Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Buka Puasa di Masjid Nurrusaadah, Kg Cheras Baru

Posted on Thursday, 25-09-2008Thursday, 25-09-2008 by Teresa


Gambar bersama dengan imam dan jawatankuasa masjid Nurrusaadah di Kg Cheras Baru pada hari saya dibebaskan daripada ISA

Pada hari saya dibebaskan daripada ISA pada 19 September 2008, saya terpaksa menghadiri 3 program pada malam itu. Ketiga-tiga program tersebut sepatutnya program membantah ISA yang diadakan di tiga tempat di Kuala Lumpur. Pada waktu yang sama, saya juga menggunakan telefon untuk berucap kepada satu ceramah menentang ISA di Sg Siput, dan memberi rakaman ucapan saya kepada satu ceramah menentang ISA di Pulau Pinang. Sibuk betul malam itu.

Program sembahyang dan mesra rakyat di Masjid Nurrusaadah di Kg Cheras Baru adalah diaturkan oleh YB Jenice Lee, ADUN Teratai. Ia dirancang dengan tujuan memberi sokongan kepada saya dan Raja Petra yang ditahan di bawah ISA.

Saya disambut baik oleh jawatankuasa Masjid tersebut. Mereka amat berminat untuk mendengar “first hand story” tentang pengalaman penahanan ISA saya. Saya hanya dapat berucap selama 25 minit sahaja dengan mereka kerana terdapat seribu orang menunggu kedatangan saya di satu jamuan anjuran DAP Cheras. Kawan baik saya daripada PAS Mat Sabu tiba pada waktu saya mengakhiri ucapan saya. Saya kata, akhirnya saya boleh menyertai Kelab Bekas Tahanan ISA bersama dengan Mat Sabu :-))


Terdapat beberapa ratus Muslimin dan Muslimat hadir mendengar ceramah saya dan Mohd Sabu selepas sembahyang mereka.

8 thoughts on “Buka Puasa di Masjid Nurrusaadah, Kg Cheras Baru”

  1. frontbench says:
    Thursday, 25-09-2008 at 17: 33.29

    In bottom pic you shooing away the flies ar? They must be attracted to the smell of a dress worn for a week ;D

  2. ventura says:
    Thursday, 25-09-2008 at 17: 47.24

    Sambutan kepimpinan YB Teresa Kok amatlah dialun-alunkan oleh rakyat membenteras kegiatan ISA yang bertubi-tubi menentang hak –hak demokrasi dan keseluruhan mencabuli hak asasi rakyat sekalian.
    Kita rakyat memang bertegas dengan sewenang-wenangnya menyahut kematian ISA yang mencereboh kemuliaan Ramadan yang suci.

    Dengan pembebasan dan juga pengalaman yang diterima oleh YB Teresa bolehlah dikibarkan sebagai satu pengkorbanan. Apa tak lagi pemimpin yang tanpa melalui pengalaman begitu tidak akan menyedari keadan pengalaman bila di tindik dengan kepahitan dan kesakitan dengan kesekatan hak asasi kebebasan di kongkong.

    Lenkapkan lagi perjuangan and luputkan ISA di dalam sejarah Negara sebagai satu era ketakutan ynag membimbangkan.

    Teruskan penjuangan!

  3. Michael Ng says:
    Thursday, 25-09-2008 at 17: 56.43

    That shows even our Malay brothers now can see the abuse of ISA by the govt …. good of you to attend the breaking of fast with your fellow Muslim citizens

  4. lee wee tak says:
    Thursday, 25-09-2008 at 21: 00.04

    good eyes, bench.

    yep the same dress that she wore throughout the week and day she was released.

    maybe we should have a lelong for that dress to raise funds……

  5. afa98 says:
    Sunday, 28-09-2008 at 00: 27.03

    apa pasal saya punya komen lu tarak publish lu cakap tak serupa bikin la lu cakap free talk tapi saya tanya lu pasal namewee lu tarak jawab loo……..itu orang hina negara,bangsa melayu dan islam loo…

    (Please understand there is no 24/7 moderation service here. Comments are queued for moderation and may take up to 24 hours for a decision to be made. We’ll rather delete 100 dodgy comments than risk Teresa’s safety.) Moderator

  6. tokayohkelate says:
    Sunday, 28-09-2008 at 11: 45.46

    afa98…lu mau cakap hina bangsa ka….sapa yang naikkan kain rentang kat terengganu membahasakan sultan sebagai natang kalau tak puak puak mu umno bengong….sapa yang cuba menabalkan sultan baru di kelantan kalau bukan puak puak mu umno bengong anuar musa….

    afa98…lu mau cakap umno bela bangsa melayu kaa….sapa yang memijak bahasa melayu…belajar kat ipta dlm bahasa penjajah…sikalang anak wa sekolah rendah pun musti belajar matematik/sain dlm bahasa penjajah…sapa yang buat kalau bukan umno gilaa…..

    afa98….lu mau cakap pasal umno bela islam woooo….lu umno orang islam pun mau saman kerajaan kelantan mau buat hukum hudud(lu kenal ke zaid ibrahim…dia laa)….lu orang umno pecat itu mufti selangor sebab pegi raid itu disco maaa…sudah lupa ker……lu punya PM Che Det pun hina nabi maa cakap nabi dulu janggut panjang takda jual itu nacet cap jerung maa….ayooo sami sudah lupa kaa ini umno….

    bullsh@$t afa98….tak payah laa nak bercakap umno pejuang bangsa ker apa…kalau luu ada otak luu pikir jer apa wa cakap atas tuu….itu kenyataan yang lu patut terima….wa muslim kelate…proud to kelantanese…

  7. afa98 says:
    Monday, 29-09-2008 at 13: 55.43

    DEAR TOKAYOH KELATE,

    i am not an UMNO member as what u think brother….. i am worried about those who always talk about islam but they are the one who will liberalize islam in the future because only of your DENDAM yang tak sudah2.IF YOU ARE PROUD OF BEING KELANTANESE,I AM PROUD OF BEING A MUSLIM AND LIVE FOREVER AS MUSLIM NOT ONLY TALK MAA….LU INGAT MAJORITI OLANG CINA AKAN SUPPORT KA KALAU ORANG MELAYU BERNIAGA…JANGAN MIMPILA…..

  8. masri says:
    Monday, 29-09-2008 at 18: 11.50

    salam,

    I want to add one more:-

    who destroyed jawi writing, UMNO or Teresa Kok?

    Don’t show our stupidity ya. We know who caused many malay children not beig able to write jawi, and worse not able to read jawi.

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme