.

  11. lee wee tak says:
    Monday, 29-09-2008 at 19: 08.58

    Gua Ah Pek Cina ini ingon mengambil peluang untuk mengucapkan semua rakyat Malaysia beragama Islam

    selamat berpuasa
    selamat berbuka puasa
    selamat hari raya aidilfitri

    harap kita semua saling menghormati dan memahami cara hidup masing-masing

    perbezaan budaya adalah sumber kekayaan dan kekuatan Malaysia kita.

    salam sejahtera semua

    kita semua ciptaanNya.

  12. Hasbullah Pit says:
    Monday, 29-09-2008 at 22: 56.26

    YB

    Asyik-asyik baju kebaya.
    Kelihatan ketinggalan zaman.

    Apa kata kalau YB beli baju baru.

    Yang ini
    http://www.islamorient.com/Scripts/prodView.asp?idProduct=475

    atau yang ini

    http://www.islamorient.com/Scripts/prodView.asp?idProduct=50

    YB tidak perlu menjadi seperti Melayu untuk mendekati orang Islam.

  13. no wrong door says:
    Tuesday, 30-09-2008 at 00: 25.33

    Blessed be peaceable men, for they shall be called God’s children. ( Matthew 5:9 )

    Selamat Hari Raya to all celebrants.

  14. B_Human says:
    Tuesday, 30-09-2008 at 08: 07.29

    Dear Hasbullah Pit

    Thank you for yr prihatin on pakaian YB Teresa, I believe YB Teresa lebih suka pakai baju kebaya. Boleh tak? By the way baju kebaya may consider as one of tradisional clothes I rasa dah jadi classic tak akan ketinggalan zaman seperti baju kurung. That’s her style.. Lagi pun YB Teresa tak makan rasuah seperti MP BN yg lain banyak duit.. boleh pakai baju baru tiap tiap hari.

    Would appreciate if you could find sponsor for YB Teresa that would be great. I would thank you a zillion on YB behalf.

    Once again thank you for yr prihatin.

  15. khairi ali says:
    Tuesday, 30-09-2008 at 11: 17.51

    Yes, u’v got it right. In Afghanistan, or Iraq, US armies gave chocolate to children in order to have the communities attention and support. In Malaysia, you just wore Malay attire and gave some envolope with money in it, you could maintain as their leader. Well done!

  16. Faizli says:
    Tuesday, 30-09-2008 at 11: 51.00

    Tahniah dan ribuan terima kasih buat YB Teresa yang sudi hadir dalam majlis berbuka puasa tersebut.

    All the best to you!

  17. Mr Smith says:
    Tuesday, 30-09-2008 at 15: 45.10

    You have got it right. Malays are very nice people, compassionate and caring.
    Those who cause you mischief and send you have sms are a minority. These are scums and most of them from UMNO and Utusan.

  18. tailik says:
    Wednesday, 01-10-2008 at 15: 51.52

    teresa,
    how wonderful it is u r being greeted & treated by PAS & orang orang Kg in Puchong !
    Kongsi kongsi…. hoping more good things to come. haha…

  19. ariffin_al-brangi says:
    Sunday, 05-10-2008 at 10: 20.14

    Yb,

    keep it up YB. attending muslim functions doesnt mean one is a muslim, but to us its an honour for a non-muslim to attend our functions. to dressed up like a malay doesnt mean one is a muslim coz Islam is for all. after all its a malaysian dress.

    we are proud tat u pay a royal visit on hari raya with his highness the sultan of selangor. we too are proud tat u join us during buka puasa and hari raya

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme