Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Berbuka Puasa di Surau An-Najah, Terima Kasih Atas Sokongan Mereka

Posted on Thursday, 25-09-2008Friday, 26-09-2008 by Teresa


Saya memberi sumbangan kepada wakil daripada 7 masjid di Puchong

Semalam, 24 September 2008, saya menghadiri majlis berbuka puasa bersama dengan umat Islam di Surau An-Najah di kawasan DUN Kinrara.

Ini adalah program yang dirancang oleh saya beberapa minggu sebelum saya ditahan di bawah ISA. Saya mendapat sambutan yang agak hangat dan mesra daripada muslimin dan muslimat di surau tersebut. Mereka amat bersimpati pada saya kerana ditahan di bawah ISA atas tuduhan membantah laungan azan di sebuah masjid di Bandar Kinrara.

Seorang ahli daripada PKR berkata bahawa isu itu adalah isu lama di tempat mereka. Dia kata penduduk saya termasuk para umat Islam di sana tahu saya langsung tidak terlibat. Dia kata, sekarang musuh politik Pakatan tengah menggunakan isu perkauman dan agama untuk cuba menarik sokongan orang Melayu.

Mereka berkata pada saya, “YB, janganlah bimbang. Kami percaya YB bukannya seorang yang memainkan isu perkauman. Kami akan membantu YB untuk merancangkan program untuk menghubungi orang Melayu di Puchong. Kami akan terus menyokong YB di kawasan Puchong.”

Seorang lelaki Melayu yang bernama Ahmad juga berkata pada saya, “YB, saya tahu YB tidak bersalah. Saya pergi ke pejabat YB tiap-tiap hari semasa YB berada di bawah tahanan ISA. YB, jangan bimbanglah, saya akan terus membantu YB dalam hal ehwal berkenaan dengan orang Islam di Puchong.”  

Saya rasa amat terharu untuk mendengar kata-kata yang menggalakkan yang diluahkan oleh mereka. Saya terasa bahawa saya tidak berjuang secara sendiri, dan saya juga lihat tohmahan yang dilemparkan oleh orang UMNO dan Utusan Malaysia terhadap saya memang tidak berkesan.

Dalam ucapan saya, saya menceritakan pengalaman saya di bawah tahanan ISA dan saya tuduhan-tuduhan palsu yang dilemparkan terhadap saya. Saya berkata saya adalah wakil rakyat yang mewakili kesemua kaum dan kesemua penganut agama. Saya mesti membantu semua kaum dan memberi layanan yang sama kepada semua orang di Negeri Selangor.

Saya juga minta sokongan dan kerjasama daripada mereka supaya saya boleh mengadakan hubungan yang lebih erat dengan para umat Islam di kawasan Puchong. Saya juga meminta mereka berdoa bagi saya dan juga Pakatan Rakyat, supaya kita boleh mentadbir negeri ini berasaskan keadilan dan ketelusan.  

Tentulah, saya tak lupa sebut tentang liputan akhbar yang begitu luas di Utusan Malaysia sejak saya dibebaskan daripada ISA. Saya malah baca tuduhan-tuduhan liar yang disiarkan dalam laporan Utusan Malaysia kepada mereka. Saya lihat mereka semua senyum apabila saya sebut isu tentang “makanan anjing” yang diheboh-hebohkan di akhbar tersebut. Nampaknya ramai di antara mereka tidak baca Utusan Malaysia. Nampaknya, kempen Pakatan Rakyat yang boikot Utusan Malaysia itu agak berjaya juga :-))

Hari ini, saya dijadi “wanita muka surat pertama” (front page girl) di Utusan Malaysia lagi. Kali ini, tajuknya ialah “Teresa mengaku buat kenyataan bercanggah”. Ha ha!! 🙂

Kali ini, wartawan tersebut juga memetik separuh tulisan daripada tulisan di blog saya semalam. Di dalam surat khabar tersebut , terdapatnya laporan tentang UMNO Seputeh membuat laporan polis terhadap saya atas isu “makanan anjing”, dan juga tulisan mengenai “makanan anjing” lagi.

Terima kasih sekali lagi kepada penyunting di Utusan Malaysia kerana telah memberi publisiti yang berturut-turut kepada saya. Inilah akhbar “Penyebar Fikiran Rakyat”! Ha ha!!

Seperti apa yang dikatakan oleh seorang muslimin kepada saya, saya tengah melalui proses percubaan. Saya percaya Tuhan sayang kepada mereka yang sayang kepadaNya, dan Tuhan bersama dengan mereka yang dipermangsakan dan juga mereka yang melaksanakan keadilan.

Seperti apa yang ditunjukkan dalam iklan TV Berita Harian — “Zaman Sudah Berubah”. Ya, zaman sudah berubah. Cara lama tidak lagi sesuai untuk zaman ini. Tahap pendidikan rakyat kita telah semakin meningkat dan mereka telah menjadi lebih matang dari segi fikiran dan analisa. Mereka tidak lagi percaya pada propaganda BN dan UMNO dengan mudahnya.

Utusan Malaysia dan UMNO boleh teruskan kempen mereka yang cuba mencemarkan imej saya, mereka akan diadili oleh rakyat dan Tuhan pada akhirnya, dan kredibiliti dan imej mereka akan lebih terjejas.    

Saya terima kesemua taktik kotor Utusan Malaysia dan UMNO dengan tenang hati 🙂


Muslimat di masjid tersebut mengambil gambar bersama dengan saya selepas saya berucap  

14 thoughts on “Berbuka Puasa di Surau An-Najah, Terima Kasih Atas Sokongan Mereka”

  1. ariffin_al-brangi says:
    Thursday, 25-09-2008 at 20: 18.29

    Islam adalah untuk semua. bukan untuk melayu sahaja, cuma menakut-nakutkan orang tiongwa.

    cuma jangan keluar statement yg sensitive, sebab orang melayu islam banyak beri undi pada DAP.

    sy mengharap satu sinar baru di malaysia ini melalui PR

  2. lee wee tak says:
    Thursday, 25-09-2008 at 20: 47.59

    beberapa tahun dahulu gua langsung tak berani ramalkan akan berlakunya

    1) wakil rakyat DAP berada dalam majlis buka puasa
    2) Utusan Malaysia terpaksa “melaburkan” sumber mereka dalam memberi liputan negatif kepada seorang WR DAP kerana mereka dulu hanyalah tidak buat liputan atau laporan sama sekali

    saya rasa ini perkembangan yang baik. Harap DAP memperluaskan perjuangan, perkhidmatan dan perhatian kepada masyarakat melayu yang memang dulu bukan dititikberatkan oleh mereka. DAP akan memperlajari perkara-perkara yang baru dan menjadi lebih berkesan dan diterima umum.

    begitulah dengan masyarakat orang melayu yang kini boleh buat pernilaian mereka sendiri mengenai pilihan parti politik yang lain supaya hak mereka sebagai rakyat dan pengundi boleh diperkayakan.

    Selamat berpuasa dan selamat berbuka puasa, bergantung kepada waktu anda baca komen saya ini.

  3. ventura says:
    Thursday, 25-09-2008 at 21: 47.55

    Kepada YB Teresa,

    Dukacita rakyat bergelumor merentasi sekitar masa menghadapi kepahitan kemelesetan ekonomi di bawah pimpinan PM, Dato Seri Abdullah Badawi.

    Sudahlah rakyat merana mencari kerja merata-rata yand tidak memberi sesuap nasi kepada keluarga.

    Sudahlah bisnes-bisnes sedang di dalam kegelapan seharian mencari mata pencarian yang bersusutan demi lonjatkan minyak petrol yang mendadak.

    Sudahlah apa lagi tuduh – menuduh sesama pemimpin-peminpin mengenai kekuasaan and kewajipan yang dikurniakan kepada mereka.

    Sampai masanya yang berhormat sekalian di kalangan menteri-menteri dan peminmpin-pemimpin datanglah ke depan tunjukanlah kecekalan kuasa muhibah and perpaduan untuk kemuliaan rakyat sejahtera.

    Apa tah kehidupan ini adalah kurniaan Tuhan semata-mata.. .

    Cekalkan lah hati merempuh kebenaran demi untuk perpaduan dan kejayaan negara Malaysia pertiwi ini.

    Salam Jahtera YB!

  4. FanOfTeresa says:
    Thursday, 25-09-2008 at 22: 14.24

    Segala ugama yang mulia mengesyorkan sikap toleransi kepada kesemua penganutnya. Adalah sikap yang tidak bertanggungjawap apabila orang atasan dalam JAIS menggunakan peluang untuk mempromosikan agenda sendirinya iaitu untuk mendapat perhatian orangramai kepadanya.

    Suatu sikap yang memalukan!

    http://biologicalclockticking.blogspot.com

  5. eagle says:
    Thursday, 25-09-2008 at 22: 55.13

    Well done YB, I think its time this nation to be led by a Lady. Your sincerity, honesty will one day be rewarded and those with malicious and irresponsible intentions be punished by Almighty God.
    You have been in politics long enough, keep it up and one day I hope if time permits I will personally campaign for you. Malaysia needs of more politicians like you. GOD Bless you. Insya’ALLAH.

  6. malaysian4malaysia says:
    Friday, 26-09-2008 at 00: 16.09

    Soalan Matematik Mudah…

    Harga minyak di bulan September kira kira 1 barrel = USD$ 105.00

    USD$1.00 = RM3.45
    1 barrel = 158.9873 litres
    maka harga 1 liter minyak sebenarnya
    US$ 105 X 3.45 / 158.9873 = RM2.27/litre

    Mana pergi RM0.18 dan subsidi RM0.30???

    Dipetik dari…

    http://gomalaysian.blogspot.com/2008/09/malaysiakini-bagaimana-kerajaan-kira.html

  7. nocrid says:
    Friday, 26-09-2008 at 01: 50.40

    Abang ariffin_al-brangi

    Benar betul apa yang dikatakan oleh abang tu…Islam sememangnya untk manusia sejagat. Tetapi masalahnya, sampai hari ini tidak pun satu perkataan yang keluar dari mulut YB Teresa adalah pernyataan yang menyinggung saudara-saudari umat Islam kita. Semuanya rekaan “Pihak Pemisah Yang Sah Di Sisi Undang-Undang” yang megharapkan perpecahan antara kaum yang selama ini hidup harmoni. Saya percaya saudara-saudari kita ni bijak membezakan apa itu fitnah dan apa itu kebenaran.

    Sekarang dah pindah tempat baru, rindukan pulak suara Azan yang berkumandang masa kat tempat lama….Hehehehe…

    Orang TiongWa

  8. ariffin_al-brangi says:
    Friday, 26-09-2008 at 08: 54.00

    saya ingin membuat pembetulan pada comment saya ;

    Islam adalah untuk semua. bukan untuk melayu sahaja, cuma UMNO sahaja yang menakut-nakutkan orang tiongwa.

    cuma saya harap DAP jangan keluar statement yg sensitive, sebab orang melayu islam banyak beri undi pada DAP.

    sy mengharap satu sinar baru di malaysia ini melalui Pakatan Rakyat

  9. khairi ali says:
    Friday, 26-09-2008 at 08: 55.10

    Morning! well everybody loves honesty, responsible, sincerity etc.etc. However you seem to be easily ‘manipulated’ and its quite hard for me to really see who you really are, especially with the clipping from TV3. If you really do not have that forked tougue, crooked mind, and entwined character, you should be okay. Afterall ISA is just a pest in our country, and you too must be seen not as a pest. Attending buka puasa is a good sign for you if you can really appreciate Islamic way of life, even though you are not one. I also hope that you are not like Ng Yen Yen, who sing women ai Malaysia, but could not answer whether she loves all the Malaysian people or not. In other words, mixing with the muslims but not becoming one of them, is a distance or a gap in communication. Think of it.

  10. Taxy Driver says:
    Friday, 26-09-2008 at 08: 57.17

    Good morning YB. This is my first time commenting, and I’m probably using the wrong forum or post. Nevertheless, in keeping with the theme that we all need to be tolerant towards each others’ beliefs, I must say I was disturbed to read this at Rocky’s Bru’s blog:-

    http://www.rockybru.com.my/2008/09/temple-demolition-in-ampang.html

    You are one of the MPs/ ADUNs who are accessible through blogs easily. And since I am a ready of blogs, I had hoped that you and your colleagues could look into this. Please don’t dodge with replies that echo the same excuses the previous state government gave. And please say something is being done to (1), fix this and (2) never let this happen again. Please.

  11. afa98 says:
    Friday, 26-09-2008 at 13: 13.16

    apa nak jadi dgn org islam ni kalau sesama islam di kafirkan tapi dgn teresa kok bukan main lagi sedangkan inilah parti yang tak mengaku malaysia negara islam wallahualam ya pak imam oi……….

  12. tokayohkelate says:
    Sunday, 28-09-2008 at 16: 47.02

    heloo afa98…teresa kok dan DAP bukan islam kalau dia tak nak negara islam memang logik…..munasabah…relevan…

    yang aku heran…orang umno macam hang…mengaku orang islam….bila nik aziz nak buat hukum qisas geng hang nak saman hukum Allah….

    dan yang tak patut sebagai orang islam…geng geng umno hang pulak yang memburukkan pelaksanaan hukum Allah…

    so afa98…sapa awak sebagai umat islam yang perlu dihormati…pirrrrrrrrrrrahhhh

  13. mahyuddin mahzan says:
    Monday, 29-09-2008 at 06: 05.44

    Syabas Teresa, you have shown who you really are. Wish there are more like you in Malaysian political scene.

    Once again, keep up with the good work.

  14. dettcot says:
    Tuesday, 30-09-2008 at 10: 00.33

    hi YB Teresa,

    umur kita sama tua saja. YB dengar sekejab kata2 saya ni..

    saya rasa mulai sekarang YB kena perihatin dengan sensitiviti orang Islam di Malaysia. Walau pun ceramah YB di luar Masjid, adalah lebih manis YB berpakaian lebih sopan lagi contohnya berpakaian baju kurung Melayu bagi majlis Islam. Kalau tak percaya cubalah sekali YB pakai, undi YB akan bertambah lagi… cubalah. YB pasti x rugi kalau berpakaian baju kurung.. Pasti semua org melayu seluruh malaysia dari yang muda hingga yang tua akan angkat tangan hormat pada YB. Mungkin ada dikalangan mereka yang akan menitiskan air mata. Bukan rugi pun.

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Sambutan Hari Raya Aidiladha di Surau Al Makmur, Taman Gembira (7 Jun 2025)
  • Movie Watching “You Are My Son 好好再一起“ at GSC Midvalley Megamall
  • Kempen Jom Sihat – Saringan Kesihatan Komuniti Percuma di Pearl Point Shopping Mall (31 Mei 2025)
  • Distribution of Rice Dumpling at Dapur Seputeh, Taman Salak Selatan (31 May 2025)
  • Distribution of Rice Dumpling at Happy Garden Morning Market (31 May 2025)
  • Sesi Libat Urus bersama DBKL berkenaan caj tempat letak kereta (TLK) di Kuchai Entrepreneurs Park (KEP)
  • Sembang Santai bersama penduduk wanita di PPR Kg Muhibbah (29 Mei 2025)
  • Free Eye Check Up at Nanomite Optical (Taman Desa) jointly organised by TDRA & Lions Eye Club
  • Sesi Penerangan Komunikasi Strategik oleh Pemaju Mah Sing berkenaan projek perumahannya di Taman Desa
  • Pemeriksaan Mata Percuma untuk pelajar B40 anjuran Rotary Club KL Sentral (24 Mei 2025)
  • Thai Food Review
  • Rice Dumpling Making Tutorial at Jalil Damai Apartment Bukit Jalil 郭素沁与民学习包粽子,传承传统文化 (18 May 2025)
  • Sambutan Hari Ibu bersama peserta Wanita Klinik Guaman Telenisa di PPR Kg Muhibbah (18 Mei 2025)
  • Pertandingan Congkak dan Dam di Apartment Sri Rakyat (18 Mei 2025)
  • Semarak Hari Belia Negara Peringkat Kawasan Seputeh (15 Mei 2025)

Article Archives

© 2025 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme