Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Jawapan Parlimen Berkenaan Dengan Pencapaian Ng Yen Yen Sebagai Menteri Pelancongan

Posted on Tuesday, 02-10-2012 by Teresa Kok's Office

SOALAN NO. 40

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAM RAKYAT

PERTANYAAN       :           LISAN

DARIPADA              :           Y.B. PUAN TERESA KOK SUH SIM [SEPUTEH]

TARIKH                    :           1 OKTOBER 2012

SOLAN                      :           MEMINTA MENTERI PERLANCONGAN menyatakan

 

Senarai program lawatan dan promosi pelancongan beliau pada tahun 2011 dan 2012. Sila nyatakan pencapaian Kementerian sejak YB Menteri memegang jawatan Menteri Pelancongan.

 

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

 

Untuk makluman Yang Berhormat Seputeh, pada tahun 2011, Yang Berhomat Menteri Pelancongan telah mengadakan lawatan promosi pelancongnan rasmi ke Iran, Indonesia, China, Rusia, Filipina, Vietnam, Turki dan Emirah Arab Bersatu (UAE) sempena Arab Travel Mart.

Manakala, pada 2012 (Januari – Ogos) pula, Yang Berhormat Menteri Pelancongan telah mengadakan lawatan promosi pelancongan rasmi ke Singapura, Filipina dan Jerman sempena Pameran Pelancongan Antarabangsa Internationale Tourismus Borse (ITB).

Hasil lawatan rasmi beliau ke negara-negara ini telah meningkatkan jumlah kedatangan pelancong dari negara tersebut dan pendapatan pelancongan negara serta membuka pasaran baru bagi Malaysia terutamanya dalam usaha Malaysia meningkat dan memperbanyakkan kemudahsampaian para pelancong pasaran tersebut seperti negara-negara bekas Kesatuan Soviet ke Malaysia melalui pengenalan penerbangan terus atau penerbangan sewa khas.

Contoh peningkatan kedatangan pelancong dan pendapatan dari negara-negara tersebut adalah seperti berikut:

 

2011

Negara/ Rantau

Pelancong (2010)

Pelancong (2011)

Peratus Kenaikan (%)

 

Pendapatan (RM)

(2010)

Pendapatan (RM)

(2011)

Peratus Kanaikan

(%)

China

1,130,261

1,250,536

10.6

3.1 bilion

3.5 bilion

12.6

Rusia

32,075

38,918

21.3

112.4 juta

138.7 juta

23.5

Vietnam

159,271

173,783

9.1

173.5 juta

193.4 juta

11.4

Asia Barat

(UAE dan Iran)

141,897

163,829

15.46

1.002 bilion

1.161 bilion

15.9

Asia Tengah

19,531

29,640

51.8

64.1 juta

94.2 juta

47

 

2012

Negara/ Rantau

Pelancong

(Jan –  Jun 2011)

Pelancong

(Jan – Jun 2012)

Peratus Kenaikan

(%)

Jerman

60,347

64,705

7.2

Filipina

163,965

238,175

45.3

 

Berdasarkan contoh-contoh di atas, hasil daripada lawatan beliau ke pasaran-pasaran tersebut pada 2011 telah berjaya menjana kenaikan pendapatan negara hasil tukaran mata wang asing  dari pasaran-pasaran tersebut iaitu RM635.3 juta berbanding 2010. Kanaikan ini diperoleh hasil promosi yang disasarkan kepada pelancong-pelancong yang berprestij dan berbelanja tinggi ke Malaysia. Pada 2011, jumlah perbelanjaan pelancong asing dalam sektor membeli belah sahaja adalah sebanyak 30% daripada keseluruhan pendapatan pelancongan iaitu RM17.5 bilion berbanding hanya 28.7% pada 2010 iaitu sebanyak RM16.2 bilion sahaja.

Sepanjang beliau memegang jawatan Menteri Pelancongan, Malaysia telah dinobatkan oleh United Nations World Tourism Organization (UNWTO) sebagai negara ke-9 ramai dkunjungi di dunia bagi tiga tahun berturut-turut iaitu pada 2009 seramai 23.6 juta pelancong asing dengan penjanaan pendapatan sebanyak RM53.4 bilion, pada 2010 seramai 24.6 juta pelancong asing dengan penjanaan pendapatan sebanyak RM56.6 bilion serta pada 2011 seramai 24.7 juta pelancong asing dengan pulangan pendapatan sebanyak RM58.3 bilion.

 

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme