Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

‘Saya harap rakyat Selangor terus beri mandat’

Posted on Thursday, 04-04-2013 by Teresa

exco-selangor

By Jamilah Kamarudin
Free Malaysia Today
Apr 4, 2013

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berharap rakyat Selangor masih memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah petadbiran negeri selepas Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).

“Kepada semua pengundi di Selangor saya berharap agar mereka melaksanakan tanggungjawab mengundi secara bijak dengan memilih kerajaan yang mengutamakan kebajikan rakyat, amanah, telus dan bertanggungjawab demi menjamin masa depan generasi akan datang.

“Saya juga mengharapkan rakyat di negeri ini terus memberi mandat kepada Pakatan Rakyat demi kelangsungan kecemerlangan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sejurus selepas selesai upacara rasmi pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) di Istana Alam Shah di sini kira-kira pukul 2.00 petang hari ini.

Upacara Warkah Pembubaran itu ditandatangani Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah di hadapan Abdul Khalid serta Ahli-Ahli Dewan Di Raja yang lain.

Abdul Khalid berkata, beliau yakin Pakatan masih mampu memerintah berdasarkan respon positif yang diterima daripada rakyat terutamanya kakitangan kerajaan Selangor yang merasai perubahan cara kerja yang lebih efisyen.

Rakyat Selangor kecapi kemakmuran

Katanya, perubahan besar berlaku apabila kemakmuran dapat disalurkan terus kepada rakyat, berbeza dengan budaya kronisme yang diamalkan semasa pentadbiran negeri di bawah Umno-Barisan Nasional.

“Di awal tahun 2008 kita masih belum bersedia mengatasi masalah birokrasi dalam pentadbiran negeri dan kami mengambil masa enam hingga lapan bulan untuk menyelesaikannya.

“Selepas itu baru kami sedar kami perlu bekerja lebih proaktif untuk melaksanakan reformasi sistem kerja sehingga berjaya sampai ke tahap ini,” katanya.

Beliau bersyukur kerana pembubaran ini membolehkan pengundi Selangor menjalankan hak dan tanggungjawab menentukan kerajaan memerintah.

Beliau turut menyatakan penghargaan kepada Sultan Sharifuddin atas segala nasihat, serta panduan yang diberi Baginda sepanjang lima tahun pemerintahan Pakatan Rakyat.

Pihaknya juga berharap penjawat awam akan terus bekerja seperti biasa walaupun kerajaan hari ini adalah kerajaan sementara sehingga kerajaan baru dipilih.

Sementara itu, katanya notis pembubaran DUN itu akan diserahkan melalui Speaker Selangor Datuk Teng Chang Khim untuk disampaikan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

3 thoughts on “‘Saya harap rakyat Selangor terus beri mandat’”

  1. kyototan says:
    Thursday, 04-04-2013 at 23: 50.37

    Akhirnya kad loporan akan ditelitikan olih rakyat dan markah akan diberi. Jangan takut jika sepanjang tempoh sebagai YB telah berusaha kuat untuk kebaikan rakyat markah mesti tinggi dan akan diberi peluang lagi dan jika malas dan hanya trahu gasak maka sampailah masa untuk diubah.

  2. kamaruzaman bin ibrahim says:
    Sunday, 07-04-2013 at 09: 45.14

    semoga dato2 dan tan seri mendapat lagi mandat dari rakyat selangor ini utk penggal ke 2…itu doa saya pada dato2 dan tan seri dan jgk YB….TAKBIR…ikhlas dari ahli egems…kamarul

  3. kamaruzaman bin ibrahim says:
    Sunday, 07-04-2013 at 09: 46.26

    alhamdulilah…sesama la kita warga selangor doakan mereka utk berjaya…amin

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石
  • Press statement by Teresa Kok, MP for Seputeh on 12 March 2026: An RCI Is the Test of Madani’s Commitment to Transparency
  • KENYATAAN MEDIA OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH (12 MAC 2026): RCI Adalah Ujian Komitmen Kerajaan Madani Terhadap Ketelusan
  • 郭素沁呼吁反贪会调查前经济部长助理蔡镇燊的方式 应避免陷“舆论公审”

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme