Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Dua kertas putih dibentang untuk isu air, Talam

Posted on Thursday, 11-10-2012Thursday, 11-10-2012 by Teresa Kok's Office

Free Malaysia Today
BY Fazy Sahir
KUALA LUMPUR | Oct 10, 2012

Kerajaan negeri Selangor akan membentangkan dua kertas putih mengenai kutipan hutang Talam Corporation Sdn Bhd dan penstrukturan semula industri air dalam sidang khas Dewan Negeri (Dun) akan datang.

Bagaimanapun Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pihaknya masih menunggu perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk mengadakan sidang khas lebih awal.

“Tuanku Sultan sudah tandatangani watikah untuk diadakan sidang Dun bermula 19 November ini. Kita tengok keadaan sama ada boleh buat dua minggu lebih awal sebelum 19 Novermber tersebut,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di sini hari ini.

Katanya, kertas putih itu juga akan dihebahkan kepada orang ramai selepas dibentang dalam sidang Dun dan sebarang permohonan perlu dibuat di pejabat Dun.

Selain dua kertas putih tersebut, satu laporan mengenai Program Pendemokrasian ‘Selangorku Bersih’ dijangka dibentangkan pada sidang khas dewan tersebut.

Menyentuh mengenai empangan Sungai Sireh, Abdul Khalid berkata paras air surut disebabkan ban pecah dan agensi berkaitan serta Jabatan Pengaliran Selangor (JPS) diarah untuk memperbaikinya

“Exco negeri dan pegawai pertanian turun padang untuk membuat kajian kesan kekurangan air dan jika keadaan kekurangan air berterusan,” katanya.

Ditanya mengenai isu Setiausaha Politiknya, Faekah Husin, beliau menyifatkan ia sebagai komen biasa dalam politik dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau berpendapat perkara ini boleh diselesaikan mengikut prosedur dalaman parti.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme