Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Pertanyaan Atas Pencemaran Udara Oleh Kilang Batu-bata LDV Kerlin

Posted on Friday, 27-04-2007 by -ec-

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : Puan Teresa Kok Suh Sim

Tarikh : 04 April 2007

SOALAN :

Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan tindakan yang telah dan akan diambil oleh Jabatan Alam Sekitar terhadap pencemaran udara oleh kilang batu-bata LDV Kerling Sdn Bhd di Kampung Baru Air Panas, Kerling, Hulu Selangor yang telah menjejaskan kesihatan penduduk di kawasan berkenaan.

JAWAPAN:

Tuan Yang Dipertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, siasatan telah dijalankan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar ( NRE ) melalui Jabatan Alam Sekitar ( JAS ) dan mendapati alat kawalan ‘ scrubber’ ( dengan izin ) gagal berfungsi dengan baik menyebabkan pelepasan asap hitam dan habuk yang ketara. Kompaun telah dikeluarkan ke atas pekilang kerana tidak mematuhi Peraturan 40, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling ( Udah Bersih ) 1978. JAS juga telah mengeluarkan Notis Arahan di bawah Seksyen 31 dan 37 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 mengarahkan pekilang supaya mengarahkan pekilang supaya mengambil tindakan memperbaiki segera alat kawalan tersebut.

Lawatan pada 8 Mac 2007 mendapati alat kawalan berkenaan masih belum diperbaiki kerana kilang menyatakan memerlukan masa untuk menjalankan pembaiki. Walau bagaimanapun kilang ini diarahkan supaya mengurangkan kapasiti di dalam ‘kiln’ supaya dapat mengurangkan asap.

Kilang akan dipantau dengan rapid an Tindakan Perintah Larangan akan diambil jika masih tidak mengambil tindakan bagi membaiki alat kawalan.

Sekian, terima kasih.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Ucapan YB Teresa Kok Dalam Konvensyen Pakatan Harapan | 17 Mei 2026
  • 郭素沁指浮罗交怡旅游业表现落后于普吉岛与峇厘岛,促吉打州政府停止“自我陶醉式数据解读”
  • JAUH KETINGGALAN DI BELAKANG PHUKET DAN BALI: KERAJAAN PAS KEDAH JANGAN SYOK SENDIRI DENGAN STATISTIK ‘SUAM-SUAM KUKU’
  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme