Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Tahniah Teresa Kok

Posted on Thursday, 20-12-2012 by Teresa Kok's Office

Oleh Subky Abdul Latif
The Malaysian Insider
KUALA LUMPUR | Dec 20, 2012

Ucapan tahniah buat Teresa Kok yang memenangi pemilihan Jawatankuasa Pasat DAP dan kemudian terpillih pula menjadi Naib Pengerusi DAP.

Ia adalah satu penghormatan kepada perjuangan wanita di Malaysia dan sekalian wanita wajar berbangga dengan pemilihannya. Dan dengan kedudukan itu, kiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya pada PRU13 nanti, Teresa diduga akan duduk dalam kabinet.

Saya tidak menduga seorang gadis muda yang datang ke pejabat saya di pejabat Harakah berbelas tahun lalu adalah seorang pimpinan penting DAP hari ini dan mungkin menjadi seorang tokoh nasional yang ke depan.

Teresa dan seorang wanita lagi datang ke pejabat saya beberapa tahun sebelum dia menjadi anggota Parlimen Siputih. Dia tidak memberitahu saya yang dia adalah aktivis DAP.

Pertama kali saya menemuinya itu, dia meninjau pandangan saya tentang Aung San Suu Kyi, wanita ikon demokrasi Myanmar yang ditahan rumah lebih 20 tahun itu. PAS adakah bersama sekalian pejuang kebebasan demokrasi di seluruh dunia menentang penahanan itu.

Dia mengaku ada hubungan langsung dengan penyokong wanita itu dan ada asas jalan darat melalui Thailand untuk sampai ke tempat tahanannya.

Dia tanya saya apakah saya mahu menemuinya? Jika saya mahu, dia boleh mengatur perjalanan bersama kedua wanita itu pergi mengunjunginya melalui jalan darat. Ia mungkin mengambil masa seminggu untuk pergi dan seminggu lagi untuk balik.

Saya sendiri tertarik untuk pengembaraan seperti itu, untuk mencari pengalaman dan untuk melihat desa dan hutan rimba wilayah-wilayah yang dilalui.

Kalau saya setuju, dia sedia untuk menyusun perjalanan dan mengatur pertemuan itu. Saya setuju pada dasarnya. Dia minta saya menghubunginya jika saya bersedia.

Kemudian datang fikiran saya telah masalah perjalanan lama dengan wanita-wanita muda pula. Banyak fitnah yang menunggu. Terutama Teresa itu orangnya amat peramah. Oleh kerana saya rasa saya tidak cukup merdeka dan tidak terdaya mendekati fitnah, saya tidak menguhunginya.

Satu hari saya menghadiri pertemuan dengan belia NGO di sebuah rumah dekat dengan pejabat DAP di Petaling Jaya. Saya jumpa Teresa di situ. Jika saya tidak silap, dia tinggal di rumah itu. Masa itu baru saya tahu dia aktivis muda DAP.

Dalam satu seminar di Universiti Malaya, saya jumpa lagi dia di situ. Kata Syed Azman, pensyarah di situ masa itu, Teresa adalah penuntutnya. Syed Azman adalah ADUN PAS Terengganu sekarang.

Kemudian dia menjadi calon DAP di Parlimen Siputih. Dia menang. Lepas itu kerap saya menemuinya di Parliman. Semasa Ustaz Fadzil Noor menjadi ketua pembangkang di Parlimen, Teresa selalu ada di pejabat ketua pembangkang itu.

Dia memang peramah, sentiasa senyum, mudah diajak berbincang. Dan pandai pula bergurau. Kira-kira itulah watak yang esok untuk menjadi wakil rakyat kerana caranya itu mudah menarik pelanggan.

Bila tiba waktu solat kami selalu solat di bilik Ustaz Fadzil itu. Bila Teresa ada dia melihat kami solat.

Bila tiba waktu solat ketika sedang berbual dengannya, saya berita dia saya hendak solat sebentar dan dia boleh duduk di situ dulu.

Kerana dia seorang yang senang berkawan, saya tidak terasa segan solat semasa dia ada, dan pernah bergarau, “Teresa mari kita solat bersama!”

Sambil senyum dan bersahaja dia menjawab, “You solat dulu.”

Kami tergelak. “I sungguh anak you solat sama.”

Jawabnya, “Tak apa you solat dulu. Nanti I solat pula…”

Sudah lama tidak ke Parlimen dan tidak bertemu dengannya. Semasa Kongres DAP di Pulau Pinanag itu dia jadi orang penting mengendalikan persiapan Kongres. Sekarang dia sudah jadi Naib Pengerusi DAP dan pengerusinya ialah Karpal Singh.

1 thought on “Tahniah Teresa Kok”

  1. Mohd Nor Talib says:
    Thursday, 27-12-2012 at 06: 31.58

    Sekalung bunga dan tahniah untuk mu YB Teresa….

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme