Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Jawapan Parlimen Terhadap Ucapan Parlimen Saya Yang Berkenaan Dengan Pertukaran Datuk Bandar dan PTD Tanpa Izin Kerajaan Selangor

Posted on Friday, 02-11-2012Friday, 02-11-2012 by Teresa Kok's Office

Ekoran ucapan Parlimen saya pada 11 Okt 2012, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohamed Nazri telah memberikan jawapan bertulis kepada soalan saya berkenaan dengan isu pertukaran Datuk Bandar atau Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) di Selangor tanpa berunding dengan Kerajaan Selangor.

Jawapannya adalah seperti berikut:-

JAWAPAN BERTULIS

YB. DATO’ SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ,

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

SEMASA MENGGULUNG PERBAHASAN BAJET 2013

(PERINGKAT DASAR)

DI DEWAN RAKYAT PADA 15 OKTOBER 2012

———————————————————————————–

PERKARA I YANG DIBANGKITKAN

Yang Berhormat membangkitkan isu pertukaran Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) di Selangor yang dikatakan dibuat tanpa berunding dengan Kerajaan Negeri.

Yang Berhormat seterusnya membangkitkan isu perpindahan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 27 September 2012 yang dilantik menjadi Timbalan Setiausaha Negeri, di mana pegawai tersebut diberi notis singkat iaitu 4 hari untuk melapor diri di penempatan baru serta perkara ini juga mencabuli kuasa Kerajaan Negeri.

 

JAWAPAN

Tuan Yang DiPertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pertukaran Pegawai Persekutuan di Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor merupakan urusan pertukaran biasa yang diputuskan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam. Penempatan seperti ini dibuat sebagai langkah untuk menyediakan pegawai-pegawai awam Persekutuan bagi dipertimbangkan ke jawatan yang lebih tinggi pada masa akan datang.

Pertukaran Datuk Bandar Petaling Jaya yang dibuat berkuatkuasa pada 1 Oktober 2012 adalah bagi mengelakkan berlakunya kekosongan jawatan di Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor berikutan pergerakan pegawai lain. Walaubagaimanapun, atas permohonan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan bersetuju pertukaran pegawai ditangguhkan sehingga 1 Disember 2012.

Dalam hubungan ini juga, Kerajaan Persekutuan juga telah mencalonkan pegawai dari PSUK Selangor sendiri untuk mengisi jawatan Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Petaling Jaya. JPA telah mengemukakan calon untuk pertimbangan Kerajaan Negeri Selangor selaras dengan kuasa perlantikan Datuk Bandar di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Jelas menunjukkan pertukaran yang dibuat ini adalah demi pembangunan kerjaya pegawai-pegawai terlibat dan pengisian kekosongan yang dibuat aalah di kalangan pegawai yang sedang berkhidmat di Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor demi mempastikan pentadbiran Negeri berjalan lancar.

 

PERKARA II YANG DIBANGKITKAN

 

Yang Berhormat menyatakan bahawa Pegawai Kewangan Negeri Selangor dinaikkan pangkat ke JUSA A dan dialih ke salah satu Kementerian dengan notis kurang daripada satu minggu.

JAWAPAN

Tuan Yang DiPertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Pemberitahuan Penempatan YB Dato’ Mohd Arif bin Abd Rahman, PTD Gred Utama B, Pegawai Kewangan Negeri Selangor yang berkuatkuasa pada 1 Oktober 2012 ke PTD Gred Utama A sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan Dalam Negeri), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah diserahkan sendiri kepada pegawai dalam sesi perjumpaan khas pegawai dengan Jabatan Perkhidmatan Awam pada 24 September 2012 sekitar jam 12.30 tengahari.

Penyerahan surat tersebut telah dibuat dalam tempoh semingu daripada tarikh kuat kuasa penempatan berkenaan bagi mempastikan kelancaran pentadbiran dan mengelakkan berlakunya kekosongan jawatan berikutan pergerakan pegawai lain.

Walaupun tarikh kuat kuasa penempatan tersebut adalah pada 1 Oktober 2012, namun mengambil kira permohonan Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah bersetuju dengan penangguhan penempatan sehingga 15 Oktober 2012.

Oleh itu, dakwaan menyatakan pertukaran ini dibuat dengan memberi notis kurang daripada satu (1) minggu adalah tidak tepat apatah lagi penempatan telah ditangguhkan hingga 15 Oktober 2012.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme