Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Jawapn Parlimen: Kementerian Dalam Negeri Kata Tiada Halangan Untuk Mengambil Pekerja Asing

Posted on Thursday, 04-10-2012 by Teresa Kok's Office
NO. SOALAN: 38
 
 
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT
 
 
PERTANYAAN       :           JAWAB LISAN
 
DARIPADA              :           PUAN TERESA KOK SUH SIM [SEPUTEH]
 
TARIKH                    :           2 OKTOBER 2012
 
SOALAN                   :
 
PUAN TERESA KOK SUH SIM [Seputeh] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah langkah yang diambil oleh Kementerian untuk membantu plabur yang menghadapi masalah kekurangan pekerja disebabkan oleh halangan daripada pihak imigresen.
 
JAWAPAN    :          
Tuan Yang di-Pertua,
Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Seputeh yang mengemukakan pertanyaan.
Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tiada halangan terhadap mana-mana pelabur yang ingin mendapatkan pekerja asing dengan syarat mereka hendaklah memenuhi prosedur pengambilan pekerja asing mengikut sektor-sektor yang telah ditetapkan.
Para palabur juga perlu mematuhi dasar pengambilan pekerja asing untuk menggaji pekerja yang diputuskan melalui Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (JKKPA-PATI) yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri.
Tuan Yang di-Pertua,
Selain daripada itu, bagi memudahkan pihak pelabur atau majikan yang ingin mengambil pekerja asing, mereka boleh mengemukakan permohonan pengambilan pekerja asing secara walk-in di Kementerian Dalam Negeri (KDN) beserta dengan dokumen-dokumen sokongan wajib seperti Perakuan Job Clearing System (JCS) Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Sumber Manusia, Sijil Pendaftaran Syarikat atau Perniagaan, Kad Pengenalan Pemilik, Penyata Caruman KWSP, Laporan Kwangan Syarikat dan Penyata Kewangan Syarikat. Selain itu, dokumen-dokumen sokongan tambahan yang perlu dikemukakan adalah mengikut sektor-sektor yang berkenaan. Keputusan permohonan pengambilan pekerja asing secara walk-in di Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan diberikan pada hari yang sama.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石
  • Press statement by Teresa Kok, MP for Seputeh on 12 March 2026: An RCI Is the Test of Madani’s Commitment to Transparency
  • KENYATAAN MEDIA OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH (12 MAC 2026): RCI Adalah Ujian Komitmen Kerajaan Madani Terhadap Ketelusan
  • 郭素沁呼吁反贪会调查前经济部长助理蔡镇燊的方式 应避免陷“舆论公审”
  • MACC is urged to restore public confidence and review its manner of investigating James Chai
  • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa memulihkan keyakinan awam dan menilai semula cara siasatan terhadap James Chai Jin Shern
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkenaan statistik perkahwinan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun bagi 2023,2024 dan 2025
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkenaan jumlah pendaftaran yang diterima oleh Lembaga Jurukur Tanah
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkenaan rumah perlindungan bagi mangsa keganasan rumah tangga
  • Ucapan Kamar Khas: Apakah Respons dan Halatuju Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Terhadap Syor PAC Terhadap Pemberimilikan Tanah Kerajaan di Kuala Lumpur (2 Mac 2026)
  • Ucapan Teresa Kok (Seputeh) Dalam Perbahasan Penyata Jawatankuasa Pilihan Kesihatan: Pemantapan Dasar Pemakanan dan Intervensi Nutrisi di Malaysia Pada 25 Februari 2026
  • Kes Pecah Kereta di Taman Persekutuan Bukit Kiara
  • “Gema 1MDB: Satu Lagi Pasukan Petugas yang Ditakdirkan untuk Gagal?” (14 Feb 2026)
  • “Echoes of 1MDB: Another Task Force Destined to Fail?” (14 Feb 2026)
  • 郭素沁:嘉玛若再违庭令,将采取法律行动

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme