Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

I.ni S.angkar A.zabi

Posted on Friday, 19-09-2008Friday, 19-09-2008 by Teresa Media

I.ni S.angkar A.zabi

(Khas ditujukan kepada Teresa Kok)

Oleh Zubli Zainordin

Tujuh hari bukanlah mimpi,
ternyata kurungan benar terjadi,
dalam sangkar dipenuhi ngeri,
ibarat hidup sudah digari,
seperti ditusuk sejuta duri,
entah sampai bila dicengkam di sini,
tiada dapat sesiapa mengetahui…

Kenapakah ini harus terjadi,
pada seorang Puteri Sri Kandi,
dia Teresa Kok the Sassy MP,
perjuangannya murni di pentas DAP,
yang ikhlas berbakti untuk pertiwi,
teladan mulia usahanya penuh erti,
bukan calang orang dapat menandingi…

Ketika di sini,
senyap, gelap, dan sunyi,
soal dan tanya datang bertubi,
di minda si comel ini,
mencari jawapan kerana dia tidak mengerti,
kenapa dia ditangkap dan di humban ke sini,
ketegangan apakah yang mereka katakan ini,
hakikat sebenar ianya tiada pernah terjadi,
kepalsuan belaka angkara siapakah ini,
kelak tentu akan dapat dipasti…

Wahai ibu kesatkan airmata mu ini,
wahai ayah gundah gulana mu telah diakhiri,
wahai sahabat kenalan dan yang tak dikenali,
wahai semua yang telah sertai,
terima kasih darinya seikhlas di hati,
kebenaran telah tegak, yang bathil ditenggelami,
lalu sudah bebas Teresa Kok kini,
seorang hamba yang suci,
sujud dia syukur di kebesaran-Mu Ilahi,
diiringi doa semoga semua yang sedang dianiayai,
dibebaskan segera di hari ini,
dari Ini Sangkar Azabi…

6 thoughts on “I.ni S.angkar A.zabi”

  1. Philip Lee says:
    Friday, 19-09-2008 at 20: 13.18

    Very well worded En. Zubli, bravo.
    This goes to show the bond of ketuanan Malaysia, tanpa bangsa dan agama.
    If I may, on behalf of the RAKYAT, a very big THANK YOU!

  2. Michael Ng says:
    Friday, 19-09-2008 at 20: 16.57

    Good to read a fellow Malay brother feel the same injustice done to YB Teresa Kok

  3. hayrieshark says:
    Friday, 19-09-2008 at 20: 36.39

    great bro ..we are malaysian and alway be malaysian

    to sassy hopefully never collape to fight againt them

  4. Ben says:
    Friday, 19-09-2008 at 20: 42.40

    Kepada Tuhan yang kita kasihi
    Terima kasih membebas Sassy MP
    PadaMu doa dan syukur dihati
    kebebasan memang kami hargai

    Tetapi masih ada duri dihati
    Banyak lagi saudara sedang dianiayai
    Terutama sekali RPK yang disegani
    Walaupun diasak kiri kanan masih berani

    Biarpun Marina kata ini pernah terjadi
    Salah tetap salah tidak boleh biar sekali
    Amar ma’ruf nahi munkar RPK pelajari
    Islam betul-betul sekarang dihormati

    Dia tidak minta diri disanjungi
    Ataupun satu sen diminta dan diberi
    Kita rakyat Malaysia amat kagumi
    Wira Bangsa Wira Malaysia disayangi

    Tuhan kita doa dan syukur dihati
    Bebaskan RPK dari Ini Sangkar Azabi
    Mudah-mudahan minggu ini
    bersama lain-lain yang dianiayai. Amen.

  5. Hasbullah Pit says:
    Friday, 19-09-2008 at 21: 01.31

    Sayang sungguh Teresa pada Zubli ya!

    Ini lagu yang saya tujukan pada Teresa.

    http://hasbullah.pit.my/2008/09/lagu-menyayat-hati-untuk-tahanan-akdn.html

  6. peter118 says:
    Saturday, 20-09-2008 at 14: 31.02

    Di tanahair yang ku sayangi
    Kebelakang ini banyak terjadi
    Apa ini? Tangkap sana, tangkap sini
    Kebebasan macam sudah mati

    Punca-punca berita palsu tidak dipeduli
    Orang yang dianaiyi kena disiasati
    Jahat ini! Utusan sana, Toyo sini
    ISA kononnya dah jadi alat orang tertinggi

    Semua ini pernah disaksi
    Mata air sudah tiada tapi sakit dihati
    Lima satu tahun merdeka kita sambuti
    Sampai bila hidupan perlu tersesak lagi?

    Teresa Kok ni MP sassy
    Cakap benar adun yang berani
    Pangkat sudah tinggi mungkin Parti lawan benci
    Susah hati? Jangan bimbang, Banyak Rakyat sokongi

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme