Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Jawapan Parlimen Mengenai Pendirian Kementerian Terhadap Cadangan Laluan Kabel TNB Alternatif di Rawang

Posted on Friday, 12-10-2012 by Teresa Kok's Office

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN             :           LISAN

DARIPADA                  :           YB. PUAN TERESA KOK SUH SIM [SEPUTEH]

TARIKH JAWAPAN     :           09 OKTOBER 2012

 

SOALAN

Minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan pendirian Kementerian terhadap laluan kabel TNB alternatif di Rawang yang dicadangkan oleh perunding Kerajaan Selangor. Apakah Kementerian akan memberi arahan kepada TNB supaya mengikut cadangan Kerajaan Selangor supaya mengelakkan konflik di antara penduduk dan TNB di Rawang.

JAWAPAN

 

Tuan Yang Dipertua

Untuk Makluman Ahli Yang Berhormat

1.         Projek Pembinaan Talian Pnghantaran Bervoltan Tinggi 275kV (kilovolt) dari Pencawang Masuk Utama (PMU) Bukit Tarek ke PMU Chubadak di Rawang, Selangor yang sedang dilaksanakan oleh pihak Tenaga Nasional berhad (TNB) adalah salah satu inisiatif bagi memperkukuhkan sistem penghantaran di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan untuk mengelakkan kejadian gangguan bekalan elektrik yang pernah berlaku pada 13 Januari 2005.

2.         Sehingga kini, kemajuan pelaksanaan projek tersebut yang sepatutnya dapat disiapkan pada 31 Ogos 2007 ialah 98% di mana baki projek yang belum dapat disiapkan adalah hanya kira-kira 1 km ynag melibatkan 4 buah menara melalui Kampung Sungai Terentang. Pembinaan talian penghantaran tersebut masih belum dapat dilaksanakan disebabkan oleh bantahan penduduk Kampung Sungai Terentang.

3.         Kementerian ini dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor telah melantik jurutera perunding luar Negara untuk melaksanakan kajian ke atas 3 laluan iaitu pertamanya, laluan asal yang memalui rentis sediada TNB di Kampung Sungai Terentang, keduanya, laluan yang dicadangkan oleh penduduk iaitu melalui kilang-kilang; dan ketiganya, laluan yang dicadangkan oleh penduduk juga iaitu melalui Jalan Perseketuan, Kuala Lumpur – Rawang

4.         Setelah kajian dibuat, jurutera perunding berkaitan telah mengesyorkan supaya talian projek penghantaran dibina melalui Jalan Persekutuan Kuala Lumpur – Rawang. Seterusnya, Kerajaan Negeri Selangor telah mengarahkan pihak TNB memberikan ulasan teknikal ke atas laluan yang telah disyorkan oleh jurutera perunding tersebut.

5.         Laporan hasil kajian teknikal kemudiannya telah diserahkan kepada Kerajaan Negeri Selangor pada 6 Julai 2012 di mana pihak TNB telah menyatakan tiada halangan dengan cadangan tersebut dengan syarat laluan tersebut perlu diserahkan kepada TNB secara free from encumbrances, dengan izin. Walau bagaimanapun, sehingga kini masih tiada keputusan muktamad biduat oleh Kerajaan Negeri Selangor.

6.         Justeru it, pihak Kerajaan berpandangan bahawa Kerajaan Negeri Selangor perlulah membuat keputusan dengan segera samada untuk mengguna pakai cadangan laluan asal oleh pihak TNB tau laluan baru yang dicadangkan oleh pihak perunding yang dilantik oleh Kerajaan Negeri Selangor. Ini bertujuan supaya projek pembinaan talian penghantaran bervoltan tinggi ini dapat disiapkan dengan segera untuk memperkukuhkan sistem bekalan elektrik di Selangor dan Wilayah Persekutuan. Sebarang kelewatan dalam membuat keputusan, adalah dikhuatiri akan menyebab berlakunya gangguan bekalan elektrik di masa hadapan yang akan menimbulkan masalah kepada rakyat jua.

 

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme