Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Ucapan Parlimen (Bhgn. 2) – KSN & JPA Diseru Berunding Dengan Kerajaan Negeri

Posted on Thursday, 11-10-2012 by Teresa Kok's Office

Pertukaran Pegawai Kerajaan Selangor

Datuk yang diPertua, lanskap politik Negara kita telah mengalami perubahan yang besar selepas Pilihan Raya 2008 di mana munculnya Pakatan Rakyat yang mentadbir 5 negeri di Malaysia. Kemunculan sistem dua barisan ataupun perikatan ini menunjukkan kematangan pemikiran politik rakyat.

Walau bagaimanapun, kematangan pilihan rakyat juga perlukan kematangan perkhidmatan pegawai awam. Di sini saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada ramai pegawai perkhidmatan awam yang telah menunjukkan profesionalisme dan neutraliti mereka sejak tahun 2008. Walau bagaimanapun, saya ingin menyatakan kekesalan saya terhadap cara Jabatan Perkhidmatan Awam menangani promosi dan penukaran jawatan kakitangan kerajaan, iaitu pegawai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) di Negeri Selangor yang dilakukan tanpa mengadakan rundingan dengan kerajaan Negeri, khususnya Menteri Besar dan para exco.

Pada tahun lepas, JPA melantik Setiausaha Kerajaan Negeri baru di Selangor tanpa mengadakan rundingan dengan Menteri Besar.

Baru-baru ini, Pegawai Kewangan Negeri  Selangor dinaikkan pangkat ke Jusa A dan dialih ke salah satu Kementerian dengan notis yang kurang daripada satu bulan. Sehubungan dengan itu, pada 27 September 2012, Datuk Bandar Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) pula terima surat daripada Datuk Faridah Mohd Ali, Timbalan Ketua Pengarah PTD bahawa Datuk Bandar dialih ke Kerajaan Negeri untuk memegang jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan pada 1 Oktober 2012. Datuk Bandar MBPJ hanya diberi notis 4 hari  untuk dialih ke SUK menjadi Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Pertukaran dan peralihan jawatan pegawai kerajaan tanpa rundingan secara tiba-tiba ini mendatangkan keperanjatan dan ketidakpuasan di kalangan ahli majlis MBPJ dan juga pihak Kerajaan Negeri Selangor. Dari segi undang-undang, pengalihan jawatan Datuk Bandar Petaling Jaya ini juga mencabuli seksyen 10 dalam Akta Kerajaan Tempatan. Perlantikan datuk Bandar ataupun YDP majlis kerajaan tempatan merupakan kuasa kerajaan Negeri, cara PTD mengalih pegawai kerajaan tempatan juga telah mencabuli kuasa kerajaan negeri.

Di sini, saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan Negeri Selangor menyokong pegawai yang berkaliber naik pangkat, tetapi apa yang kami harapkan ialah pihak JPA boleh berunding dengan pihak Kerajaan Negeri, khususnya Menteri Besar dan para exco.  Saya  mengalu-alukan Dr Ali Hamsa dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara yang baru.

Walau bagaimanapun, saya sebagai exco kerajaan Negeri Selangor merasa kesal kerana KSN baru ini mengadakan lawatan kerja ke Negeri Selangor pada 11 Oktober 2012, iaitu hari ini. Beliau pernah buat temujanji untuk makan tengahari dengan Menteri Besar Selangor, tetapi temujanji ini dibatalkan melalui setiausaha kerajaan negeri kemudian, dan KSN hanya mengadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan berjumpa dengan ketua jabatan perkhidmatan awam Selangor.

Pada asalnya, semua exco menerima jemputan untuk hadir dalam perjumpaan di antara KSN dengan ketua jabatan Selangor, tetapi jemputan kepada exco tersebut dibatalkan manakala perjumpaan di antara KSN dengan pegawai kerajaan Selangor diteruskan.

Menteri Besar dan para exco di Selangor merasa amat kecewa terhadap pembatalan temujanji oleh KSN.

Saya menyeru Kerajaan pusat Barisan Nasional memelihara neutrality perkhidmatan awam, selain itu, KSN dan JPA boleh mengadakan perbincangan dan rundingan dengan Menteri Besar dan exco di negeri-negeri Pakatan Rakyat dalam isu pengalihan dan promosi pegawai PTD, demi memastikan pelancaran perkhidmtan awam di tahap negeri dan tahap kerajaan pusat.

Saya juga berharap KSN dan JPA tidak mengamalkan “double standard” di mana beliau mengunjungi Menteri Besar Perak dan exconya semasa beliau melawat Negeri Perak, tetapi beliau tidak berjumpa dengan Menteri Besar Selangor semasa beliau datang ke Selangor.  Kami berharap KSN boleh lebih mesra dengan Kerajaan Negeri Selangor.

– Teresa Kok –

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme