Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

DAP sediakan pusat jagaan kanak-kanak sepanjang kongres

Posted on Wednesday, 12-12-2012 by Teresa Kok's Office

ROCKETKINI.COM
KUALA LUMPUR | Dec 12, 2012

Pusat jagaan kanak-kanak akan disediakan sepanjang dua hari Kongres Kebangsaan DAP kali ke-16 untuk kemudahan dan keselesaan perwakilan yang membawa bersama anak mereka.

Setiausaha Penganjur DAP, Teresa Kok berkata, pusat jagaan itu akan dikendalikan sekumpulan professional berpengalaman bertujuan agar perwakilan dapat memberi tumpuan sepenuhnya sepanjang kongres berlangsung.

beliau berkata, penyediaan pusat jagaan itu selaras dengan pendirian DAP yang mendesak agar kerajaan dan sektor swasta negara ini menyediakan kemudahan penjagaan kanak-kanak bagi kakitangan mereka.

“Kemudahan berkenaan akan memberi peluang kepada ibu yang bekerja  untuk terus menyumbangkan kepakaran mereka tanpa perlu mengorbankan kerjaya diakibatkan kelemahan sistem jagaan kanak-kanak,” katanya.

Selain pusat jagaan kanak-kanak, Teresa yang juga Ahli Parlimen Seputeh berkata, kongres kali ini akan mengadakan satu majlis penghargaan untuk ahli yang menyertai parti sejak 1966 hingga 1977 atau menjadi ahli selama 35 tahun.

“Ini adalah satu majlis khas bagi menghargai sumbangan dan pengorbanan mereka selama membantu parti sehingga mencapai kedudukan yang baik,” katanya

Teresa berkata, “Ubah Dream Machine” kedua iaitu “The Bersih Ubah” akan dilancarkan pada 15 Disember ini mulai jam 7 malam diikuti dengan konsert khas Ubah di sekitar PISA.

Beliau juga mengalu-alukan kehadiran semua perwakilan dan orang awam ke majlis itu.

Kongres ini adalah pertama kali diaadakan di Pulau Pinang sejak 1991 dan dihadiri 2,576 perwakilan dari seluruh negara untuk membuat pemilihan pucuk pimpinan baru parti.- Roketkini.com

1 thought on “DAP sediakan pusat jagaan kanak-kanak sepanjang kongres”

  1. Mohd Nor Talib says:
    Saturday, 15-12-2012 at 09: 14.57

    Thumb up DAP, banyak orang bodoh gambarkan parti ini buruk, tetapi disebalik gambaran buruk yang diberikan kepadanya rupa-rupanya dia mempunyai hati yang mulia dan sentiasa menjaga kebajikan.MNT, Senawang.

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme